Pose 6 hari ke 4

Salam,

Dah hari ke 4 pose 6 hari ini. Hari ini saya habiskan masa menonton  siaran ulangan program-program hari raya TV. Enjoy rancangan hiburan muzikal bersama bintang di Ast** R**. Asyik tekan remote tukar channel aje bila ada iklan. Cukup rihat. Sambil tu kakak di Melaka dok MMS gambar stor dan garage  yang dalam pembinaan di BC. Hampir siap. Iddin pulak talipon "Nek Lang bila balik?" Dia cuti bergilir UPSR. Tak ada kawanlah tu, si Iddin.


Lepas tu 'berhari raya' ke blog teman-teman. Singgah kat blog saudara di Kelang...makcik ni famous, ada aura.. baiknya bilakukenangkenangkan ni...ada resepi rendang ayam, ada resepi soto ayam. Salin jangan tak salin. Singgah pula kat Cik Yan Sepanjang Jalan..ada resepi Laksa Pahang..sedap Laksa Pahang, walaupun kuahnya pucat tapi diserikan dengan sambal belacan. Salin juga, Buatnya entah bila. Tapi kena cuba. Cik Abang pula kata jom kita cuba masak Nasi Bukhari, dia suka sangat nasi ini. Dari dulu dia minta saya cuba, maklumlah saya ni tak pandai masak!!Saya ke Google...alah lecehnya,  kena sediakan macam-macam...nak itu dan ini, tak berbaloi nak buatnya...tetapi ada resepi NB yang rasa saya mudah juga, tak banyak kerenah...saya salin resepi Nasi Bukhari daripada a-passion-for-food,blogspot. Nanti bila ada mood nak cuba masak,  okey.


Tengahari ke dapur, nak masak apa untuk berbuka. Walaupun berdua, nak masak juga satu lauk pun jadi. Ada udang.... buat sambal tumis udang jawabnya.  Senang aje masak sambal tumis ni tapi rasanya belum tau lagi...pose kan.. Dalam fridge ada timun. Jadikan ulam. Ingat nak masak nasi lemak tapi setelah fikir punya fikir..takjadilah...nanti lemah pula badan makan yang berlemak-lemak ni.

Lepas masak...layan TV lagi....belum keluar ziarah raya kawan-kawan...nak habiskan pose 6, tinggal 2 hari lagi...

2 comments:

  1. Salam Kak Nora,

    Rajinnya berpuasa enam, mudah-mudahan mendapat ganjarannya.Bestnya dapat rilex-rilex nonton TV, tak sabo rasanya nak tunggu giliran saya pulak memanjakan diri macam tu. Tak banyak program TV raya yang saya dapat tonton, maklumlah bila balik kampung tak kan nak buat macam kat rumah pulak...adalah satu dua drama yang saya sempat tengok. Kalau program lawak, saya tak berapa minat..saya nak beraya kat Pekan pulak Sabtu ni..sata Pk Soh kat Tanjung Lumpur dah buka ke??

    ReplyDelete
  2. Cik Yan,
    Selamat pulang ke Pekan. Tak tau saya Sata Pk Soh di TL dah buka belum. Akak jarang sekali lalu sana. Selalu saya beli sata di Pasar besar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.