Showing posts with label pokok. Show all posts
Showing posts with label pokok. Show all posts
POKOK 'PAYUNG DOA'
Bila ditanam dahulu, dijangkakan dahan-dahan serta ranting-rantingnya akan menghala ke atas seperti aksi berdoa. Itu sebab nama biasa-biasanya, 'pokok doa'. Apabila ia meninggi, eh, mengapa dahannya menunduk seperti payung? Mungkin ini saudara sama tapi tak serupa dengan pokok doa. Semakin dahan bertambah, semakin rimbun pokok ini, semakin menunduk, semakin teduh. Elok diberi nama 'pokok payung doa' sajelah. Dalam Wikipedia tak ada 'cerita' pokok payung doa, ye. Jangan cari!!.Apa jadi pada rumput tempat ia menapak? Tak dapat cukup matahari, rumput tak menjadi. Puas sudah ditabur baja rumput tapi jadi 'padang jarak' nampaknya.
Pokok ini terdapat di sudut laman, membantu menghijaukan dan mengamankan persekitaran yang panas.
![]() |
| Memberi teduhan kepada ikan koi |
![]() |
| Rimbun |
![]() |
| Di celah-celah cahan dan ranting |
![]() |
| Kesian rumput, tak mau nak hidup |
BYE BYE TWEET TWEET
SARBUR ORI
Patutlah setiap kali saya menyapu lantai porch hampir dengan pasu potted palm, ada je serpihan rumput kering dan daun. Agaknya ditiup angin. Rupanya siburung kecil telah bina homestaynya, mula-mula kecil dengan ranting kering sebagai kerangka.
Wah.......dan di situlah dia hingga kini. Ada sekali nampak tuan punya terbang-terbang di luar rumahnya. Tapi hingga sekarang tak muncul lagi. Jadilah sarbur hiasan pokok, ori punya okey, bukan sarbur tempua import.

OPS MAMBU SEMAMBU
Pokok mambu di luar pagar meninggi dan merimbun. Dahan-dahannya sering mengganggu bas serta lori. Daun-daun serta ranting kering bersepah di tepi jalan serta masuk ke dalam longkang. Longkang tersumbat. Dan juga 'yours truly' hari-hari (bila rajin) atau 3 hari sekali akan menjalankan kerja-kerja membersih laman. Menyapu daun-daun kering, buah-buah serta bunga-bunga mambu yang bersepah di laman sudah menjadi rutin. Kalau tidak, tak sedap mata memandang. Saya anggap ini satu exercise keluar peluh. tetapi bila rutin, menjadi jemu dan malas. Lalu saya buat surat aduan kepada pihak berkenaan untuk mengambil tindakan mencantas pokok mambu (atau tebang!)
Setelah 3 minggu menunggu, mereka pun datang.
Ops Bersih!!!
Boleh tak cantas sekali bahagian dalam ini, laman rumah?
Apa lagi..cantas, cantas ,cantas.....
Memang bersih, hanya ditinggalkan bahagian pucuk supaya tak hilang identiti pokok.
Selesai Ops....nah, ini rupa pokok mambu.....
Tak perlu saya menyapu daun kering mambu lagi (hanya daun kering pokok buluh)
Laluan bas dan lori tidak terganggu dek dahan-dahan yang 'terjulur' ke tengah jalan.
Longkang belum berapa bersih, air masih tak mengalir (perlu baiki sistem saliran nampaknya)
Laluan jalan kaki (bahagian depan rumah saya lah)bersih.
Tetapi, ada pula kesannya.
Laman rumah BC nampak bertambah luas tetapi menjadi panas.....
Tak lama nanti pokok mambu akan merimbun menghijau semula!
Kata pekerja-pekerja Ops mambu, pokok tak boleh ditebang, nak jaga penghijauan alam sekitar.
Terima kasih kepada kakak kerana photoshoot kerja-kerja mencantas mambu.Waktu ops ini saya di Kuantan.
Terima kasih jabatan berkenaan (alam sekitar) kerana 'rakyat diutamakan'
Pokok buluh ku : dulu dan kini
Masa mula ditanam
tahun 2010
Rumput menghijau,
buluh masih 'anak-anak' muda
Tujuan barisan rumpunan buluh melindungi pancaran sinar matahari petang
dan landskap ala-ala Jepun.
Tengoklah sekarang
tahun 2012
Tanah gersang, rumput hijau dah hilang
Pokok dah meninggi
Daun-daun kering buluh menutupi tanah
lalu rumput mati.
Buluh-buluh perlu di trim supaya kemas.
taklah tercacak sana sini
takut-takut tercucuk mata atau hidung.
Agaknya sudah diberi tugas olehNya
aku exercise, menyapu daun-daun kering buluh
supaya badan berpeluh, badan sihat.
Rutin ini aku lakukan bila melihat daun-daun kering
menutupi laman yang dulunya hijau,
kini kering berpasir.
Namun rumpun buluh dapat melindungi sinaran matahari petang.
Bukan landskap ala-ala Jepun yang jadi
sebaliknya ala-ala kampung gitu.
Cantas
Cantas!
Cantas apa?
Pokok-pokok buluh yang merimbun!
Dan lagi
Timbunan
Ranting-ranting perlu diikat kemas. Letak tepi jalan, tak mau diangkat oleh lori sampah biasa.. Kena angkat sendiri ke pusat buang sampah setempat. Di sana ada tong besar punya, khas untuk barang-barang yang susah nak 'hapus kira' oleh lori sampah biasa.
Aduh! 3 trip dari BC ke Bukit Baru.
Lepas tu, kawasan padang perlu disapu sebab melambak daun puluh kering. Berpeluh juga dibuatnya. Tetapi puas. Padang segar hijau semula. Yang menarik, merah menyerlah antara hijau.

Buluh pelindung
Rumpunan buluh kini tinggi mengawan.
Rimbun daunnya
Sudah banyak 'anak'nya yang pada mulanya hanya
beberapa batang sahaja.
Deretan rimbunan buluh
sebagai pelindung pancaran matahari petang
.
.Sudah tentu daun-daun buluh yang kering
banyak menutupi kawasan rumput.
Satu kerja pula nak bersihkan laman.
Saya biarkan sahaja.
Nanti bila rajin bolehlah kemaskan.
Nanti bila rajin bolehlah kemaskan.
Pokok buuh dibiarkan tinggi
Dibiarkan rimbun.
Walaupun sudah 'besar panjang'
Ia tetap disiram sebab buluh memerlukan banyak air.
Bila cabang-cabangnya keluar tidak menentu
baru dicantas
baru dicantas
Bawah pokok buluh ditanam beberapa batang pokok cili.
Hijau tunggu merah
Kecil-kecil berbaju hijau,
Bila besar berbaju merah,
Cuba teka...apa itu?
Pokok sudah berbuah, baru tiga biji. Sudah 'excited'
kalau ada kebun cili, bagaimana rasanya bila pokok menjadii
Masih hijau, tak mau petik dulu,
tunggu dia ganti baju merah!
Ada saya baca kita boleh buat sendiri racun serangga, kawal penyakit reput pokok cili
dari bahan-bahan di dapur.
Kita boleh buat bahan larutan stok
Peyediaan
1 liter air
1 susu besar minyak masak/minyak sayur
1 sudu besar sabun basuh (yang cecair)
4-6 ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Masukkan minyak masak dan sabun ke dalam air 1 liter
Tumbuk bawang putih danmasukkan ke dalam larutan
Kacau, tapis
Untuk penyemburan. campurkan 1 bahagian larutan dengan 4 bahagian air.
Saya dah cuba,
Tunggu dan lihat!!
Anda tahu cara-cara lain untuk buat racun serangga
bagi serangan yang jenis mengunyah dan jenis menghisap?
Boleh kongsi tak?
Nak senang beli aje yang dah sedia ada di nurseri, kan mudah!
Wah! pokok-pokok cili yang lain dah mula berbunga

Tak lama lagi cili berbaju hijau akan muncul.
Daun orang lama
Sudah lama saya mencari pokok ini.
Jumpa di Tesco. Beli sepasu (tak ada pun dalam shopping list).
Apa nama daun ini sebenarnya??
Jasmin? Jarmin?
Jarmin agaknya!
Pokok ini pada saya, esotik.
Daunnya mempunyai sejenis bau wangi.
Kalau tidak masakan kaum wanita zaman dulu suka menyelitnya pada sanggul, diseri lagi dengan bunga cempaka,,
Saya cuba tanya Mr Google mengenai jarmin. Tak ada pula. Yang ada,
petikan daripada novel Alun Hidup karya Khadijah Hashim,
....................."Asmah memerhati saja gerak laku ibunya. Di tangan sudah terkumpul tujuh tangkai bunga cempaka putih dan dua helai daun jarmin untuk dihias di sanggul.
"Amboi. Cantiknya emak kau....."
(Ms 165)
Di kampung-dulu banyak sekali terdapat pokok ini sebagai hiasan laman. Adalah dipercayai bau daunnya yang wangi (dan tajam) boleh menghalau nyamuk.
Penuh harapan, pokok jarmin ini akan tumbuh dengan suburnya di laman BC.

Tanaman herba pasu
Dua pagi hari yang lalu, akak nak masak nasi goreng cina untuk sarapan. Buka lah fridge cari bawang merah. Apa sudah jadi???
Daun bawang sudah mula menunjukkan diri!! Akar pun mula tumbuh. Akak dan orang-orang di rumah ini jarang masak. Ini lah akibatnya. Tsk.tsk.tsk....
Satu hari, nampak ubi kentang dah menunjukkan 'mata', cepat-cepat bersihkan, potong 'wedges'. Goreng.
Okeylah, kite tambah koleksi sudut 'taman herb pasu' di bawah pokok betik.
Moga-moga akan dapat menuai daun bawang. Cik bawang merah, besau dan kecik....disusun kemas-kemas dalam pasu....
Tak lama lagi tinggilah daun bawang hendaknya.
Ada yang keputusan daun bawang? Sila, sila...kalau tidak, daun bawang pun akan layu juga
sebab
kami jarang masak!
.
Tetapi,
walaupun jarang ke dapur, bila 'emergency', ke sudut inilah dicari daun kunyit, daun kari, ulam pegaga, daun pandan, daun bawang, daun limau purut..
berguna juga!
Jadi, akak mesti rajin menjaga tanaman herba pasu ini.

Pokok condong
Pokok besar.! Walaupun rimbunan memberi perlindungan bumi dan kawasan sekitarnya tetapi ia.......
.......condong ke arah deretan rumah, khasnya rumah jiran sebelah rumah! Bahaya!! Pokok dah makan jalan, berat ke arah perumahan. Daun kering, bunga-bunga kering bersepah atas jalan. Tapi tak mengapa...ada jiran-jiran berdekatan baik budi, rajin, selalu bersih, sapu daun-daun kering. Jalan bersih seketika,kemudian bersepah semula. Baik sungguh jiran di kiri dan kanan ku, Kata mereka 'boleh juga 'exercise', keluar peluh' maklumlah duduk di bandar. Yang penting, pokok dah condong,, dahan-dahan dah rimbun, berat, kalau tidak diambil tindakan......rak.......rak........ruuuum....... nampakntya.....siapa yang susah?
Akak dan mereka yang rumahnya berhampiran!!!!
Semoga tidak berlaku. Ya Allah berilah kami perlindungan.
Sudah pun dibuat aduan kepada pihak berkenaan . Sudah pun ada jawapan, akan diberi perthatian.
Kini, tunggu dan lihat, akan tindakan.....

Tanaman
Mood nak cerita tentang tanaman pula.
Tanaman yang ada di belakang rumah BC, di tanah yang sekangkang kera. (mengapa ye kiasannya begitu?) Kawasan ini dulunya luas tetapi kesan daripada 'upgrading', tinggallah apa yang ada untuk bercucuk tanam. Ada sebatang pokok buah betik Ia tumbuh daripada biji-biji yang disepahkan saje ke tanah. Teruja kami bila lihat ia berbuah, excited!!!Lama sungguh tak rasa buah betik tanaman sendiri. Buahnya taklah besar mana, kebanyakannya midi dan ada sebuah dua, mini. Dah kerap jugalah kami merasa buahnya yang manis. Puas juga. Syukur, ya Allah.
Dikawasan sempit ini ada rimbunan pokok daun pandan. Tetapi kami jarang guna daunya.
Dalam pasu ada sebatang pokok daun kari. Tak besar-besar. Tetapi daunnya subur hijau,
Ada juga pokok daun pegaga juga dalam pasu. Buat hiasan aje 'pegaga jepun' ini.
Mana pokok kunyit? Dah lama tanam tetapi tak nampak tumbuh pun!
Pokok cili? Serai?
Dulu ada daun kesum, daun bawang...
Daun pandan dalam pasu pun cantik juga, kan?

Landskap buluh
| daun pokok buluh |
| batangnya, pokok buluh jenis apa, saya tak tau??? nampak tak 'japanese drain'? |
| 6 rumpun ditanam sederet (macam barisan tentera), kalau ikut seni landskap, elakkan tanam pokok sederet |
| tumbuh dengan segarnya dihalaman padang berumput |
| .ini juga pokok buluh,,,'buluh jepun' kata orang, tanam dalam pasu |
Saya suka pokok buluh.Ia mendatangkan satu kedamaian.Pokok buluh tak memerlukan penyelengaraan yang tinggi, maksud saya penjagaan. Cukup siraman airnya sewaktu ia membesar. Pokok buluh ada macam-macam jenis..tapi yang dilaman BC, kata pembekal, "bambusa Thai' atau buluh pagar. ye ke?Tapi awas, orang yang rajin saje yang suka tanam pokok buluh. Sebab? Ambil masa juga nak menyapu dan membersihkan daun-daunnya yang mudah gugur.
Angan-angan si cili padi

Inilah seplastik beg cili padi warna merah menyala
hasil tanaman di laman sendiri
(tapi bukan laman aku, okey)

Bila lihat cili-cili hijau
bila dah masak, tukar merah
berbuah dengan lebatnya

dan ada yang masih berbunga
tumbuh subur di bawah lembaran netting.
setiap pokok di dalam plastik beg hitam,
hati aku suka....
suka lihat tanaman menjadi,
maka timbul satu angan-angan
nak ikut contoh 'petani' cili padi ini,
nak buka 'ladang' cili padi.
(tak lah besar, nanti penat nak jaga)
di sudut tanah lapang di rumah Bukit Cina.
Satu tin susu, RM2.00
Boleh buat business (permintaan tentu banyak)
boleh buat amal kebajikan (kepada sedara mara).
Mereka yang berminat boleh datang, petik sendiri,
sukanya hati
Yang penting buat budi pada tanah, rajin menjaga dengan kasih dan sayang
cukup baja, siraman air dijaga,
maka,
hasilnya lumayan, bu!
Tapi boleh ke aku?
Pasang angan-angan lah Kak!!!
Tanam sendiri, rajin ke?
Siapa nak bantu jaga
bila aku tak ada di Melaka?
Ye tak ye juga!
Semua tu kena ambil kira.
Alahai....
Saje angan-angan si cili padi :)
Mambu
Salam 2 all,
Hari ini dapat sambung memblog semula. Sebab? Sudah seminggu CPU demam kena virus, pelbagai jenis. Dia makan semuanya!!!! Sampaikan ikon kat desk top pun dia telan.
Okey, harap tak akan berlaku serangan gelombang ke 2? 3? Ha, ha,.
......ni nak cerita tentang daun mambu, gambar di atas. Ada sebatang pokok mambu tumbuh dengan megah di luar pagar rumah. Agaknya Majlis Bandaraya tanam di tepi jalan. Dahan-dahannya masuk ke kawasan laman rumah. Bila daun-daun kering serta buah kecilnya dah berselerak di laman, tugas sayalah yang membersihkannya. Sapu, sapu dan sapu. Tak boleh grumble, berleteh....kerana apa tau. Kerana daun mambu ini rupanya ada jasa kepada kita....banyak...cuba layari kat google, cari khasiat daun mambu untuk semua bangsa di Malaysia. Tapi saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu (sekarang masih kecil), bila saya kena demam campak, arwah mak akan ambil beberapa tangkai daun mambu lalu sebat atau kibas-kibas kat badan saya. Sedapnya!!!Kan kena campak badan kita rasa gatal-gatal. Jadi daun mambu ini boleh melegakan 'kegatalan' itu. Atau kita boleh ramas-ramaskan daunnya dan letak dalam air mandian. Mandi. InsyaAllah boleh menjadi penawar. Baru-baru in, sedang saya sibuk menyapu daun-daun kering mambu, datanglah seorang jiran (wanita) minta beberapa tangkai daun mambu. Saya tanya nak buat apa? Katanya "Nak ubat sakit cacau (cacar)"
Lain kali jumpa lagi.....
Hari ini dapat sambung memblog semula. Sebab? Sudah seminggu CPU demam kena virus, pelbagai jenis. Dia makan semuanya!!!! Sampaikan ikon kat desk top pun dia telan.
Okey, harap tak akan berlaku serangan gelombang ke 2? 3? Ha, ha,.
......ni nak cerita tentang daun mambu, gambar di atas. Ada sebatang pokok mambu tumbuh dengan megah di luar pagar rumah. Agaknya Majlis Bandaraya tanam di tepi jalan. Dahan-dahannya masuk ke kawasan laman rumah. Bila daun-daun kering serta buah kecilnya dah berselerak di laman, tugas sayalah yang membersihkannya. Sapu, sapu dan sapu. Tak boleh grumble, berleteh....kerana apa tau. Kerana daun mambu ini rupanya ada jasa kepada kita....banyak...cuba layari kat google, cari khasiat daun mambu untuk semua bangsa di Malaysia. Tapi saya masih ingat waktu kecil-kecil dulu (sekarang masih kecil), bila saya kena demam campak, arwah mak akan ambil beberapa tangkai daun mambu lalu sebat atau kibas-kibas kat badan saya. Sedapnya!!!Kan kena campak badan kita rasa gatal-gatal. Jadi daun mambu ini boleh melegakan 'kegatalan' itu. Atau kita boleh ramas-ramaskan daunnya dan letak dalam air mandian. Mandi. InsyaAllah boleh menjadi penawar. Baru-baru in, sedang saya sibuk menyapu daun-daun kering mambu, datanglah seorang jiran (wanita) minta beberapa tangkai daun mambu. Saya tanya nak buat apa? Katanya "Nak ubat sakit cacau (cacar)"Lain kali jumpa lagi.....
Mas

Salam 2 all,
Lagi satu tanaman herba di laman (yang jadi pokok hiasan) ialah Emas Cotek. Emas Cotek ini ada 2 jenis, yang jantan dan yang betina (kata adik penjual di pasar). Yang dalam gambar di atas emas cotek betina. Ia juga salah satu ubat tradisional yang khasiatnya berbagai. Antaranya,
mengeluarkan toksin dalam badan
melancarkan perjalanan darah
sakit urat saraf/sakit sendi-sendi
mengurangkan kandungan gula dalam darah
membuang kolestrol dan lemak
pemulih tenaga batin
mengecutkan saluran peranakan /merapatkan pintu rahim
mencantikkan dan melicinkan kulit
merawat paru-paru berair
pemulih tenaga batin
penawar sakit pinggang
merawat migrain
Cara pengambilan, cuci daun, keringkan (jemur), rendam dalam air panas....minum airnya untuk satu jangka masa. Eh, kalau di lihat khasiatnya, herba ini boleh jadi penawar semua penyakit nampaknya? Saya tak pernah cuba, hanya ditanam sebagai hiasan. Apa-apa pun sebarang ubat yang kita ambil mestilah sederhana, berpada-pada, kalau ter'over' pula ada 'side effect' nya, macam kita ambil 'panadol' atau ubat-ubat pain killer yang lain. Yang penting 'drink plenty of water'
Herba di laman

Salam to all,
Antara pokok-pokok yang ada di laman rumah (yang tidak seberapanya)saya di BC ialah pokok hiasan di atas. Nampak tak beberapa buah nenas mini di antara daun-daun berduri? Pada mulanya saya nak buang saje pokok ini tapi dihalang oleh daun-daun yang berduri tajam. Saya biarkanlah dia tumbuh dengan bebas. Satu hari saya dapat tahu pokok ini (buahnya ) ada khasiatnya. Rupanya ini ialah salah satu specie pokok nenas batu. Gunanya ialah untuk merawat batu karang di pundi-pundi kencing. Buahnya dicuci terlebih dahulu sebelum direbus. Airnya diminum dalam satu jangka masa sehingga batu karang pecah (InsyaAllah). Pecahan kristal batu karang akan 'keluar' melalui usus saluran kencing. Ada sesiapa yang dah cuba? Nampaknya saya kena belai dan jaga dengan baik pokok nenas batu ini.
Ada lagi tumbuhan herba di laman. Lain kali ye.....
Subscribe to:
Posts (Atom)