KLIK KLIK ROTI CANAI


Roti Canai sebagai sarapan pagi ini. Roti canai  di restoren ini, pada kami, menang best punya. Sambil menunggu cik mek  manis ambil pesanan air, saya klik klik imej roti canai best  dengan beberapa  kesan: no effect, warm effect, black and white, sepia.  Boleh anda kenalpasti imej dengan kesannya?
 Sambil menikmati roti canai tadi, tertanya juga, 'mengapa tiada ikan pada kuah cecahnya? Selalu ada sepotong kecil ikan tongkol'  Ada ikan dalam kuah cecah, itulah special roti canai best.  Mungkin ikan dah naik harga!
Tetapi mana cik mek manis? Dah nak tercekek ni. Cik mek  manis tak datang ambil pesanan air. Tunggu juga. Dia tak nampak kami ke? 
Sampai habis kami makan roti canai, tak datang juga cik mek  manis. Jom kita minum di rumah je lah. Mujur rumah dekat dengan restoren. 
Teh tarik kurang manis satu!!!...di rumah

6 comments:

  1. Kes naya ni kak hajah nora
    Mau tercekek takda air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada air, nanti roti tu kembang semacam, cepat kenyang pula. Masakan orang sebelah sini, manis, tak pedas,Jadi tak perlu air sangat. Air cuma untuk basah tekak. Hi Hi

      Delete
  2. AsSalam kak,
    saya suka foto BnW..ada jiwa di situ
    sepia...ala-ala retro sikit, menarik gak
    warm...terkesan ada energy padanya..sesuai gak pada org lasak macam saya ni..hihi

    akak makan roti canai ya...saya pulak td bersemangat nak jalan-jalan pagi, elok jalan kejap hujan...laju je lari ke kereta. Masa otw balik lalu depan satu restoran, tengok ramai orang, tinjau2, menu pilihan orang tose...eh cubalah...so pagi ni saya makan tose..boleh le sesekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik T (Mamarazi).
      Terima kasih beri 'feeling' akan effect pada image roti canai. *-*
      Saya suka tosai juga. Mesti makan semasa ia masih panas,garing. Kalau dah sejuk, lembab.Saya akan makan tosai dari tepi (nipis) ke tengah(tebal), Tapi oleh kerana ia besar, saya tak boleh habis. Cepat kenyang.

      Delete
  3. Alhamdiulillah sedapnya.
    Tapi saya suka tosai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti canai di restoren ini rasa peroi dan garing. Kuahnya pun sedap, kuah dhal, sambal dan ada sehiris ikan tongkol Diberi pilihan saya pilih tosai, Berapa kalori tosai, Ju?

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.