Hari ke dua di George Town. Sesudah sarapan, rombongan Persatuan Sahabat Muzium Negeri Melaka teruskan menjejak peninggalan sejarah di George Town, Pulau Pinang. Pemandu kami Pn Suraya sedia menunggu dengan penuh semangat untuk pengkisahan warisan sejarah di sini. Jejak bermula dari bangunan George Town World Heritage.
Memang klasik bangunan ini. |
Pn Suraya anak tempatan Pulau Pinang, penuh bersemangat |
Kami dibawa meninjau kawasan di Lebuh Armenia, banyak bangunan lama. Ada yang sedang dibaikpulih. Rumah-rumah di sini pernah menjadi asrama bakal haji satu masa dahulu. Waktu itu pergi haji dengan kapal laut. Sementara menunggu masa nak berangkat, bakal-bakal haji menginap sementara di rumah-rumah di sini khasnya di Lebuh Acheh.
Melawat LEONG SAN TONG KHOO KONGSI, The Heritage Jewel of Penang, di Cannon Street.
Jalan lagi, ke Little India. Suasana warna -warni Deepavali di LITTLE INDIA, (kredit gambar pada Kakak)
Menapak lagi ....untuk mengetahui Pulau Pinang lebih jauh lagi...Ke MUZIUM PULAU PINANG. Antara yang menarik perhatian, Baba dan Nyoya....(kredit gambar pada Kakak juga)
Sempat juga ber'posing' di sini.
...dan rasa Penang Char Koay Teow.... terlupa nak ambil gambar!!
Kalau tidak Jejak Warisan ini, saya tak akan tahu cerita di sebalik bangunan bersejarah di George Town.
Saya tinggal di Penang dekat 7tahun.. Tak tahu pun sejarah2 yg cikgu ceritakan itu...
ReplyDeleteKena juga pergi semula ke Penang ikut jejak cikgu....
Ikut jejak warisan, hjh. Orang tempatan selalu tak minat menjejak sejarah tempatan. Elok hjh bawa anak-anak untuk mengetahui cerita sebalik bangunan-bangunan warisan. Ada free guided heritage trail di George Town setiap Sabtu akhir setiap bulan.
DeleteAlenna, Bagusnya PSMNM. Juga, bagusnya aktiviti menjelajah begitu. Gambar2 Ipoh cantik! Orang Perak pun tak ada, hihi. Kat Penang tak pekena nasik kandaq ka?
ReplyDeleteTemuk, Orang Perak ada di Muzium. Tak sempat menjengoknya. Tekak saya tekak Minang, susah nak terima nasi kandaq. Seronok ikut program Jejak Warisan, lawatan terancang...cuma ke tempat bersejarah, terpesona dengan senibina bangunan dan rumah-rumah lama. Tak jejak pun shopping mall.
DeleteSalam kak,
ReplyDeletesaya rasa pakej seperti ini mesti dibuat promosi besar-besaran agar dapat menarik generasi muda untuk menyertainya. Tanpa pengetahuan sejarah siapalah kita
Betul. Selalunya pelancong luar negara yang minat Heritage Trail ini. Sorry to say, mungkin ada pelancong tempatan yang tak minat. 'History, history tak minat' Kalau Cik T berminat, boleh tanya di Pusat Pelancongan Ipoh.
ReplyDelete