Penghibur

Siapa punya birthday, dia kena belanja!!
Itu yang berlaku.
Jadi malam tadi, kami berdinnerlah di P+zz+ H+t.


Ada orang tu nak cuba rasa udang yang tinggal seekor di atas pinggan. Iddin nak cuba makan udang, udang goreng bersalut tepung tu. Sebenaynya, dia alahan pada udang. Selama ini dia memang tak mau sentuh masakan udang. Katanya "nanti lidah Iddin gatal'" Pandai pulak tu alahan-alahan ni!!
So, dia pun cuba.
dengan suaoan mami tersayang
.letak di mulut, nak gigit ke tidak?
Kunyah sambil tersenyum,apa rasanya??
Habis makan, dia terasa lain macam, lidah dia gatal. 

Ye ke ni?

Iddin ini sebenarnya penghibur kami (bila 'cuaca' baik). Semalam siang (Ahad) dia di rumah BC, jadi penghibur Nek Ngah dan Nek Lang, menyanyi dan menyanyi lagu-lagu kegemaran dia dengan iringan You Tube. Lagu "Mencari Jodoh" "Kalau berpacaran" " Selawat Nabi" "Nasyid (tak tau apa tajuknya)". Ada lagu yang kami tak tajuknya dan melodi, tapi dia tahu bila kami beri dia hints.. Terhibur betul. Ada masa dia tolong nek Lang dia sapu daun-daun kering (dengan upah!). Ada juga dia bantu Nek Lang panjat tangga untuk ambil pasu-pasu bunga gantung di pargola.
Dia kata "kan bagus daddy ada anak lelaki, boleh tolong-tolong" Ha, ha, ha.
Bila dia ke rumah BC , kami perhatikan dia mesti cari kami untuk bersalam. Begitu juga bila nak balik. Ada sekali saya sedang solat, dia nak balik ke rumah PT. Sempat dia sound dengan perlahan "Iddin balik dulu  Nek Lang". Iddin, Iddin"


Tapi ada masa bila 'udara sejuk jumpa udara panas' maka akan berlakulah "puting beliung". Masa tu, cakaplah dengan lembut pun, 'ada aku kisah'. Alahai Iddin.Mami aje yang boleh pujuk.

Berbalik dinner di PH tadi, sepatutnya menu rumusan ialah ais krim. Tapi birthday girl terus buat bayaran di kaunter. Memang tak ingat langsung! Bila hadap  "Mentor" di rumah, baru teringat "Eh tadi nak sudah makan dengan ais krim...terlupa" Nek Ngah pun tak ingat, sebab dah kenyang, katanya. Tak taulah budak-budak tu ingat tak??  Agaknya tentu mereka hairan..tadi kata nak dessert aiskrim..ni cepat-cepat nak balik!

ABC + Ais krim
Sorry, maaf...Nek Lang tak ingat, bukan disengajakan. Mengapa tak ingatkan tadi?

8 comments:

  1. ala.. tu problem kecik je kak nora. Next time pegi makan aiskrim pulak haha..

    ReplyDelete
  2. Hajah,
    Ya, small matter, agaknya 'guests' dah kenyang! Tu yang terlupa.

    ReplyDelete
  3. Nak Ais krim, nak ais krim, Ezza nak ais krim!!!

    ReplyDelete
  4. Thank U Nek Lang for the belanja. Itu namanya kita bersyukur . . . "sampai umurku satu nombor lagi".

    Semoga dimurahkan rezeki, dianugerahkan kesihatan yang baik, ditambahkan ilmu dan diterima segala amalan. AMIIINNNNN. . .

    Lots of love from FAMILY.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nora,

    Rasanya masih tidak terlewat lagi untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi, alhamdulilah, masih sihat dan segar, semoga terus sihat panjang usia dan dirahmati Allah, Amin

    ReplyDelete
  6. Thanks Cik Yan. Semoga Cik Yan juga sihat dan gembira selalu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.