Mihun Goreng Tomato

Salam semua.


Sudah lama teringin nak cuba masak mihun goreng tomato untuk sarapan. Bahan-bahan basah nya dah lama beli tapi akak ter'overdose' vitamin M (malas). Pagi ini, akak rajin sikit. Ada banyak cara masak mihun goreng ni, kan? Tapi Akak nak try resepi kumpulan rakan penulis akak, Hjh Norbi Husin dalam buku beliau, Masakan Tradisi Melayu Melaka (ulang, Tradisi Melayu Melaka). Pagi-pagi lagi saya dah siapkan bahan-bahannya. Lembutkan mi hun, jangan lama sangat Bila dah siap proses menggoreng, nampak sedap. Tapi my sis kata pedas (for herlah!). My sis juga sediakan minuman jus tembikai.(Membuat jus buah-buahn is her passion!). Nak cuba mihun goreng tomato ni?


Bahan:


1/2 bungkus mihun - rendam hingga kembang dan kemudian toskan


segenggam taugeh (akak:jangan lupa buang ekornya ye!)


15 tangkai cili kering (akak: guna cili boh je)


8 ulas bawang merah (akak: guna 5 saje sebab bawang merahnya sederhana saiznya)


5 ulas bawang putih


Segenggam ikan bilis (akak: tengok genggam anda besar atau kecil, akak,kecil)


2 biji tomato masak - tumbuk hancur (akak: blend je)


1 keping tauhu putih (akak: tauhu dah lama beli, dah buruk, ganti dengan chicken balls)


1 camca besar gula pasir


Sedikit daun bawang (akak: tak ada stok, yang tanam, dah habis)


Sekepal kecil asam jawa- ambil airnya satu cawan


Garam secukup rasa


Minyak untuk menumis


Cara memasak

1. Lada kering, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis digiling hingga lumat. (akak blend )


2. Pijarkan minyak, tumis bahan yang digiling hingga garing. Masukkan buah tomato, tauhu, air asam jawa dan gula. Biarkan hingga mendidih.


3. Masukkan daun bawang, mihun dan taugeh. Goreng hingga mihun masak. Boleh tambah air jika perlu


Pandai-pandai anda menceriakan hidangan ye


Jus tembikai yang menyegarkan


Pulas rambut

Salam semua.....
Saya baru duduk menghadap makan buah ini.


Pulas,jangan tak pulas, pulasan, kayu panjang tu, pengaitnya
Kalau anda seorang yang kuat jari jemarinya, bolehlah pulas, pusing anti clokwise, lawan jam. Dari situlah agaknya nama nama diberi,P-u-l-a-s + an = Pulasan. Saya gunakan pisau aje, belah kulit, dapat isi, hai makanlah, seedddddaaaappppnye.......Pulasan 'rambut' nya, kasar sikit. Macam 'crew cut'lah. Kulitnya tebal. Setahu saya, warna buah pulasan semuanya merah gelap, merah hati.Isinya putih, lembut. Rasanya manis. Juicy. Tak lah 'acidic' sangat. Saya suka!


Belah kulit, nampak isi


Rambutan siap diikat untuk dibawa balik dari kebun 'saudara' di Muar
Yang ni pulak banyak 'rambut'. Panjang pula tu. R-a-m-b-u-t-a-n + an = Rambutan. Teringat saya, waktu Form Six dulu, ada kawan ambil kertas Lukisan. Waktu exam, kenalah lukis buah rambutan. Susah sangat nak lukis 'rambut' rambutan, dia gunting semua rambut rambutan! Botak! Pulasan atau rambutan tu? Pandai, pandai. Tadi waktu habis taichi, adalah member bawa rambutan dari kebun dia. Makanlah sebiji dua. Rasa macam gula batu. jadi, nama dia rambutan gula batu, isi tak lekat kat biji. Ada juga nama 'anak sekolah'. Don't know why. Ada yang kulitnya kekuningan. Rambutan gading? .Tapi saya tak gemar sangat rambutan. Kulit bijinya lekat kat isi, kalau tak jaga, tentu akan batuk. Nak sedap lagi, rajinlah kupas dan sejuk kan dalam fridge. Bila rasa teringin nak makan, senang.. Kalau rajin lagi, boleh juga buat jam, juice......


Buah rambutan yang disejukkan

Pulasan dan rambutan ini adalah pemberian kawan karib MsHart, sewaktu kami kunjung ke rumah dia di Muar Ahad lalu. Untung ye, orang ada dusun buah-buahan. Sampai anak cucu boleh makan. Sedekah kat jiran, dapat pahala. Atau buat jualan di tepi jalan.
Jadi antara kedua-dua buah ni, nampak sama tapi berbeza. Bolehlah cikgu-cikgu buat kemahiran berfikir kat murid-murid cikgu, Kemahairan Berfikir Banding Beza.


Selamat menjamu mata!!

Jejak kasih

Salam semua....

Jejak kasih, macam tulah, berlaku.....
Hari/Tarikh: Ahad/5 Julai 09
Masa : agak-agak 2.30 ptg
Tempat : Sebuah rumah blogger, rumah ala-ala konsep Inggeris di PT, Melaka
Sebalik Tabir : Suspense, suspense, suspense......'pengarah' dan ' penerbit' serta 'kuncu-kuncunya' sudah plan 'story board' . Bahagian 'prop' siap sedia di dapur, order masakan special tukang masak di raja. Oh jadilah sahabat 'pengarah' nak come visiting: nama sahabat sound familiar je. Never mind. Patutlah my sis pun rela ke rumah 'pengarah' walaupun penat sesudah pergi kenduri orang kahwin dan ziarah sahabat sakit di Umbai. Biarlah rahsia....
Realitinya :(jeng, jeng, jeng)
Pengarah : Alang, alang....(teriak dari luar)
Me: (dalam bilik) Nak pakai tudung, kejap.
Then,

Pengarah : Ah ni dia, Ezzah.....
Me : (Terdiam and pandang tepat pada yang dipanggil Ezzah sambil menunjuk-nunjuk jari pada Ezzah)...Eeeeeeee.(lalu berlakulah bear hugging)


Jejak kasih.....dapat anak saudara baru, see the size...sedapnya dalam dakapan mu


Pengarah : Saje nak surprise kan Alang. Ezzah nak buat surprise, so keep this as a secret. Patut malam tadi jumpa over ikan bakar dinner , tapi Ezzah sampai lewat. So plan hari ni.
Patutlah bebenau MsHart ajak ke singgah ke rumah dia. Dia pun dah plan dengan my sis and the kids. Ada secret plan rupanya.Ingatkan ada secret recipe aje. Jahatnya. Semua boleh simpan rahsia. MsHart pun lega bila jejak kasih menjadi. Betul-betul surprise. Berlaku lah pertemuan antara 2 bloggers, (I'm so much her senior)yang selama ini bersembang through alam maya. Ezzah yang satu-satunya selalu singgah di 'rumah' saya.


Makan time..... menu Melaka tapi cincalok ta da...hari hujan


Sebenarnya, Ezzah, akak tahu Ezza nak ke Melaka melalui perbualan 'komen' dengan Zai. Tapi tak maulah 'interframe' macam 'eavedropping' , pasang telinga pulak. Rupanya dah pakat ye dengan kaum kerabat kat Melaka ni. Ezza, anda seorang yang 'warm', very happy, jovial, friendly, penuh keyakinan. Nice knowing you Ezzah, and of course, nice to cuddle. Patutlah En Aziz tu sayang kat Ezzah, begitu juga anak-anak...



Ingatan mesra, terima kasih, Ezzah,
..dan ini dia hasil kerja tangan Ezzah, Akak (Ezzah, can call me Alang macam MsHart) dah tayang tau, malam tu juga bawa k e Muar. Patutlah terdengar bunyi mesin overtime malam Ahad tu (hari Sabtu).Nak siapkan tote bag ni. This bag will always remind me of you. Tak jual kat kedai tau tak!!! Thanks again Ezzah...
Sekian kisahnya, very well- planned secret...
Bahagian Prop : MrSor
Kuncu-kuncu : the kids esp No 1 and my sis
Pengarah : MsHart
Penerbit : Ezza@makcik blogger

Hujung minggu

Salam semua....
Hujung minggu sampai lagi.
Pagi tadi buat senaman taichi di tempat biasa dengan gang. Tapi tak ramai member, adalah 10 orang. (Selasa dan Khamis, ramai!) Macam-macam programkan hujung minggu, nak pergi kelas agamalah, mengajilah, kursus hajilah, anak-anak atau cucu- cucu tak sekolah dan sebagainya. Senaman taichi selalu diikuti dengan gerak latihan yang lain. So selepas taichi, ada lesson no 2, arobik dengan lagu Nor Aniza Idris something like "memohon sembah, sembah beradat"..lupa tajuknya, then lesson no 3, joget "hitam-hitam si buah manggis'....and ended with mereda nafas dengan lagu "Keangongan Tuhan". Cukuplah. Then breakfast time. Ingat nak makan toast with scrambled egg kat rumah, roti pun baru beli (tarikh luput 7.7.09), takut membazir nanti. Tapi my sifu (my sis) buat muka, objectionlah tu. So we headed to Bukit Serindit, for Kuay Teow Soup. Panas badan dibuatnya. Okey, so today no lunch at home sebab ada kawan jemput kenduri kesyukuran di rumahnya . Esok pun begitu, safe lunch again. Ada family friend buat majlis perkahwinan anaknya. Syukur.
But last night received this SMS from a closed friend in Kuantan (dulu dia my staff in school) "Salam. Pn Hajah, saya pergi tgk Norki semalam, teringat sgt kt dia, dpt cuti 3 bulan. nmpk betul x sehat. mata dia kuning, mcm kena dmm kuning. sy dah beritakn beb org yg close ngan fia kt afzan......biar dua orang dpt tengok dia sementara tak teruk sangat lg. Sedihklah..kalu x de aral sya nak buat baca yassin tahlik geng pompuan je, 2/8.'
Yes, Cik Norki (Norkhairiah) got the Big C, payu dara. Beliau dulu my staf juga di Afzan, very dedicated teacher, love the children so much, very closed to them, was a warden and a popular teacher too. Kalau Sidang Pengarang Majalah Sekolah, dia tukang tangkap gambar. Kesihan Norki, ini ujian Allah, bersabarlah dan gagah menghadapi ujian ini. InsyaAllah, saya akan ke Kuantan untuk bersama-sama majlis 2/8.