Salam,
Dah lama rasanya tak update blog.
Kalau you all baca blog my sis, Puterihanglipoh, tentu tau sebab mengapa kepenatan.Kami dalam projek renovasi rumah 'bonda' yang telah lama di serang anai-anai. Jadi bila tiba waktu ini terpaksalah berkemas. Simpan mana yang patut dan buang mana yang patut juga. Kata sahabat kalau dah dua bulan tak nampak , maknanya tak hendak, buang aje.
Banyaknya koleksi zaman berzaman yang perlu dibuang seperti buku zaman student days di UM...sayang..tapi dimakan bubuk. Yang mana masih elok, diderma kepada Library. Berkotak-kotak juga pinggan mangkuk peninggalan arwah mak, berbagai corak, berbagai design lama, sudah boleh dianggap antik...sayang..simpan aje buat kenangan warisan akan datang. Alamari antik pun ada. Tak boleh buang, kena buat 'facelift'. Pakaian lama budak-budak rumah ini pun banyaknya. Ada yang masih elok. Derma sahaja pada jiran-jiran yang memerlukan. Sebenarnya kami segan nak beri barang-barang lama seperti baju, kepada jiran-jiran, takut fesyen dah out of date. Tapi mereka minta pula. Botol-botol plastik bekas kuih raya, pun banyak. Hi mengapa dikumpul dulu? Berikat-ikat plastik bag 'sampah' dan bertimbun barang lama, buangan. Sekarang rumah BC dah dikosongkan.. Apa yang nak diguna kemudian di transit ke "stor" atau 'rumah transit". Penat, kepenatan kemas dan pindah rumah.
Kaki pun mula sakit. Urat saraf kaki kiri, tegang. Tak boleh lipat. Bila berdiri, punyanya sakit. Solat pun buat secara duduk, sebulan lamanya. Atas nasihat, cubalah ambil supplemen TF4Life, ada lah perubahan, dengan izin Allah jua. Tapi tak boleh paksa-paksa kaki ni. Tapi macam mana tak paksa, kena jalan sana sini. Jadi, slowly but surely, kesakitan berkurangan. Ini pun tambah dengan tampal Ken*an*er plaster pada tempat yang masih sakit. Solat pun dah macam biasa.
Okeylah, sampai sini dulu, ada budak, cucu nek lang, ajak main badminton. Kaki Nek Lang sakitlah, main slow-slow boleh?.
Apa-apa pun, tak lama lagi rumah bonda di BC akan berubah wajah!!!!
Semoga segalanya berjalan dengan mudah....ameen
saya memang tak pandai nak buang benda yang dalam stor. pernah cuba. dari 5 kotak di pindahkan ke kotak lain selepas dibuat saringan. akhirnya kotak lain itu 5 kotak juga !!!
ReplyDeleteKata orang, kalu berkemas tapi masih banyak tu gak, itu tandanya orang yang sayang barang... Lagipun barang kenangan memang sayang nak buang. Sentimental value kata orang...
ReplyDeleteHmmmm... teringin nak tengok rumah di makeover...:)
salam kak nora..kita ni kan memang suka simpan barang..saya pun macam tu kak nora..dah la rumah tak de stor..bertimbun je disusun..
ReplyDeleteSalam kak hajah Nora.
ReplyDeleteBanyaknya barang peninggalan arwah,. Mana yang boleh disimpan boleh dijadikan kenangan.Saya suka pinggan mangkok orang dulu2 cantik2 belaka.
salam kak hajah nora..
ReplyDeletebab mengemas ni bila ada angin 'rajin' menyerang. Kalah angin 'malas'.. alamat... tengok ajerlah...
Apapun... selamat merehatkan diri setelah habis mengemas...
Salam al-lavendari,
ReplyDeleteSebab sayang semuanya! Susah buat keputusan.
Salam Azie,
ReplyDeleteTutup mata aje,kalau dipandang lagi, munkin tak jadi buang.
Salam Erna,
ReplyDeleteNasihat kawan akak, simpan satu dua butir aje sebagai kenangan. Kalau tidak, gitu=gitu juga jadinya.
Salam Zaitun,
ReplyDeleteIngatkan pinggan mangkuk tu nak beri mesjid tapi sekarang semuanya plastik atau pakai buang. Sayang pinggan mangkuk lama, cantik.
Salam Hajah Rahmah,
ReplyDeleteTapi kena rajin juga kemas rumah, kalau tidak berlonggok harta yang tak mau lagi. TK, sekarang sedang berehat.
tak sabar nak tgk Rumah BC yg baru. InsyaALLAH an blk hujung tahun ni, an singgah sana. selamat ber'renovate' alang!
ReplyDeleteby the way alang, this is my blog address, who knows, you are interested to read it anyway.
http://muhdnurfarhan.blogspot.com/
Salam An,
ReplyDeleteSelamat singgah di rumah alam maya alang. An tau tak masa kemas-kemas rumah, terjumpa gambar-gambar An waktu kecik-kecik. Sangat berbeza!!
Hehe... Memang sangat berbeza pun kan alang? Ho time flies... An pun rindu jugak suasana melaka dulu-dulu. InsyaALLAH, an balik hujung tahun ni, An singgah lama sikit. =)
ReplyDeleteTapi tang gigi tu sama. Jangan marah ye...ketawa besar bila tengok semula an, fatin dan adik waktu kecil.
ReplyDeletehihi..gigi ni lah yang jadi mascot.hehe. =)
ReplyDeletennt an balik melaka, kita gelak sama-sama k? =)
Gi,gi,gi....ki,ki,ki
ReplyDeleteGi,gi,gi....ki,ki,ki
ReplyDeleteAn teringat balik yang masa kecik dulu an suke melukis kan. Sekarang ni Amal pulak yang rajin melukis. mmg bakat an melukis dulu diwariskan kepada Amal secara tak langsung kot. =)
ReplyDelete