MARI BERHADRAH RAYA : AKHIRNYA

Minggu terakhir Syawal 1434H.  Rumah terakhir musim ini.
Di Galeri, Bukit  Katil.
Atas jemputan YB Datin Seri Hjh Asmah binti Abd Rahman
isteri KM Melaka ke 10
Galeri Bukit Katil
YB Datin Seri, kiri, tuan rumah yang baik hati dan pemurah

Persembahan hadrah raya,silaturrahim  terakhir  musim ini

Riang ria veteran ' harimau cun ' bergambar ramai, hingga jumpa lagi di tahun hadapan...In sya Allah

Gembira lagi bila dapat duit raya daripada tuan rumah. Peace yo!!

Minuma petang....lapar ni!!!
Itulah kisah Mari Berhadrah Raya Silaturrahim LKPI Melaka Tengah. Hari-hari dalam seminggu memenuhi jemputan. Semakin ramai kenalan, semakin rapat persahabatan, semakain kuat ikatan persaudaraan. Banyak yang dipelajari dalam membuat persembahan..ada kala suara ke laut, ada kala tersalah rentak dan irama, ada kala pukulan gendang dan rebana tidak seiring dengan nyanyian. Maklumlah veteran...namun hati puas dapat menghiburkan tetamu dengan nazam, qasidah, nasyid sebagai cara berdakwah. Semoga terus maju ye, kakak-kakak dan adik-adik ku semua.

Oh ye....lepas musim raya, musim 'orang pergi haji' pula'. Kalau 'musim haji' maka ada lah musim majlis perkahwinan. Dan Kumpulan Hadrah 'cun melecun' ini sudah pun mendapat pelawaan. Jadi, apa lagi...kena berlatihlah makcik oi........

 Kami memohon keampunan Mu Ya Rabb.....
Ameen....

Okey lah....jumpa lagi!!!





6 comments:

  1. Thank you, Nora, for being such a good Jurufoto. Banyaknya gambar, puas pulak nak pilih untuk masuk ke facebook . . macam pilih antah di beras!

    ReplyDelete
  2. Seragam pun nampak bersemangat dan gagah perkasa ni, harimau malaya yang cun semuanya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, hi.....bila harimau malaya yang cun mengaum, maka bergemalah hadrah!

      Delete
  3. Alhamdulillah! Murah rezeki kumpulan hadrah & tuan rumah yg menyumbang hendaknya. Bolehlah guna duit raya tu sbg tambahan utk shopping di HCMC minggu depan.. Jangan tak bawa ole2 balik dari sana.. Biar menyesal membeli jangan menyesal tak membeli....he..he..he..he...
    Enjoy je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...hmmmm....jalan-jalan luaskan pemandangan dan pengetahuan.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.