Char Kway Teow

Salam Raya,
Hari ini hari kedua saya 'puasa enam'. InsyaAllah bermakna saya akan berhari raya pusingan kedua pada hari Jumaat. Nak berbuka apa ye hari ini? Petang semalam berbuka dengan nasi goreng sambal belacan...punyalah pedas..mana tidaknya dengan cili padi (yang banyak) kegemaran dia. Teringin pula nak makan Char Kway Teow yang ada kerang. Pagi tadi saya ke Tunas Manja* untuk membeli bahan-bahannya.

Kway Teow sebungkus
Taugeh sikit
Daun Kucai seikat kecil
Udang sedang.. adalah 20 ekor
Kerang....satu senduk besar
Telur
Lada giling sepeket

Baru tadi siap kemaskan bahan-bahan. Nanti nak dekat nak berbuka boleh goreng
Caranya?
Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis: beberapa ulas bawang merah dan putih yang telah di 'blend' (bukan 'di'blender' ok?), bila garing bubuh agak-agak  tiga sudu lada giling, ikut kepedasan, nak letak sikit sos tiram pun boleh juga. Tabur garam secukup rasa.
Bila naik bau, masukkan udang, gaul rata. Masukkan telur, sebutir dua cukuplah. Gaul rata lagi. Masukkan pula kway teow. Gaul dan kacau lagi. Masukkan taugeh (jangan lupa buang ekornya), diikuti dengan kucai yang telah dihiris panjang, Akhir sekali masukkan kerang (yang telah direbus terlebih dahulu.)

Ada juga saya rebus ketupat segera nak makan dengan rendang minang masakan mshart. Ini untuk sahur nanti.

Sebenarnya saya baru nak pulih daripada batuk, sejak raya minggu pertama. Hari ini nampak dah kurang batuknya. Tadi beli juga gula batu. Konon nak buat air asam jawa dengan gula batu. Boleh ke baik batuk dengan minum air asam jawa + gula batu? Atau rendam air kembang semangkuk dan minum airnya....sejuk tekak, boleh kah?

10 comments:

  1. sedap tu kak nora...
    sesekali berbuka dgn char kway teow..kak nora dah puasa 6 second round ye..ida baru dpt buat 2 hari dah uzur pulak..insyallah esuk mula balik..

    ReplyDelete
  2. Ida,
    Ada cara lain buat char kway teow. Elok kita buat puasa enam cepat-cepat, akak buat straight, InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Salam kak hajah nora...
    Alhamdulillah... seronok dah mula puasa enam... saya masih uzur.. belum mula lagi...
    tapi mesti dan akan tetap lakukan sebab nikmatnya terasa semasa berbuka....
    Selamat Berbuka...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak NORA...
    Selamat berpuasa enam.

    Rasanya dua-dua cara pun elok utk pulihkan batuk tu. Kembang semangkuk or air asam jawa, insyaAllah berkesan.

    Char Kuey Teow memang sedap buh kerang dan guna sos tiram. Paberet saya gak tu.

    ReplyDelete
  5. Azieazah,
    Akak rasa lega batuk akak sudah mulai reda. Dah mula puasa enam?

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri,

    Selamat Raya Puasa Enam Kak Nora...moga pulihlah batuk tu...maaf zahir batin sekali lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam Syawal Hjh Nora
    Selamat berpose 6.

    Ada orang suka taugeh tanpa ekor yg suku masak dlm kotiau atau bihun. Crispy! Ada yg gunakan campuran madu dgn perahan lemon utk mengubati batuk. Cili besar, apa lagi yg cilik, eloklah disorokkan. Semoga segera sihat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  8. Cg Ahmad Humairi,
    Terima kasih. Pulih dah batuk akak.

    ReplyDelete
  9. Salam Temuk,
    Terima kasih atas pesanan dan panduan. Tak boleh sorok cili, tanam ada lagi!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.