Showing posts with label penghargaan. Show all posts
Showing posts with label penghargaan. Show all posts
KE POLI
Tahniah Khairul Amirul! Hari ini dia lapor diri sebagai pelajar di PoliSAS Kuantan dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Automatif).Amirul ialah salah seorang anak saudara en suami. Kesian dia, ibu dan ayah tak dapat hantar. Mereka dari Felda Tenggaro, Pontian, Johor. Jadi ayah dan ibu saudara lah (adik beradik en suami dari BP)jadi wakil. Amirul, semoga berjaya, belajar betul-betul dan jangan kecewakan ayah dan ibu anda. Saya dan en suami pesan " jauhi dan jangan merokok". Faham-fahamlah bila dah tinggal di asrama......
TAHNIAH
AHAD 9 JUN 2013.
![]() |
Dulu kita drive dia , ke sekolah, ke tusyen, ke mall.... sekarang, dia drive kita . ....sedia jadi dreber! TAHNIAH Iman, jadi pemandu yang cermat, okey |
![]() |
Tapi, tak lama......Iman nak tinggalkan 'sarangnya' |
21 MAC 2013: GEMPAK!!
Tarikh yang ditunggu oleh semua calon SPM 2012, termasuklah yang tersenyum riang di atas, Sayang saya tak dapat bersama di sekolahnya waktu keputusan diumumkan. Selsema, dah!! Dengar cerita, 49 pelajar calon SPM sekolahnya (HIJ Convent, Melaka) mendapat A untuk semua subjek. Tak kiralah A+, A, atau A-!! Janji, A, ye IMAN? Dengar cerita Daddy dan Mummy Iman menangis kegembiraan atas pencapaian anak sulung mereka. Atas usaha sendiri dan sokongan famili serta ilham dari Nya, tercapai impian Iman, tercapai harapan daddy dan mummy. Iman merupakan salah seorang 15,000+++ calon cemerlang SPM 2012. Syukur kepada Allah SWT. Tahniah Iman.....Tapi, apa-apa keputusan Iman dapat, kami semua sayang Iman. Give yourself a pat on your back. We all love you!! Well, Iman, what's after this?
![]() |
Iman when small with Uncle Azizi. Azizi scored 11As SPM 1994 |
Masih kau ingat?
Dah besar budak-budak ni. Ooops dulu bolehlah panggil budak. Sekarang..belia remaja. Enam tahun dahulu mereka adalah pelajar saya. Bukan di sekolah tetapi di pusat tuisyen, e-pembelajaran. Adik beradik ini semuanya bersekolah di madrasah/tahfiz
dari sekolah rendah hingga sekarang.
Lihatlah mereka.
Dulu cikgu tinggi daripada mereka.
Sekarang mereka dah overtake cikgu!
Cuti sekolah, mereka bantu di kedai makan keluarga.
Nak tahu di mana?
(Hai promosi lagi)
Di Asam Pedas Selera Kampung
berhampiran Menara Taming Sari.
terima kasih masih ingat cikgu
Mari bergambar bersama 'teacher'
Farhan (tengah): Cikgu, kelas tuisyen ada lagi?
Saya: Tutup dah, awak semua tak de...cikgu pun tutup kedai....Masih belajar Bahasa Inggeris?
Farhan: Ada belajar sikit-sikit.
Semoga anda adik beradik menjadi anak yang soleh dan soleha
Aamin......
UPSR 2012: dan keputusannya.........
Tahniah, tahniah, tahniah ....keputusan UPSR 2012 telah diketahui. Syabas kepada yang tercapai impian. Bagi yang lain, terimalah keputusan dengan hati terbuka. This is not the end. Banyak lagi ujian dan peperiksaan yang akan anda hadapi.
Sini saya nak kongsi cerita. Saya juga teruja menunggu keputusan dia. Sibuk nak tau keputusan UPSR cucuanda yang bernama Amal binti Sorkapli. Berita di TV mengatakan ibubapa dan calon-calon boleh tahu keputusan melalui sesawang MOE secara online dan SMS. Bila Mr Sor dah beritau saya No KP dan AG Amal, saya ikutlah arahan online dan SMS. Tapi frust you! Pergi online, terbit analisa pep percubaan. Bila hantar SMS pula, dia arahkan kita cara nak dapat keputusan. Dan UPSR 2011 pula tu. Hai, ngapalah tak update sistem. Ngapalah buat kita orang konfius! Semoga tidak akan berlaku lagi perkara ini masa-masa akan datang, ye.
So Mr Sor kata, tunggu result sekolah ajelah. Jam 12th, Mr Sor called. Dengar suara gembira seorang bapa,(ada bunyi stress juga) termakbul doa...Alhamdulillah, She did it! She did it! Capai target!
Nek Ngah juga turut bercerita!

Apalah Amal dok tulis tu? Reminder to Nek Lang ke?
TAHNIAH AMAL!
(ini gambar tahun lalu)
Permintaan: OK lah
Hai,janji ditepati, Nek Lang......
Imej daripada bazariaonline,com.
Ucapan Hari Raya, Hari Lahir
Dah lama saya tak update. Maklumlah tak ada cerita. Tak ada mood pun ye. Tapi singgah-singgah untuk tau perkembangan kawan-kawan, adalah. Itu pun sekali sekala. Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi. Esok hari akhir kita berpuasa, malam ni, terawih terakhir buat kita. Sedih pula meninggalkan Ramadhan yang penuh berkat.InsyaAllah, panjang umur kita akan jumpa lagi Ramadhan yang mulia ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada teman-teman maya saya juga kepada silent readers, kalau ada. Mohom maaf jika ada kata-kata tersinggung atau tersalah faham, masalah komunikasi. Baju Raya? Ada saya sediakan sepasang sebelum bulan puasa lagi. Kuih Raya? Order aje.. Ada juga buat , kakak yang rajinnya. Kad raya? Ada beberapa keping. Nak kembalikan nostalgia kirim kad raya. Ada juga saya hantar kepada kawan-kawan dan saudara mara yang saya tau alamat mereka. Rancangan Raya? Biasalah, solat sunat, kemudian makan-makan 'ketupat rendang' sambil tunggu jiran serta anak-anak datang (nak duit raya!) ada sesi ambil gambar famili, ini acara tahunan tau!.. Penat, rihat . Jalan-jalan jap ke rumahj iran-jiran. Petang hingga malam tunggu lagi kalau ada orang datang. Malam...tidur, penat. Tak sempat tengok siaran khas raya, TV. Esoknya, raya kedua.... nak mula puasa Enam ke tidak!!! Lepas tu nak balik BP dan Kuantan!
Buat kawan-kawan, terima lah kad ini ye..... Semoga jumpa lagi, Selamat hari Raya, Have a wonderful time, okey?
Buat kawan-kawan, terima lah kad ini ye..... Semoga jumpa lagi, Selamat hari Raya, Have a wonderful time, okey?
Sebelum terlupa, ingin saya ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun, Selamat Hari Jadi, Happy Birthday kepada Iman Sorkapli, my cucu saudara. dan Noralina Talib (a.k.a. ummi_soleha), Mak Cu atau emak saudara Iman. Birthday mereka esok 18 Ogos 2012 last day puasa. Sudah tentu ada 'celebration' jugalah pada Hari Raya pertama nanti. Iman dan Norlina, Alang doakan semoga kalian berdua dipanjangkan umur, diberkati, sihat. dimurahkan rezeki. Aaamin.
Cakna Kasih
Saya terima undangan daripada sekolah lama.
Maka dengan gembiranya saya pun hadir pagi tadi Jumaat, 18/11/2011.
Tujuan majlis? Baca aje kad di atas. Sudah lama sekolah memperjuangkan sebuah dewan, akhirnya tahun ini menjadi kenyataan. Yang membuat saya terharu ialah ingatan Pn Pengetua sekarang mengenang jasa mantan 9 orang pengetua SMKTA ( kini semuanya telah bersara dengan gembiranya!!!) Lalu kami dijemput sorang-sorang demi sorang naik ke pentas untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada KDYMM Sultan Pahang. ((sebelum naik pentas, praktis dulu cara mengangkat sembah serta belajar ucapan terima kasih "menjunjung kasih, Tuanku". Silap-silap nanti tercakap "Kamsahamnida"
Saya, pengetua ke tujuh sekolah tersebut. Sangat teruja sekali, kami diberi penghormatan sebegitu rupa. Terima kasih Datin Seri! Lain kali undanglah kami lagi, ye.
"Melaka tak ada Sultan" usik KDYMM
Usik Tuanku lagi "Kenal Tun Khalil Yaakub"?
Saya jawab "Kenal!".....hi, hi....
![]() |
Tak de I Pad ke? Gurauan aje. Yang penting ikhlas. Jam tangan, sama tapi tak serupa. Terima kasih, Datin Seri Pengetua. |
Suasana sudah tentu meriah, hendaklah pula hari akhir sekolah tahun ini. Hari ini juga ibu bapa datang ke sekolah untuk menerima wang bantuan RM100 anak masing-masing. Mereka juga turut serta menghadiri majlis.
Layan dululah gambar-gambar berikut.
![]() |
Lihat langit mendung... |
![]() |
Gerbang belon warna warni. Eh, ada carpet belum dibentang. |
![]() |
Pn Pengetua ,bertudung gelap,sibuk memantau persiapan terakhir. Teringat satu masa dahulu. sigh! Pagi lagi dah sampai, gambar diambiloleh abang polis yang bertugas |
![]() |
Yours truly bergambar bersama teman-teman lama, dari kiri Pn. Norlizah, Datin Roiga, Hjh Rohimah |
![]() |
MB, KDYMM, Pn Pengetua sedang mengikuti 'trailer' mengenai SMKTA |
![]() |
Baginda mesra rakyat. bertanya sesuatu pada pelajar. Tergagap-gagap nak jawab. |
Banyak lagi gambar. Tapi saya tak dapat bergerak bebas. Kena jaga protokol, must behave! Cukuplah setakat ini, nanti saya sambung lagi!
InsyaAllah....
Terima kasih MPK
Januari 2011. Pernah saya kisahkan cerita ini. Saya pun membuat aduan e-mail kepada MPK Kuantan Pokok condong berat sebelah. Pihak MPK kata aduan saya dalam perhatian dan akan ambil tindakan. Lama juga kami (maksudnya saya dan jiran-jiran sebelah) tunggu.....hingga hampir putus harapan. Jiran -jiran tetap menyapu daun kering, bersihkan jalan rumah, bersihkan laman.
Mei 2011
MPK tidak berdiam diri rupanya.
Pagi tadi saya menerima sms daripada jiran sebelah rumah, daripada Che Nah yang baik budi tu. "Aslkum pokok besar di depan sudah ditebang, lapang dan bersih"
Saya di Melaka sekarang. Nanti bila balik Kuantan dapatlah lihat suasana terang di depan rumah.Tak payah lagi jiran-jiran sapu-sapu daun kering. Tak khuatir pokok akan rebah.
Atau tak suka, sebab tempat teduh kereta dah tak ada!
Terima kasih banyak-banyak MPK, Majlis Perbandaran Kuantan.
Inilah amalan "Rakyat didahulukan"
![]() |
Sejambak bunga untuk MPK, Kuantan, Pahang Darul Makmur |
Naik pangkat
Akak naik pangkat? Mana ada...pensioner.....naik pangkat apa?
Tapi kan...
MsHart, anak saudara saya. MrKindheart hubby dia. Kedua-dua mereka panggil saya 'Alang'
(sepatutnya 'Mak Lang' kan?)
Iman, Amal, Idin, anak-anak mereka, panggil saya 'Nek Lang' (betul lah tu)
Mereka ini ada seorang sepupu (anak saudara MrKindheart) yang panggilan manjanya, Jaja.
Jaja pun panggil saya 'Nek Lang'. Betul lah, kan?
Emak Jaja (kakak MrKindheart) dan bapak Jaja panggil saya 'Alang' juga
31.1.11...baby 3 in 1 dilahirkan. Jaja menjadi ibu kepada seorang bayi comel, Mohd. Affiq Nauffal bin Mohd. Fairuz, baby pertama. Comelnya!!!
Maka sudah pasti....
MsHart dan MrKindheart dipanggil 'Nek Tam dan Tok Tam' ('Tam' singkatan untuk Hitam walaupun yang dipanggil berkulit cerah)
Iman...Kak Iman, Amal...Kak Amal...Iddin...Abang Iddin (suka sangatlah tu)
Jaja jadi 'Mama'..... Fairuz.. 'Papa' (munkin ada panggilan lain agaknya)
Emak Jaja, Norli...'Tok Mak', Bapak Jaja, Rahmat.. 'Tok Ayah'
(kalau ikut orang Melaka 'nenek' dan 'datuk')
Bila ada orang baru, maka terjadilah perubahan gelaran pangkat dalam keluarga
(walapun bau-bau bacang)
Dan akak?
Naik pangkat jadi "Moyang".hu, hu, hu....
Panggil 'Nek Lang' okey ya Mohd Affiq Nauffal.
('Nek Yang' pun alright juga!)

La Tahzan
Tahniah kepada yang mendapat 'straight As '
Yang tidak.....
Jangan bersedih!
Don't be sad!
It's not the end...
Walaupun sasaran bilangan 'A' tak tercapai, jangan bersedih,
Jangan kecewa..
Ada proverb BI " What you reap is what you sow"
Kata pepatah Melayu "Apa yang anda semai , itulah yang anda tuai'
Apa yang anda semai mungkin tidak diberi baja yang betul,
Mungkin tanah tidak subur,
Mungkin ada perosak..
Munkin cara semaian kita salah
Mungkin sebab kita sendiri, malas nak jaga semaian kita,
Macam-macam kemungkinan....
Tetapi yang penting usaha
Kalau kita telah berusaha tetapi keputusan tidak memuaskan (seperti sasaran kita)
Bersyukurlah
Terus berusaha...terus maju.. jangan kecewa, jangan malu,
La Tahzan...
Percayalah kepada ketentuan NYA
Sudah tertulis.....
Terang
Mereka pacak tiang lampu jalan yang tinggi di tepi jalan hampir pintu pagar rumah BC. Gembiranya rasa hati...teranglah pintu gate rumah malam ini. Petang tu ..hampa...kulihat tak ada pun dipasang lampu pada tiang yang tinggi itu. Kecewanya..hmmp..gelaplah nampaknya. Tengok rumah-rumah di sebelah, mengapa ada lampu jalan menerangi kawasan rumah? Jadi terdirilah (yang aku gelarkan 'Tiang menara taming sari" )betubetul di tepi pagar utama. kan elok jikah ada lampu???
Kakak mohon dipasang lampu. Kakak isi borang dan dapatkan tanda tangan JKK.
Apa jawab mereka?
"maaf, kak, kita tak pasang lampu kampung lagi.Dulu ada tetapi sekarang tak lagi.'
Tak pe, tak pe...maka terdirilah dengan megahnya tiang menara. Mohon doa selamatkanlah daripada kemalangan..janganlah tumbang tiang seri ini!.
Itu kisah sebulan yang lalu,
Seminggu yang lepas aku lihat 'truck' T*N di tepi jalan depan rumah. Apa hal pulak?
Aku hampiri adik-adik pekerja. .Rupanya mereka nak pasang lampu jalan pada 'tiang menara taming sari'
Oh jiwa kanak-kanak dalam diri ini punya lah suka, gembira. Syukur. Teranglah nanti pintu pagar utama rumah BC. Kakak belum tengok lagi. Tentu kakak gembira juga.
Agaknya beginilah perasaan mereka yang baru dapat bekalan letrik...

Hilang gelap, timbul terang
Anugerah
Salam.
Hujung tahun ...
Minggu hadapan, minggu akhir persekolahan tahun ini.
Sibuk sekolah buat hari penyampaian anugerah
Anugerah kepada yang cemerlang ( kekalkan prestasi okey)
Contoh kepada yang lain..(semoga tahun depan aku pulak yang dapat)
Sekolah Rendah Agama ( sekolah Fardhu Ain) tidak ketinggalan
Ada juga Majlis Penyampaian Hadiah kepada yang terbaik antara yang baik...
Maka dua orang pelajarnya dari rumah BC
Dapat juga..sukanya hati mereka
Bangga... dipilih
:-) :-)
Kami...ye ke?

Terbaik untuk apa ye? |
Syukur. jaga adab dan kebersihan ye .....kalau tidak trofi dikembalikan
Terima kasih Ustazah-Ustazah (tiada Ustaz di sekolah ini)
SRA JAIM Datin Seri Zabedah
Durian Daun, Melaka
.
Tahniah!
Salam.
NENEK BERJAYA RAIH IJAZAH PH.D
terpampang di dada salah sebuah akhbar semalam.
Eh..macam kenal aje.
Memang saya kenal!
Pn Siti Safariah binti Abdullah, tahniah ,tahniah, tahniah!!!
Sungguh gigih anda berpegang kepada prinsip
'di mana ada kemahuan di situ ada jalan'
Rajinnya mengejar ilmu dalam usia 'golden girls'
Satu contoh semangat yang sangat baik,
(dalam bersara, belajar lagi, urgh!)
Tahniah juga kepada Ustz Che Pee Saad (tentu sebagai pendorong)
Ustz Che Pee pernah dalam satu team saya, Jabatan Ilmu Pendidikan,
di Maktab Perguruan Islam, PJ
Kalau tak silap, beliau juga pemegang Ph.D
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Akhirnya
dengan izin Allah, berkat kesabaran, usaha dan doa
akan berangkatlah ke Tanah Suci
my sis n bro
sebagai tetamu Allah musim Haji tahun ini.
Mereka akan berangkat bersama my aunty and son (di KL).
Semoga angah, Shau, Mami Hasni dan Roslan
(juga semua jemaah yang terpilih musim ini)
selamat berangkat ke Tanah Suci,
selamat menunaikan ibadat haji dengan sempurna
selamat kembali ke tanah air,
semoga mendapat haji mabrur.
Ameeen....
Me, Bro, Sis Jaga diri baik-baik, ye! |
Labels:
penghargaan,
Sahabat
Gooooody

Thanks to NORDIN GROUP for the goody bag (sempena perasmian office baru). Wow! The new office looks great!

Full of surprises!( Especially for kawan-kawan emak)
Updated!
Baru baca METRO Ahad 17 Mei 2009. Rupanya hari ini adalah Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia. 'Bersama meraikan sumbangan internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan Malaysia( saya: menghubungkan saya dengan kawan-kawan bloggers) kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita'
Subscribe to:
Posts (Atom)