Sambal belacan

Salam.
Pembaca muda belia yang sedang membaca posting saya ini tentu tak pernah dengar lagu ini atau pun tahu senikatanya. Korusnya berbunyi:

"Sam......bal belacan! Sa.....ngat sedap!
It's hot, it's hot but it's de...licious,
So sambal belacan bawa cepat!"

Lagu popular era 50'an nyanyian, kalau tak silap saya, Trez Amigos, kumpulan penyanyi keturunan Portugis di Melaka. Nah engkau, punyanya ingat:) Sambal belacan pedas tapi sedap. Pembuka selera. Kalau pergi kedai makan, mesti minta sambal belacan. Ada rakan saya tak makan belacan tapi bila masak masak asam pedas, makan pula. Kan masak asam pedas ada belacan!

Kali ini nak cerita tentang sambal belacan. Mengapa ye? Sebab di rumah ini, di BS, tidak boleh tidak mesti ada sambal belacan dalam menu makanan harian. Dan cilinya mesti cili padi a.k.a. cabai Melaka (ada lagi tak a.k.a nya?). Kalau tak ada sambal belacan, gantinya hirisan cili padi dengan kicap. Puaslah saya bakar belacan dan tumbuk cili padi. Belacannya, belacan Melaka. Cili nya pula sekarang kalau boleh dibuang bijinya (dulu hentam aje) sebab biji nya merbahaya kalau diambil banyak boleh sakit apendiks. Ada pelbagai jenis sambal belacan : perasa mangga/pauh, perasa kedondong, perasa tomato, perasa limau kasturi (ambil kulitnya)....
Di rumah ini simple aje sambal belacannya. Cuma belacan plus cili padi. Tumbuk. Tak mahu blend. Tak payah letak garam, gula, jus limau kasturi. Tugas dialah menumbuk sambal belcan kalau saya malass. Semalam dia tanya, "Sambal belacan Mak Eng tak buat ke?" Jadi, untuk menu hari ini saya rajinkan diri buat sambal belacan my SIL di BP.

Bahan-bahannya. Cili mesti di belah sikit supaya tak meletup bila digoreng.
Ye, bahan-bahan ini semuanya di goreng terlebih dahulu.


Saya guna kuali comel dengan sedikit minyak


Bahan yang telah siap digoreng, Tumbuk semuanya bersama sedikit gula


Inilah hasilnya, perahkan jus limau kasturi

Sambal belacan tadi lawannya gulai kari kepala ikan! No, no bukan saya masak beli kat kedai Pak Sheikh. Satu kepala pagi, satu kepala petang. Sekali sekali makan kepala ikan tak mengapa kan. Pesan orang, kalau selalu makan kepala ikan nanti jadi pelupa ;= (. Tapi, kan ada doa untuk dilindungi daripada pelupa. Orang tak makan kepala ikan pun boleh jadi pelupa. Ada juga petai sebagai ulam!!!


Baiklah, orang dulu ada petua nak buat sambal belacan sedap. Kata mereka, biar jumlah cilinya ganjil seperti lima, tujuh, sembilan.....kalau cili merah, okeylah, ni cili api...tak kuaso den nak kiro eh....ambiklah seadonyo. Kata mereka lagi, guna lesung batu, jangan blend, air lesung itu menyedapkan sambal. Sambung mereka, jangan tumbuk depan pintu, nanti orang lalu lalang nampak dan tanya 'Buat apa tu?'

Itulah kisah 'sam.......bal belacan, kesuka.......an dia"

22 comments:

  1. kak hajah nora,
    meleleh air liur baca entry sambal belacan ni... sebabnya saya sedang puasa... nak masak kari ikan bawal esok dan buat sambal ni....

    ReplyDelete
  2. Okey, hajah, sambal belacan yang mana?

    ReplyDelete
  3. Kak NORA, saya pun minat benor dgn Sambal Belaca nih. Satu rumah suka..

    Tapi biasanya saya buat bila ada masak Kuah Lemak Putih. Ada ulam. Pastu goreng ikan masin. Perhhh!

    Cuma lain tempat lain cara sambal belacannya kan? Saya tak pernah boh ikan bilis, tapi cili kering digoreng, bawang pun goreng. Itu ikut stail mak saya..

    Kalu saya, cuma cili + cili padi, belacan, garam asam limau. Licin jugakkkk.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. semlm pun kita org makan sambal belacan ngan kari kepala ikan...nanti kita ummi masukkan gambar tu ye

    ReplyDelete
  5. kaknora, kita tak penah dengar lagu tu.
    sambal belacan memang sodap. Nak buat sambal belacan, belacan yang beli kat melaka haritu dah habis pulak..

    ReplyDelete
  6. salam kak nora..sedap betul sambal belacan kan..sampai ada orang guna pepatah..tobat sambal belacan katanya..pedas2 pun colek juga...
    saya pun kalau buat..goreng juga semua bahannya..tapi..rasanya..setahu sekali je kot buat samabl belacan sendiri..selalunya..kalau balik kampong..makan ramai2 baru ada sambal belacan..

    ReplyDelete
  7. Azie,
    Ada macam cara buat sambal belacan. Lemak putih memang lawannya sambal belacan. Tapi di rumah akak di Kuantan, hari-hari mesti ada sambal belacan cili api atau cili api dan kicap saje.

    ReplyDelete
  8. Ummi,
    Ye ke ummi? Sama tastelah kite ek!

    ReplyDelete
  9. Kakpah,
    Lagu tu lagu lama, Klasik Nasional ada mainkan agaknya. Moh ke Pasar Besar Melaka shopping belacan cincalok....

    ReplyDelete
  10. Erna,
    Sambal belacan sebagai pembuka selera.

    ReplyDelete
  11. Salam hajah

    Kalau pergi Melaka saya tak lupa beli belacan,sanggup turun dari kereta semata2 nak beli belacan.

    Saya nak cuba sambal belacan yang bahan2nya digoreng dulu tentu lain rasanya, terima kasih bagi recepi.

    ReplyDelete
  12. Zaitun,
    Sambal belacan yang bahan-bahan digoreng terlebih dahulu, tahan lama. Kalau tidak pun buat bahan tumis.

    ReplyDelete
  13. Salam kenal. Terliur tengok sambal belacan akak.

    ReplyDelete
  14. Salam Hjh Nora
    Wow, cerita pedas2 tu! Cuba tanya peminat tegar SB di BS, cili padi = lombok rawit ke? Saya fikir, sebab bahan2nya digoreng, SB tu lagilah tak boleh tahan lama, sebab ia lebih enak! Volume SB yg disediakan kena control sikit, hjh. Kot tak nanti kena buat lempeng pisang pula. Have a lovely day!

    ReplyDelete
  15. Salam Temuk,
    Lombok rawit lagi pedas berapi ke? Saya buat banyak supaya tak perlu buat hari-hari. Sambal belacan Temuk macam mana pula?

    ReplyDelete
  16. Salam balik Hjh Nora
    Lombok = cabai & rawit = kecil. Tak pernah jumpa di pekan/bandar mana2. Dulu2 tumbuh sendiri di kampung. Orang guna juga utk buat 'sambal tahun'. Memang sangat kecil, tapi mudah bikin mulut + hidung meleleh deras! Resipi SB saya macam resipi azieazah. Belacannya bakar + gula sikit.

    ReplyDelete
  17. salam kak hajah nora,
    ada perubahan sekali lagi...
    saya dah pikir tak mahu private..
    saya cuma jaga agar gambar keluarga tidak dimasukkan kecuali gambar makanan, pemandangan...
    jemputlah singgah di
    http://akakjua.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. Temuk,
    Terima kasih. Selamat tumbuk SB

    ReplyDelete
  19. Salam hajah Rahmah,
    Alamat tukar ke? Terima kasih atas pelawaan.

    ReplyDelete
  20. Salam Kak Nora,

    Ha, tak pernah pulak saya buat sambal belacan dengan bahan-bahannya di goreng terlebih dulu...ha...kena cuba buatlah...nampak macam mengancam je.... :-)

    ReplyDelete
  21. Salam Yan,
    Kena cuba buat, rasa baru tau. suka atau tidak!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.