Cuti sekolah

Salam,
Cuti sekolah pertengahan tahun tak lama lagi.
Teringat saya waktu zaman sekolah rendah, bila cuti sekolah aje, mesti pergi ke KL...ke 99 Jalan Hale, Kpg Baru (sekarang Jalan Abdullah). Nak main dengan kawan-kawan dan saudara mara di Kpg baru. Hari akhir sekolah, hari Jumaat. Petang, jam 3.00 petang, dah berada di Perhentian Bas. Naik bas ekspres ke KL. Bila naik bas aje, tutup hidung, sebab bau minyak petrol memabukkan. Dan sepanjang jalan tutup hidung. Makan asam boi untuh tahan mabuk. Gayung kecil siap sedia, in case..... Maklumlah zaman itu mana ada bas air con. Dari Melaka ke KL ikut jalan lama....singgah rihat di bandar Seremban....oh sempat beli kacang putih atau sejenis kuih macam bentuk batu. Tak ada jajan seperti sekarang ..... Kemudian perjalanan diteruskan melalui Mantin, Semenyih, Kajang. Berliku-liku jalannya. Saya masih ingat selekoh di Mantin..naik bukit dan turun bukit, macam selekoh di Cameron Highlands. Mulalah perut memulas, nak keluarkan isi perut!!!Kadang-kadang tak tahan juga.!!!
Agak-agak 4 jam perjalanan, sampai di Stesyen Bas Pudu (belum ada Puduraya). Pakcik (adik bongsu arwah mak) dah tunggu. Kami naik teksi ke Kg Baru. Punyalah seronok bercuti di KL...main-main sepuas hati, pergi shopping kat Globe, makan nasi beriani Kassim, beli baju skirt kembang di May May, pergi pasar Chow Kit, makan nasi lemak mak cik seberang (oh lauknya sambal sotong sedaaapnya), makan mee Jawa (sedap juga) pergi Sunday Market di Jalan Raja Alang. Beli apa? Beli pucuk paku, keropok ubi sebesar pinggan makan, jagung rebus, rojak petis, sate. Ada masanya, bila musim hujan, maka banjirlah kawasan rumah Kampung Baru. Apa lagi main air lah kami. Macam itik dapat air.
Sampai masa balik Melaka semula, penggal baru sekolah nak bermula. Boleh menangis dibuatnya. Tak nak balik sebab seronok bercuti di Kampun Baru. Tapi kena juga balik. Kena paksa dengan janji akan ke KL semula cuti sekolah akan datang. Saya terseyum bila teringat zaman kanak-kanak dulu dan bila lihat kembali gambar-gambar bersama-sama rakan-rakan di Kpg Baru semasa cuti sekolah.

12 comments:

  1. salam kak hajah nora..
    eeee... apa yg berkaitan dgn kg baru memang best kan???.. saya puas rasanya membesar di Kg Baru.. kalau pergi pasar minggu sure beli 'rekod..' kunyah pelan-pelan.. belom sampai rumah dah habis...

    ReplyDelete
  2. Bila tiba cuti sekolah, saya pun suka hantar anak2 duk di kampung dgn nenek depa sekejap...

    Balik jer KL semua montel....!

    ReplyDelete
  3. Salam ceria Hjh Nora

    Kg Baru Kg Pandan
    Berubah wajahmu dek pembangunan.

    Memang seronok zaman yang lalu
    Kalau boleh nak gostankan waktu.

    ReplyDelete
  4. Salam kak hajah Nora

    Saya juga banyak kenangan bila cuti sekolah, pakcik adik ayah akan menjemput saya tinggal dengannya di Dato Keramat. Selalu pergi Kg Baru,Jln Tuanku Abdul Rahman bershopping.

    ReplyDelete
  5. Salam hajah rahmah,
    Ada juga beli lemang, masih ingat lagi jambatan 'gesel'di pasar minggu?

    ReplyDelete
  6. Salam Azie,
    Ada macam kat KL, sukalah budak-budak.

    ReplyDelete
  7. Kalaulah boleh, Temuk, alang kah bestnya, back to the past....

    ReplyDelete
  8. Salam Zaitun,
    Oh ye, makan satay kat Jalan Campbell(sekarang Jln dang Wangi)dan tengok wayang kat Odeon, Rex, Cathay...

    ReplyDelete
  9. salam,

    dulu area situ gah sebagai tempat shopping masa kecil kalau dapat pergi chow kit tu hebat rasanya tapi sekarang ni tak kisah pun lagi..

    ReplyDelete
  10. nostalgia jika terkenangkan zaman remaja! alahai zaman itu tidak seperti remaja zaman sekarang..

    ReplyDelete
  11. Salam pmaya,
    Akak tak suka ke area chow kit sekarang, macam di negara luar aje.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.