Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Kuih Ku

maaf, kabur
Kuih Ku, kuih tradisi orang Melayu. Asalnya mungkin daripada Baba Nyonya dengan panggilan Ang Ku Kuih. Diperbuat daripada tepung pulut dan berinti kacang hijau (kalau ada lebihan bubur kacang hijau yang dipekatkan, boleh jadikan inti, he,he...)Jangan tanya saya cara membuat. Sorry, saya tak pandai , makan sukalah. Kuih Ku ada berbagai bentuk dan corak , seperti di atas, bentuk bulat, corak bunga ros. Jadi kita namakan dia Kuih Ku Bunga Ros. Coraknya dihasilkan dengan mengepit dengan sejenis alat pengepit. Kepit sikit permukaannya dan bentukkan bunga ros. Ada yang bentuk bujur panjang. Corak permukaannya pula kerinting (tak sekata).Dengan menggunakan beberapa mayang bunga pinang, balut keliling bentuk tadi dan tekan sikit. Tak ada pula imejnya nak saya jelaskan. Kalau kita pergi ke blog Mat Gebu ada ditunjukkan cara membuat Ang Ku Kuih. Bezanya antara adunannya ialah campuran tepung pulut dengan keledek. Ini imejnya. Ada acuan khas untuk dapatkan bentuk.

Satu masa dulu, agak-agak tahun 60'an, bila ke KL (jika ada kenduri)  saudara mara mesti pesan bawa Kuih Ku dari Melaka. Kata mereka, orang Melaka pandai buat kuih (tak semua!). Masa dulu kan barang-barang buat kuih murah..terasalah manisnya, lemaknya......mewah...jadi kuih-kuih pun sedap rasanya.

PS. Untuk makluman, Kuih Ku Bunga Ros ada buah tangan salah seorang ex classmate my niece. Mereka (adalah dua buah kereta) ada gathering kecil petang tadi di rumah niece. Ex classmate dia tu orang Melaka, so bawa salah satu kuih kesukaan orang Melaka...Kuih Ku :=)

Idaman tercapai

Salam.

Pagi Sabtu.....

Mshart dan  Mr Kind Hart cuti so...
Jom kita breakfast di Klebang.

Maka drivelah kami ke sebuah warung kepunyaan seorang Mak Mok (bukan nama sebenar).
Warung alah 'food court; macam-macam jualan sarapan pagi ada.
Letaknya di mana?
Senang dicari, di tepi jalan, di hadapan sebuah hotel hijau, di jalan utama Klebang
Memang 'food court' 'Mak Mok' ramai pengunjung untuk sarapan.
Seperti biasa, pesanan  ikut cita rasa masing-masing


Apam Malaysia senyum merekah
Alas perut pelajar anugerah
Warna 'pink' jadi rebutan
Don't worry, nanti Nek Lang buatkan




Pulut tetal, abuk-abuk sagu
 Sebalik daun pisang sembunyi malu
Menjadi alas perut yang digelar 'Pak Abu'
'ketiga-tiganya pilihan aku'


Sebutir saje jemput-jemput pisang
Dua potong kuih (lupa namanya?)
 Menjadi pilihan 'the big sister'
Sambil menunggu menu berikutnya.


Cekodok bawang makanan orang biasa
Sekarang menjadi snek  popular.
Boleh dimakan begitu saje
Lebih sedap dengan asam melaka




.Nah kau ikannya, barulah makan cekodok penuh selera
Idaman tercapai sudah, Laksa Nyonya semangkuk besar

Yang mana satu?

Salam.
Teringin nak makan laksa lemak a.k.a laksa nyonya. Teringat di sebuah warung kuih di ujung pasir. Selalu pada bulan puasa ada jualan laksa nyonya. Maka ke situ lah saya drive jam 2.30 petang semalam.

'Laksa tak ade ke dek?'
Dengan senyum, 'Bulan puasa aje jual. Setahun sekali buat.'
'Aik, buatlah seminggu 3 kali...atau seminggu sekali'
Hampa juga :(

Scan bekas-bekas kuih yang ada.
Mee goreng (dalam bungkusan)
Nasi lemak (pun yang dak siap dalam bungkusan)
Epok-epok.
Karipap kentang.
Karipap sardin.
Donat
Apam gula merah
Kuih kasui
Kuih Bom (?)

Ini yang saya beli. Suka juga kuih-kuih ini.
Epok-epok sayur sedap dimakan dengan kuahnya!
Kuih Bidaran a.k.a Kuih Bom (bentuk bulat macam 'bom', gitu namanya!
Isinya kacang hijau bukan kelapa, kulitnya disaluti bijan

Nampak pula buah dokong (Siam mari). Semasa di rumah Wasini, ini yang saya capai dulu. Beli pula  3 kg @ RM10.00

Pagi ini dok berangan (merancang angan-angan)...nak masak Laksa Pahang atau pun Laksa Kelantan (resepi Cik Yan @ Sepanjang Jalan, kata dia senang aje buat nye) atau, atau, atau Laksa Nyonya?????

Pinjam gambar laksa lemak Cik Manggis (Google)
 Juga pinjam gambar laksa nyonya  (Google)

Dua-dua berlemak dah....

Belanja

Salam semua.

Pagi ini salah seorang murid my sis dalam kelas bahasa al-Qurannya, buat sedikit jamuan kesyukuran. Anak Sharifah Nor berjaya ke Matrikulasi. Dia belanjalah classmate dan cikgu. Makanan order saje, saya siap-siapkan hidangan. Makan apa?
Kuih lopis


karipap, kuih tepung gomak, kuih keria keledek , ada 2 gulung kuih ketayap


lontong, kuahnya dalam periuk atas dapur








Air mata kucing...ngeow


Seronokkan, lepas kelas makan-makan. Bab saya, kemas dan cuci pinggan. Siapa pula nak belanja di kelas akan datang?

Lepas kelas

Salam semua.
Pagi ini dan termasuk pagi-pagi Jumaat, di rumah ada kelas Loghatul al Quran (kelas bahasa Al Quran). Murid-muridnya adalah suri rumah, sahabat-sahabat kakak saya. Yang cikgunya kakak saya. Terror juga mereka! Bila baca Quran fahamlah sikit maknyanya. Jadi, lepas belajar, ada makan breakfast bersama. Murid-murid, yang sempat,bawa makanan untuk dirasa bersama-sama, ala-potluck gitu. Pagi ini, menunya ialah Mee Kari (orang di Melaka panggil Mee Rebus), kuih apam kelapa, kuih kasui, kuih seri muka dan kuih bingka. Oh ye ada kuih badak! Rupa karipap tapi dalamnya inti serunding kelapa pedas.

Mee Rebus, Kuih badak, kuih apam dan kuih kasui

Yang hijau, seri muka. Yang cokelat, bingka
Satu lagi kelas ialah pada Khamis pagi. Tapi hari Khamis no makan. Murid-murid dan cikgu puasa sunat hari Khamis. Syukur.

Nice Kuih

Salam everybody. Do you remember how the Malay kuih (traditional kuih) were sold once upon a time? The kuih seller, usually the local boy or girl, would go round the kampung with two big baskets round their arms yelling the 'tune' KUIH....KUIH.... goreng pisang, karipap.....' depending om the kuih they were selling. We would buy our favourite kuih at 5 cents a piece! Those were the days! The kuih seller (budak jual kuih) would go to you, right at your door steps. But not today, we have to look for them. In the Central Market Melaka, there is one bubbly lady, sitting patiently at one spot )usually at a particular pillar) with her baskets of kuih calling out "KARIPAP, DONUT EH" at her top of her voice. Now, as I was brisk walking this morning, I came across this Kuih Melayu stall, for the local kampung people, of course. All sorts, 3 pieces for RM1.00!
The kuihs are put in plastic boxes. Above picture shows from left: Apam Tanjung, Pulut Panggang, Kuih Cara (green). Front row from left: Pulut Urap with ikan kering, Kuih Kasui with grated coconut, Heart shaped Kuih Lapis or Genggang (colours differ at each layer), Kuih Apam gula hangus and Apam mangkuk (to be eaten with grated coconut)

Then there's donut, karipap (with spicy curry filling) and tembosa (coconut filling)

More kuih. In the tight tied plastic bags are Roti Cicir (tepung tercicir) or Roti Jala eaten with curry.

Here's Kakak Maimunah, who owns the stalls. "Kuih-kuih ni ada orang tumpang. Saya jual nasi lemak." So she got commision lah from selling her friends kuih. What's that she's holding?

She uses this to 'shoo' away the 'uninvited flying guests'. Plastic strips tied together, her weapon. She keeps waving this like a 'pomp-pomp girl'

Me : Puan, boleh saya ambil gambar? Nak masuk dalam komputer.
Kak Munah : Habis tu dah ambik gambar nak masuk komputer?
Me : Ah ah, saya nak buat cerita, nanti satu dunia tahu cerita puan dan kuih-kuih kita.
Kak Munah : Satu dunia tengok muka saya lah
Me : Ye lah, terkenal lah nanti.
Kak Muna : (senyum malu)
Me : Boleh saya beli karipap seringgit dan tembosa seringgit. (for breakfast, ma...)



Mmmm....

Petang tadi jiran saya yang baik hati berilah saya kuih ni, TALAM PULUT SERI MUKA. Seri mukanya, mmmm........, lembut, wangi, manis, sedap hingga menjilat jari. Nak makan sikit-sikit, jimat, takut cepat habis. This is one of my favourite kuih Melayu. S-i-l di Melaka, Maheran/Yan/Nek Yan,(Shau's wife) pakar juga buat kuih ni. Hello Yan, bilalah Yan nak buat untuk saya, dah lama sound....Kuih ni favourite the kids at BC juga tetapi suka kayanya sahaja. Tinggallah bahagian pulut untuk Nek Lang.




Kuih Talam Pulut Seri Muka, boleh tempah tak, Nah?