Masih lagi hendak berkongsi mengenai 'food, glorious food'. Tetapi cerita makanan saya selalu yang mudah dan senang. Kali ini saya nak kongsi masak nasi goreng udang. Selalu bila nak masak nasi goreng saya ikut cara 'turun temurun', goreng hirisan bawang, perencah ikan bilis ke, udang ke........dan seterusnya nasi yang telah dileraikan. Kali ini saya cuba alternatif lain. Nasi Goreng Udang saya kali ini ikut salah satu resepi dalam, Myresepi.com dengan pengubahsuaian.
NASI UDANG GORENG, SEDAP DAN MUDAH
Sumber: Myresepi.com
Ini bahan-bahan yang saya sediakan. Banyaknya bahan ikut masing-masing. Ini untuk seorang.
Hi Hi
Cara memasak:
1. Lerai-leraikan nasi, jangan ada yang berketul. Saya tambah garam halus. Gaul rata bersama nasi. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan goreng telur dahulu. Hancur-hancurkan. Angkat dan letakkan di atas nasi. Ketepikan dulu.
3. Dalam kuali yang sama, panaskan minyak sikit dan goreng udang yang telah dilumur dengan sedikit garam. Goreng sampai keluar air udangnya. Angkat dan letakkan atas nasi tadi. Ketepikan dulu.
4. Dalam kuali yang sama, tambah sedikit minyak, panaskan dan goreng hirisan bawang. Bila naik bau dan garing sedikit, masukkan hirisan cili.. Ikut kita nak cili merah ke bersama cili hijau (beri warna pada nasi). Nak masuk hirisan cili api ke. Atapun masuk cili giling. Itu cita rasa masing-masing. Goreng sampai garing sedikit.
5. Pastu, masukkan sayur...sawi ke, mixed vege ke...ikutlah. Gaul rata. Nak masuk kicap sikit pun boleh (nak lembutkan sayur)
6. :Kemudian masukkan nasi tadi bersama-sama telur dan udang yang telah kita sekalikan tadi.
7. Terus menggoreng dan gaul rata. Saya tak masuk perasa nasi goreng (seperti yang dicadangkan dalam Myresepi.com). Gaul sekejap dan terus tutup api. Jangan lupa rasa garam, ye.
8. Siapa untuk hidangan. Tabur hirisan daun sup, jika suka.
Mudahkan masak nasi goreng.......
Nasi goreng masak dengan pelbagai perencah mesti sedap punya .......Insya'Allah akan cuba nanti....
ReplyDeleteMemu paling senang masak ialah nasi goreng. Tetapi jangan selalu makan, kolestrol!!
ReplyDeleteTq 4 sharing...
ReplyDeleteMahu cuba untuk petang ni :)
Jemput datang ke blogsenyumansihat.blogspot.com
Tq 4 sharing...
ReplyDeleteMahu cuba untuk petang ni :)
Jemput datang ke blogsenyumansihat.blogspot.com