SI KECIL MERAH CELAH PAGAR

Siapa tahu nama pokok ini?
Jenis menjalar, jenis liar
'wild flower'
di nurseri tak jumpa.
Daunnya halus, comel, tajam 
tetapi bukanlah tajam macam jarum.
Bau daunnya seperti bau daun pandan
bila dikoyak-koyakkan.
Bunganya merah, kecil.
Mula-mula sukalah dengan lingkarannya
Berseri pagar yang memisahkan rumah saya dengan jiran.  
(di Kuantan)
  
:)  :)  :) 
 


Lihatlah rimbunnya ia menjalar
Bunga kecil merah menunjuk rupa.
Tetapi
 hayatnya tak lama. 

:0 :0 :0

Cukup masa,
tamatlah  riwayat
Si kecil merah celah pagar.
Seluruh pokok menjadil layu 

 :( :( :(
Hai, satu kerja pula nak bersihkan 'penjalar' kering
'Penjalar' baru akan mengganti pula perlahan-lahan
dengan si bunga kecil kecil beraroma daun pandan.
Hi Hi 

4 comments:

  1. Kena rajin, rajin dan rajin selalulah nak bersihkan pagar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JunAina,
      Kalau kita rajin, jiran sebaliknya, bagaiman ye?

      Delete
  2. Saya punya tinggal sisa2. dulu saya penuhkan di gate, nampak cantik tapi bila lama2 nampak berserabut. cuba check kat google tapi masih tak dpt namanya.

    ReplyDelete
  3. Kalau dibiarkan dia boleh menjalar sampai naik pokok yang berdekatan. Kalau saya raji, saya akan cabut-cabut dia semasa ia segar lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.