Together gather

Salam....

I'm back in Kuantan for a couple of days. Hope to see my friends for 'together gather'. Norehan is organising a' baca yassin tahlil session' at her house-on-the-hill tomorrow morning. She said some of Afzan teachers will be attending, InsyaAllah. Dah lama benar tak jumpa mereka. Oh my, the broadband is so slow. Problem browsing!
Jumpa lagi!

Sehaes?


Salam....


Cuaca di Melaka tak menentu sekarang. Hari Isnin hujan tersangat lebat dengan angin kencang. Dah baca beritakan? Kawasan Bandar Melaka dan kebanyakan daerah, banjir. Rumah akak mujur tak banjir. Tapi rumah-rumah jiran di belakang naik air. Sebab longkang tersumbat. Ini keadaan di belakang rumah akak. Rumah jiran di belakang. Air tak tinggi. Tapi kesihan kat mangsa banjir....




Esoknya pula Selasa, panas pula. Tengok ni pelancong-pelancong singgah di Bukit Cina yang terbentang di hadapan rumah akak. Nak tahu. Bukit Cina adalah kawasan perkuburan Cina yang terluas, yang tertua luar dari Negara China (outside China). Sejak zaman Puteri Hang Li Poh lah. Sekarang dah di gazetkan jadi World Heritage. Tak boleh kacau. Nanti kecoh!!! Oh maintain, kemas dan rapi. Ada track jogging lagi kat bukit ini. Tapi akak tak lah jog, jog kat atas kubur-kubur tu. Oleh kerana dah jadi world heritage, jadilah Bukit Cina tempat tumpuan pelancong, lokal dan luar negara. Mereka tangkap gambar kuburlah, pokok kelapa lah. He, he, he..... Akak tumpang bangga.




Yang nampak tu, 'pintu gate' rumah akak
Hari ini, pagi, hujan renyai-renyai, mendung........
Akak: Yesterday, today and tomorrow (Sehaes...semalam, hari ini, esok!)

Rotan






Salam semua.



Sekarang hot news mengenai rotan. TST sudah lah ye. No comment from me. Tapi tengok ini..

Benda ini adalah hasil kraf rotan, rotan di pintal-pintal jadi seni yang cantik. Boleh buat hiasan dinding rumah, boleh dicantikkan lagi dengan tambahan bunga-bunga, dan boleh dijadikan rotan pelajar atau anak-anak yang nakal (tak, acah aje!), boleh jadi pemukul lalat 'gajah' (ada ke?) .Akak ke Dataran Sungai tadi nak beli wind chime , nampak pula benda ini. Tanya adik penjual "Apa benda ini?" "Pemukul bantal, tilam". Wah good idea, boleh tepuk-tepuk bantal dan tilam dijemuran, tak kisahlah bantal kekabu atau yang sintetik. Pukul godam lah wei! Orang-orang lama, mak-mak kita dulu guna alat ini untuk tujuan membuang hama-hama kat bantal dan tilam mahupun selimut. Kononnya bantal sekarang dust free. Betullah, free kan, jadi banyaklah habuk kat bantal tu. Sedapnya pukul bantal.




begini caranya

Kalau nak jadikan pemukul shuttlecock badminton boleh tak?!!!
Ada yang berkenan?

Ke mana tu?


Salam semua...

Hai kak, nak ke mana tu? Ke Dataran Sungai ke ? Tak, saje nak pose dengan bag tote baru akak.
Posed khas untuk Ezzah yang memberi ilham kepada my sis menghasilkan beg-beg ini. Banyak dah my sis jahit. Ke Jakel dah pergi, ke Nagoya pun dah pergi, bukan beg yang pergi ye, tetapi my sis pergi cari kain yang sesuai. Mengapalah akak tak pandai menjahit macam dia, macam Ezzah dan macam mereka yang lain? Tak payah hantar baju ke tailor lagi. Sekarang ini tempahan baju di tailor yang biasa RM70/ sepasang. Kalau beli kat kedai atau butik, saiz pula yang jadi problem. Kalau pandai kan boleh jimat? Kalau pandai, akak boleh jahit juga beg untuk tanda hati kawan-kawan atau pakat dengan Ezzah buat beg-beg yang 'berjenama' kita, kan Ezzah? Ada tempahan, kita jadi supplier kat jualan, fun fair lah, ekspolah.