Sembunyi

Semalam, Selasa, cuaca cool di sekitar bandar Melaka. Nak kata hujan, tak pula, tapi awan gelap nampak jauh di arah laut. Sepanjang hari, cuaca nyaman. Apa lagi, kalau dah cool. sedaplah tidur..zzzzz.......afternoon nap....zzzzzzzzzz

Pagi ini, hujan rupanya malam tadi. Laman kejat basah. Udara pagi segar.


Seperti biasa, saya tuju ke kolam ikan nak check air tinggi atau seperti biasa dan nak tanya khabar cik-cik  kap.. Oh... jernihnya air. Tetapi mana cik-cik kap ku ?

Air jernih  walaupun ada lumut. Daun-daun dalam pasu tu dah tak ade, di gigit .

.Bawah air terjun itulah tempat persembunyian
Saya perhatikan, sejak-sejak ini, cik-cik kap tak sejinak seperti dulu.Kalau 'kedengaran' sesiapa datang hampir kolam, terus mereka lari sembunyi bawah air terjun.Cemas. ...berenang pula laju, macam kilat.!!!! Takut agaknya.
Kalau diberi makan, kena campak pellet dari jauh. Tidak seperti dulu, boleh letak hujung jari pada muka kolam, mereka akan berebut-rebut nak dapatkan makanan.

Campak makanan, berebut-berebut dia keluar dari tempat sembunyi
Saya perhatikan dari jauh, cik-cik kap akan keluar bila 'nobody around'
Nak main sembunyi-sembunyi, ya cik-cik kap?

6 comments:

  1. Kap tu pemalu la tu...
    macam anak dara zaman dolu dolu...
    hahaha....

    ReplyDelete
  2. Ye la, dulu kecik-kecik, okey..tak malu..sekarang dah besar (macam birthday girl tu) dah ada perasaan malu!

    ReplyDelete
  3. eh pemalu rupanya cik2 kap tu semua ya!

    ReplyDelete
  4. Ah, ah, dieya...kap kampung katakan..bukab kap jepung.

    ReplyDelete
  5. Sejuk jer nampak air dalam kolam ikan tu.

    ReplyDelete
  6. Kunang-kunang,
    walapun hari panas, air tetap cool...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.