Posting sebelum ini mengenai keadaan berserabut di bandaraya Hanoi.
(sila 'backroll' ye, kalau belum baca)
Kabel berserabut. Beca pun begitu. Apa lagi dengan motosikal dan kereta.
Takut nak lintas jalan
Jom kita lihat apa yang menarik perhatian lagi.
Menjaja seperti imej di atas biasa di Hanoi. Kakak minta izin penjaja pisang untuk memikul (menggalas? mengandar??)2 bakul buah-buahan seorang makcik. Kata kakak ''Eee beratnya" Jadi boleh kita bayangkan kekuatan makcik tadi memikul sambil mengimbangkan bakul yang berat itu berjalan kaki. Tak ke sakit bahu, makcik? Ada pula yang menggantung jualan keliling pinggang berjalan mencari pembeli. Ada yang mengguna basikal (tua) dengan dua buah nyiru isi buah-buahan atau sayur, terikat di bahagian belakang basikal tuanya.. Kereta tolak ( dan tarik)pun ada untuk memindah barang agaknya. Gigih sungguh semangat mereka!!
Ada tidak lagi cara menjaja, seperti yang kami lihat di Hanoi,di negara kita?
mmg kagum tgk warga tua bawak jualan guna kandar tu
ReplyDeletemmg kuat sungguh tenaga mereka
Penjaja itu mungkin tak setua apa yang kita sangka. Wajah aje nampak tua sebab kerja keras disebabkan kesusahan hidup.
DeleteDulu mmg nyonya jual sayur/ikan menggandar barang jualan.. Sekitar awal 70an... Tp kini depa guna motor atau van....
ReplyDeleteBila nampak penjaja di Hanoi mmg terasa rindu waktu zaman 70an tu.
Cara penjaja Vietnam di Hanoi berniaga menjadi tarikan tersendiri, tiada pencemaran udara.
DeleteSetuju dgn semua komen di atas. Tua sebelum umur dek keperitan hidup bukan di sana saja tapi merata tempat ada termasuk tempat kita terutama tahun2 60-70an dulu. Aktiviti mengandar dagangan tu pun kenangan jugalah di tempat kita akibat arus kemodenan negara....
ReplyDeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteOrang vietnam perlu fight untuk hidup. Sebab tu kalau kita tengok masyarakat vietnam yang ada di negara kita ni, sikap mereka lebih keras, dan kebanyakan mereka memang tidak takut untuk menentang kalau terasa mereka terancam.
Masyallah, demi mencari makan...
ReplyDeleteMereka gigih, bersusah payah.
Delete