SERVIS TELINGA

Tunggu giliran

Sudah beberapa hari telinga kanan saya tersumbat. Rasa berat, berdengung.Pendengaran pun tidak selesa. Bila bercakap, kuat atau perlahan suara saya? Tak pasti.Nak jawab call hp guna 'speaker' yalah, dah biasa guna telinga kanan. Kalau tidak dengar sayup-sayup suara yang memanggil.  Ini bukan pertama kali saya mengalami telinga kanan tersumbat. Kalau salah korek, salah teknik...inilah akibatnya. Bila jadi keadaan begini, saya akan titis kan 'ear drop' untuk mencairkan lilin atau wax. InsyaAllah,kotoran  akan mengalir keluar. Tetapi kalau ia "berkeras" juga, saya ke doktor untuk 'servis' telinga. Ke doktor biasa sahaja, tak perlu ke pakar. Kini ia berlaku lagi akibat nak bersihkan (korek )telinga yang gatal..

 Hari Sabtu yang lalu  saya ke Klinik Kerajaan di Beserah. Tutup rupanya pada hujung minggu. Pergi  pula ke Pekan Melayu (Malay Town) dekat dengan ECM untuk mendapat rawatan mana-mana klinik swasta yang ada.  Pusing punya pusing, tak ada parkir. Lalu saya ke sebuah klinik swasta di Jalan Tun Ismail.  Jumpa Dr P,  seorang doktor  senior, sudah tentu berpengalaman. Dia teropong telinga kanan saya  macam dalam imej di bawah.   Contoh je (imej dari google)

Katanya, 'wax'  keras. Saya kata dah berhari saya guna ear drop dan minta Dr cuci telinga saya segera, dah tak tahan, Dr P minta saya  terus guna 'ear drop' sebab kalau cuci masa wax keras, sakit nanti. Dia menasihati saya masukkan betul-betul ear drop  ke dalam lubang telinga dan gesek-gesek luar telinga supaya kudah cecair masuk ke lubangtelinga.  Datang semula hari Isnin. Doktor ni baik lah  Dia tak charge apa-apa pun! Kalau ke specialist, duduk aje kerusi dalam bilik doktor, ah kena charge dah!
 Aduhai, puas saya titis cecair. Keadaan masih sama...berdengung...tak selesa langsung.

Hari Isnin saya ke klinik sekali lagi. Ah???Doktor cuti, Hari Rabu dia ada? En hubby tanya mengapa tak ke doktor lain. Saya masih tunggu Dr P. Sabar je le.

Hari Rabu. Saya jumpa Dr P. Saya berdoa di permudahkanNya segala urusan saya hari itu. Minta Allah pulihkanlah pendengaran saya.
Doktor P titiskan cecair ke dalam teling kanan saya. Rasa air 'bergelombang' dalam telinga. Sambil itu 'nurse' sediakan satu 'tray' kecil mengandungi  air dan letakkan di bawah telinga kanan. Lepas beberapa minit, saya rasa macam ada 'spray' air menembusi lubang telinga saya yang tersumbat. Sedap pula rasanya. Dr P telah mengguna sejenis alat untuk spray kekotoran telinga saya.  Dr P tunjukkan takungan dalam bekas, apa yang  keluar....... beberapa ketulan kecil wax telinga. tetapi tak banyak.
Doktor kata "ada lagi."  Dia spray lagi . Apa pula yang keluar kali ini?

" Cebisan cotton bud, ke?" saya tanya dengan rasa bimbang. Manalah tau tertinggal. Oh tidak!
"Ini wax yang degil. Keras Sudah lama  kumpul dalam lubang telinga" jawab Dr P.
'Apa rasa sekarang?"tanya Dr.
Lega! Telinga rasa ringan, pendengaran jelas semula.
"Biasanya nya saluran lubang telinga panjang. Tapi saluran lubang telinga kanan saya ' corner' sikit di hujungnya. Itu yang menyebabkan bila saya bersihkan telinga, benda wax  tertolak ke dalam. Sorok. Kumpul lama. Keras  Tersumbatlah.

Alhamdulillah!! Terima kasih Allah. Pada saat itu saya punyalah suka.
 Pendengaran dah okey, kembali asal, dah seimbang, tak ada bunyi dengung. Berkali-kali saya panjatkan kesyukuran.  .  Dr P dan nursenya senyum lihat  kegembiraan saya.

Ini ujian Allah SWT.  Lain kali saya elakkan korek telinga. Bahaya kalau salah teknik. Kalau rasa telinga tak selesa, jumpa doktor  'Servis'  telinga.

Baiklah, Sekarang saya nak layan drama bersiri Korea 'King of Ambitions' ..best cerita ini, tau.




TEROWONG SG LEMBING

Salam sejahtera.

Jom kita ke terowong Sg Lembing!


Satu tarikan kepada penggemar sejarah, ke bekas kawasan lombong timah Sg Lembing, Kuantan.
Klik pada imej untuk maklumat.
Dahulu Pahang kaya dengan lombong bijih timah. Kawasannya ialah di Sg Lembing. Kini tinggal sejarah. Pekan Sg Lembing pun senyap sepi sekarang . Saya pernah melawat Muzium Sg Lembing.Banyak maklumat tentang kegiatan melombong bijih timah  terdapat di sini. Terowong itu ialah salah satu peninggalan yang menjadi warisan, terowong terpanjang di dunia (satu masa dulu!)
Jom ke terowong Sg Lembing.

pintu masuk terowong (terima kasih SinarHarian)

Nak tau lebih lanjut lagi mengenai SG LEMBING tanya En Google.

Melaka Oh Melaka

Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia
 
MELAKA: Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.
Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.
"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, Isnin.
Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.
Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.
Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.
Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. - BERNAMA


SILENT READER

Satu pagi, sarapan soto dan teh tarik di sebuah 'food court' di Jalan Gambut, Kuantan.
Seberang jalan, hospital pakar MUIP.
Tak menulis lagi ke? dia bertanya.
Tulis? saya jawab dengan rasa hairan.
(tertanya, bila saya menulis?)
Ya lah, kat blog.
Oh awak baca blog saya, ye?
Saya suka baca....cerita .jalan sana, jalan sini....
Mana tau saya ada blog?
 Saya terjumpa SEKILAU ONE. Saya tengok dan baca,  macam kenal je.
Saya suka baca.
 Tak menulis lagi ke? 
Oh! Masih, bila ada cerita.
Mari saya ambil gambar, nak masuk blog saya...
Dia ada warung minuman, ada juga jual kuih, juga jual surat khabar.
Kalau ke sana , gerai pertama.

SARAH..salah seorang silent reader saya. Tak sangka.
Terima kasih, Sarah....