Mudah urusan di Hanoi (Vietnam), Tak perlu isi apa-apa card sebelum kapal terbang mendarat Imigresen pun lancar.
RM diterima.. ,Jangan bawa banyak 'dong' Kalau tak habis, nak tukar semula ke RM , mungkin tak terima. Kalau nak belanja besar bawa lah USD. Ada gerai di pasar hanya terima dong.
Kedai-kedai di Hanoi disusun ikut jalan.(kawasan). Bererti, jualan cenderamata dan kraftangan satu jalan, begitu juga 'jalan' beg (banyak backpack), kasut, dsbnya.
Kerjatangan di sini, menyulam gambar pemandangan. Sangat halus sulamannya. Harga pun ikut nilai hasil. Kata pepatah "hanya johari kenal manikam" va, va, va....
Bangunannya kurus (macam orang dia juga), agak rapat dan kebanyakannya ada beranda.
Hanya terdapat 2% penduduk Hanoi beragama Islam (menurut En Lam pemandu pelancong). Ada sebuah semasjid, tak sempat kami pergi pun. Restoren halal di sini boleh dikira.
Ada tak de, sempat juga bergambar dengan 'si cantik manis, tinggi lampai, Miss Vietnam' di airport, ha ha ha....
'Tipah tertipu' |
Mohd Fadli, tour leader, En Lam, tour guide tempatan (mengira USD) |
Bergambar ramai di Temple of Literature |
Jika ke Hanoi, pilih pakej nak bermalam di cruise Ha Long Bay atau hanya day trip.Kalau bermalam munkin lebih banyak aktiviti lagi seperti berenang, menikmati keindahan matahari terbit, pengalaman tidur di kapal, singgah di rakit nelayan dsbnya. Pakej kami day trip sebab nak kejar masa. Kalau tidak kami tak sempat ke Tam Coc untuk bersampan. Lagi pun trip kami 4H3M.
Hari pertama Sampai aje, sightseeing bandaraya Hanoi,singgah ke pusat membuat kraftangan 'lacquer'
Chexk in di hotel setelah makan tengahari,
Petang jalan-jalan singgah tempat bersejarah Temple of Literature, diikuti dengan shopping cenderahati, (1 jam aje diberi)
Malam tengok pertunjukan water puppet .Memang hebat tetapi tak faham bahasa!
Hari kedua: Bertolak ke Ha Long Bay,4 jam perjalanan.Cruise dan explore gua.
Balik ke Hanoi 4 jam lagi.
Hari ketiga : Ke Tam Coc. Nak rasa buah tempatan .Singgah pasar beli buah,
Jalan-jalan ke Mouseluem 'Uncle' Ho Chi Minh, Luar aje, jangan tidak. Tak pergi pun ke rumah dia.
Then bertolak ke Tam Coc 2 jam perjalanan. Hujan . Ambil masa tunggu hujan teduh. Lepas tu, balik ke Hanoi, 2 jam lagi..
Hari ke empat: 'Terbang' balik ke Home-Sweet-Home. Morning flight.
Terima kasih kepada kakak saya kerana foto yang beliau rakam.
Next trip, ke mana kita??????
wah rugi le sbb banyak citer yg kena simpan
ReplyDeletekena pegi sndiri la nampaknya ;)
Yes, Irfa kena pergi dan discover sendiri keunikan Hanoi.
DeleteLepas ni mungkin boleh letak Hanoi dalam senarai tempat yang akan pergi tapi kalau bawak anak2 yang sedang membesar bagai johan ke tempat yang makanan halal susah nak dapat memang agak mencabar.
ReplyDeleteMakanan halal susah di sini tak macam HCMC (saya belum ke sana). Breakfast di hotel pun roti dan telur rebus atau dengan jam/butter.
DeleteMemang hanoi sangat best...
ReplyDeleteMasjid tu saya sempat pergi waktu tahun 2006..
Saudara muslim yg tinggal sebelah mesjid adalah penjaga mesjid tersebut..
Tapi expatriate islam yg bekerja di sana agak ramai juga...
Bersih dan nyaman saja kawasan dalam mesjid tersebut.
Saya mmg teringin nak pergi lagi...
Kami tak sempat ke masjid, Masjid Al Noer.
DeleteBab makan tulah yang menyebabkan saya tertangguh ke Hanoi. Yg lain tu spti produk kraf memang menarik utk mengunjunginya. Insya'Allah jika dah ikhlas & yakin pergi jua agaknya....He! he! he! Doakanlah ya....
ReplyDeleteBawa makanan sendiri dari Malaysia, sanang bagitu.
DeleteAssalamualaikum kak hajjah,
ReplyDeleteLepas ni plan ke mana pulak? Apa pun Vietnam menarik kan. Hari tu kami bawa serondeng dengan mee segera sorang sikit.
Vietnam memang menarik cara tersendiri. Akhir Okt,the two sisters nak ikut Heritage Trail, anjuran Sahabat Muzium, Melaka. Rancangannya nak jejak tempat-tempat warisan sejarah dari Ipoh, KK dan PP, 3H2M. Adventure dalam negara sendiri pula, ekeke...
DeleteMenarik juga mengenali sej tempatan. Selamat mengembara!!
ReplyDeleteTerima kasih,cuja. Dalam negara sendiri belum habis teroka.
Delete