Pagi tadi saya mendaki bukit, BS, di hadapan rumah. Sudah lama saya tinggalkan aktiviti ini. Rasa segar setelah berjalan laju 'brisk walk' .mendaki sambil menikmati udara bersih dan pemandangan bandar Kuantan (sebahagian aje). Perkampungan atas bukit tak banyak berubah, cuma ada beberapa rumah yang dahulunya kayu dan papan telah diganti dengan rumah banglo, batu..
Bagusnya rumah saya di BS. Ada warung makan berdekatan yang menjadi 'kantin' pelajar-pelajar UITM Bandar. Balik senaman pagi , saya singgah beli sarapan.
Laksam. Dulu-dulu saya tak suka, putih dan bersantan, lemak.
:Lama-lama suka pulak! Makan sebahagian, dah kenyang.
Ketayap, lepat pisang , kuih koci, pulut urap. Pulut urap kelapa makan dengan ikan kering.
Kalau di Melaka, pulut urap bersama air gula melaka
Kuih-kuih ini sebagai snek bila-bila lapar nanti.
Minum air RO. Dalam piring kecil itu ada 'supplement'
Saya pastikan saya ambil ikut jadual, mesti berdisiplin.
Yang kecil-kecil hijau, spirulina, yang kapsul berminyak tu, EPA, minyak ikan,
yang putih tu, kolustrum dan tablet Vit C
InsyaAllah, diiringi dengan doa, semoga kesihatan terjaga.
Tit, tit, tit, tit, tit,tit....mesin basuh dah calling, calling.....nak jemur kain. Bye, bye!
Petang. 1.00 th Tekan remote ke Ch 102.
Eh!
SANGAM!!! Ai say....dah start. Oh, saya suka cerita ini. Bukannya saya suka Hindustan tetapi
SANGAM satu-satunya filem Hindi yang klasik. A must see film walaupun ditayang berulangkali. Suka jalan cerita, pengorbanan tiga sahabat,
Sundar, Gopal, Radha atas rasa perasaan cinta dan kasih sayang...suka lagu...happy, happy dan ada yang mengusik jiwa, sedih.....suka tengok pemandangan Paris, Switzerland, Venice (waktu dulu-dululah), dialog indah (baca subntitle dah)...overall....suka
SANGAM. Ada juga part tengah-tengah cerita, terlepas, miss...tak ape...lepas tu ah,,,duduk depan TV hingga 'the end', terhibur :=)
image dari wikipedia
Masih terdengar "I will come back...I will come back..."