SELEPAS 45 TAHUN

'Kemesraan' antara kami pelajar Tingakatan 6 di Sekolah Aminuddin Baki, (SAB) Kampung Pandan, KL 45 tahun dahulu selalu terbayang.
Kami first batch Form 6 di sana. Kiranya peneroka, pembuka jalan,

Tingkatan 6 SABS 1966/1967
45 tahun kemudian....'sound of laughter' pada Sabtu, 21 Sept 2013.....
Di Bandar Baru Bangi...jam 12.00th
Atas inisiatif Sdra Temuk (blogger Nukilan) kami berjumpa semula di satu majlis reunion di rumah Temuk di BBB.  Tercari-cari juga rumah walaupun arahan pada  peta jelas. Masuk saje ke ruang tamu...nampak wajah-wajah 'warga emas putih'.Gembira saya berjumpa sahabat se tingkatan. Ramai yang lelaki. Tidak semua dapat hadir. Sahabat  perempuan yang hadir, 3 orang sahaja, Kak Siti, Zahrah Ahmad dan saya. Ada yang bawa spouse. Mereka dari KL, BBB. Saya seorang 'outstation'. Saya tidak pasti, tak boleh recall  wajah-wajah yang saya tidak jumpa sekian lama. Air mata gembira mengalir.  Terharu!!Namun demikian kami tidak lupa beberapa teman setingkatan  yang telah dijemput Allah SWT terlebih dahulu. Al Fatihah buat mereka.
Semasa makan kami bercerita kisah-kisah lama di sekolah selang seli dengan gelak ketawa. "Mana ...Dia tak datang ke?" "Kau dulu macam ni......" " Ingat tak En........Pn......." 'Di mana ......." " Berapa orang cucu...." "Anak kau berapa ......" " You sihat ke?" "Where was your last posting?" "You buat apa sekarang?" Ada yang telah mendapat gelaran Dato', Dr. Prof.....dan kesemua gelaran datuk, nenek, opah, tok wan..hi ,hi, hi. Ada yang menggayakan gelagat  temansemasa menjadi pelajar dahulu.  . Ada yang kelihatan muda semula.! Ada yang cerita tentang 'by pass'.Terima kasih Allah kerana dengan izin Mu jua, kami dapat bertemu semula. Terima kasih . Temuk, kerana usaha anda menyatukan rakan-rakan semua. Semoga silaturrahim kita akan bertambah kukuh. Terima kasih famili Temuk, khasnya isteri beliau, kerana menyediakan sajian lunch yang enak, pelbagai dan banyak pula tu. Tapi saya tak ada selera nak makan kerana excited berjumpa sahabat-sahabat lama. Lagipun perjumpaan seperti ini, makanan menjadi secondary.!
Saya sempat juga ronda-ronda kawasan taman Temuk yang selalu beliau cerita dalam 'Nukilan' nya. Memang menarik dan bersih. Pokok dan tanaman lain tersusun kemas seperti mana yang dinukilkan.
Sekitar reunion....
Hjh Siti Zubaidah Abd Mulok (tengah) kira macam my kakak.
Kanan dan kiri, tetamu, isteri kepada dua orang classmate

'Yob', Mohd Shahibi Shariff (kiri )bersama Temuk (nama blogging beliau)
Nordin (depan), Shahrudin (tengah) Aziz Awab menunggu
Sedang susun atur 'famili picture'

Bersama isteri Temuk, Hjh Sharifah Zaleha (kanan)
'Famili kecil ku'  bersama JY, Yob,  Mr n Mrs Temuk, Kak Uni, n Shahrudin
Menikmati makanan di bawah  khemah yang dihias indah

AFTER 45 YEARS...HAPPY LAUGHTER...HAPPY REUNION 
Di bawah arch di taman Temuk. Arch ini pernah dikisahkannya.
Terima kasih tuan rumah
Akhir sekali, penghargaan kepada En Suami, JY, kerana  membawa saya (drive) dari Melaka ke BBB.
walaupun " Saya tak kenal dia orang"  sama batch tapi lain sekolah. Jumpalah dulu, entah-entah ada yang kenal sama melepak di Dataran Sastera (Arts Concourse) UM.Hi Hi.
Semoga sahabat-sahabat ku dipanjanglan umur, dimurahkan rezeki, dapat kita berjumpa lagi. Ameen.
Terima kasih ya Rabb.....

Sebelum bersurai, hingga jumpa lagi, In Sya Allah


14 comments:

  1. Ya Allah seronoknya dapat bertemu rakan2 setelah sekian lama terpisah dengan haluan masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik t,
      Bayangkan lah setelah 45 tahun baru berjumpa semula..Cik T pun entah di mana waktu itu. hi hi

      Delete
  2. Amin.Moga bahagia dunia akhirat semuanya.
    Cantik arch tu! pokok apa agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen, tak tanya pula pokok apa. Tapi kena rajin trim supaya bentuknya tak lari..

      Delete
  3. Bayangkan masa selama 45 tahun. Jangka masa kerjaya pun lebih kurang 30-35 tahun sahaja. Bersyukurlah kita semua yang masih ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Allah, semoga diberkatiNya usia kita. Ameen

      Delete
  4. Assalamualaikum kak hajah nora
    Bapa mertua saya pernah mengajar di Sekolah Aminuddin Baki.. Nama beliau Haji Abdul Ghapar bin Abdul Wahab.. Maybe tahun berikutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Akak cuma ingat guru-guru yang mengajar kami.

      Delete
  5. Alhamdulillah! Bertuah u jumpa ramai rakan sekelas dlm reunion macam tu. Selalunya klu jumpa pun seorang dua je secara terpencil / kebetulan shj. Ok memang seronok mengenang masa lalu ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Memang bertuah. Itu pun Allah telah memberi ilham kepada Sdra Temuk untuk reunite kami sebelum terlambat. Ha ha...

      Delete
  6. Assalam Alenna
    Terima kasih sudi datang.... dari Melaka yang jauh tu. Terima kasih juga kepada suami, Hj. JY yang turut sudi 'menyepertikan' jemputan kami yang tidak sepertinya itu. Andai tidak datanglah para rakan budiman, tidak terjadilah satu pertemuan yang dihajati. Kehadiran kalian amat disanjung. Bersyukur kita kepada Allah kerana mengizinkan kita semua bersama walaupun hanya untuk seketika sahaja.

    Izinkan Temuk merujukkan pengikut Temuk ke rumah Alenna ini andai mereka kepingin tahu cerita reunion kumpulan kita itu.... selain dari yang Temuk sendiri kisahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Temuk,
      Terima kasih kembali kerana berusaha menemukan sahabat-sahabat 'peneroka' Tkn 6 SABS. Tercapai hajat Temuk selama ini, ye. Syukur, Allah memudahkan segalanya.It's okey. bolehlah persilakan pengikut Temuk singgah ke rumah saya yang tak seberapanya. Tunggu pengkisahan Nukilan pula, tentu best!

      Delete
  7. Alhamdulillah...bila bertemu macam2 cerita yg keluar, kenangan mengusik jiwa. Moga akan ada pertemuan lagi dan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah yang diharapkan, semoga berjumpa lagi. Ameen.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.