Aiskrim timbang

Gelato Fruity sudah sampai di Mahkota Parade Mall, Melaka,  sebuah kiosk aiskrim 'Italian taste'. Dah lama dah GF dah berada di MP Mall. Gelato Fruity jual aiskrim ikut timbang, bukan seperti jualan aiskrim biasa. Banyak scoop diambil, beratlah timbangannya dan tinggilah kosnya. Satu mangkuk (cup) kecil, kosnya paling minima RM6.00 . Ini untuk perasa yang'plain n simple'. Minimum order pula mesti 100gram.
Inilah kiosknya di Ground Floor MP Mall

Tengok tu, harga ikut timbang.
Pilih saje. tepuk dada tanya tekak, ada nama masing-masing.
Menggemukkan tak gelato ni?
 Pelbagai warna. Apalah rasa yang warna 'kebiru-biruan' itu ye?

Atau nak fruit juice, milk shake

Ada free tasting. Ah, perasa mangga sedap

Tapi kami tak beli pun. Saya bukanlah penggemar aiskrim sangat. Singgah buat promo,maklumat untuk you all pembaca kalau-kalau  singgah di Mahkota Parade. Lagi pun nak update  posting. Suka abang di belakang kaunter bila kita kata nak masuk Gelato ini ke dalam blog. Lagipun kami baru saje lunch pizza dan salad serta kentang goreng.  Kenyang dah...lain kali aje lah ye....just for the taste, apa bezanya gelato dengan aiskrim berjenama yang lain...




12 comments:

  1. Cg Ahmad Humairi,
    Betul tu cg...eskrim melesia..pelbagai perasa..sedapnya waktu cuaca panas-panas ni. Yang berjenama..entahlah..ragu-ragu pula nak menerainya.

    ReplyDelete
  2. salam...dah lama tak singgah ke MP...hu3x

    ReplyDelete
  3. Salam Cg SAK
    Saya pun dah lama tak jengok MP, bila pergi, ada aje perubahan.

    ReplyDelete
  4. gelato fruity dah sampai melaka? interesting!

    p.s. i'm home :-)

    ReplyDelete
  5. nampak sedap n special... srupa cam Baskin Robbin lah ni ye...mahalnya..

    aiskrim kat Makkah yg tk boleh dilupa... 2rial je satu bekas..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Nora,

    Semalam saya singgah lunch (lunck ker dan 3 petang) di "Ice Room" di Nilai Baru. Di samping icecream dijual juga makanan lain (western). Harga iskrimnya lebih kurang RM7.00 - 8.00 semangkok. Besar jugalah mangkoknya.

    ReplyDelete
  7. Hi dieya,
    Welcome home! Bila nak belanja aunty aiskrim di MP?

    ReplyDelete
  8. Acik..aiskrim di Makkah memang ..yummy, yummy...fruit juice nya juga.

    ReplyDelete
  9. Si kunang-kunang,
    Suka juga makan aiskrim ye? Akak tak habis kalau banyak, 2 scoop kecil aiskrim di BR, akak tak habis.

    ReplyDelete
  10. timbang macam yang kat tutifruiti tu. Hmm.. nengok je lah. Saya ni dah kena kawal makan eskrim.

    ReplyDelete
  11. Betul hajah, biar sederhana ambil aiskrim pada usia-usia gini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.