Kupang

Salam,
Anda suka makan kupang?  Dalam perjalanan ke Batu Pahat, JY mesti berhenti di gerai ini (sebenarnya ada dua gerai ) untuk membeli kupang sebagai buah tangan (dan sebagai hidangan makan tengahari.). Begitulah juga semasa balik ke BP minggu lalu untuk ziarah raya suku sakat di sana, kami singgah untuk kupang.
K-U-P-A....tolong tepi sikit, .encik...nak ambik gambar ni...Gerai terletak di highway Muar-BP dari Melaka
K-U-P-A-N-G....barulah betul
sedap digoreng atau rebus kupang ini
Bila sampai di BP, rupanya my SIL dengan suaminya telah pun sediakan nasi beryani. Husband dia pandai masak nasi beryani. Lauknya daging kambing masak merah, acar buah, dan jelatah nenas + timun. Si kupang tadi masak juga, tapi tak lawanlah dengan nasi beryani kan? Kupang sebagai hidangan akhir, orang melaka kata 'gatah-gatah' atau 'ratah-ratah'.....Tapi  kerana kekenyangan makan nasi beryani, saya tolak tepi kupang rebus. (Saya suka goreng kupang dengan nasi putih). Tak larat nak 'gatah-ratah'.  Nampak tak air lada kicap? Itu lawan kupang rebus. Tapi yang makan mengaduh "berdesing telinga, pedasnya.' Seperti biasa orang Jawa suka benau cabai rawet banyak-banyak. Kerang rebus cicah dengan air lada pun sedap kan?

10 comments:

  1. Salam kak hajah nora...
    saya pernah singgah beli kupang di telok mas... dia dah siap bungkus... sampai rumah nak masak, tengok kupangnya kecik-kecik... saiz baby kupang.. memang tak berbaloi... sejak tu serik lagi nak beli..

    ReplyDelete
  2. Salam hajah,
    Elok beli yang 'berselerak'

    ReplyDelete
  3. Salam Hajah,
    Kalau kat Alor Star ,mentarang dijual tepi jalan.Sedap.manis.

    ReplyDelete
  4. Salam mokja,
    Oh, di utara namanya 'mentarang' Selamat Hari Raya mokjadeandell.

    ReplyDelete
  5. dulu ada kawan PA hidang rendang kupang masa kami ziarah dia...selang setengah jam, kepala saya naik pitam..gelap mata!..lepas tu saya tak berani nak makan .....kenapa ya..

    ReplyDelete
  6. Zah,
    Tak sesuai dengan kesihatan zah agaknya.

    ReplyDelete
  7. Ditempat saya...tak pernah ada kupang ni, tapi kerang banyak. Mesti sedap kan? Cecah dengan air lada kicap pedas tu :)

    ReplyDelete
  8. Pn Isah,
    Masih berhari raya lagi kah? Kupang boleh juga digoreng makan bersama nasi putih. Ada juga isi kupang dikeringkan, dibuat sambal tumis atau goreng lada. Tetapi lebih sedap lagi yang fresh.

    ReplyDelete
  9. Salam Hjh
    Beli kupang tak boleh sekupang. Perlu beratus-ratus kupang! Sebab sedap - perlu beli banyak! Kalau disambaltumiskan ia, mungkinkah boleh ngam dgn si beriani?

    Di kawasan Sabak Bernam banyak orang menjual mentarang di tepi jalan besar. Mentarang berkulit putih, agak bulat macam jari. Pada saya, kupang lebih sedap dari mentarang.

    ReplyDelete
  10. Temuk,
    Saya tak pernah makan mentarang. Di gerai ikan bakar Melaka, salah satu menu yang boleh kita pesan ialah goreng kupang, makan dengan nasi lemak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.