Atas permintaan

Nasi Bukhari, satu percubaan...

Salam,
Atas permintaan Akak Too, (dan juga mereka yang ingin mencuba Nasi Bukhari) ini dia resepinya (dengan izin a-passion-for-food, terima kasih)

Keperluan:
1 kg basmathi rice
1 whole chicken  atau daging (cut into pieces)
3 + 3  daun pandan
minyak sapi n minyak masak
daun kari  atau daun pudina

A
cili boh
1 medium saiz onion
3 ulas bawang putih
1 inci halia

B
1  biji  tomato saiz sedang (potong 8)
5  sudu teh  bawang goreng (buat sendiri, jangan guna yang ready- made)
1 paket rempah bukhari (kalau tak ada, rempah beriani pun boleh) RM1.00/paket
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan tomato sos

C
1 stick kayu manis (bukan yang panjang buat deco, tau!)
5 kuntum (kata mat salleh 'cloves') cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara memasak:
1. Blend A sampai 'fine'
2. Gaul ayam/daging , bersama A dan B. Marinate selama 10 minit.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak (guna yang goreng bawang tadi.. Berapa banyak? agak-agak aje!) dan bila minyak dah panas, tumis  C sampai naik bau 'aromatic'. Masukkan ayam/daging  n company (marinated tadi). Simmer kejap.
4. Tambah air, garam secukup rasa, daun pandan (3 helai dulu).
5. Kacau rata. Tutup periuk. Masak dengan api kecil. Occasionally, stir the chicken/daging
6. Bila ayam/daging  dah masak. letak ayam pada pinggan hidang bersama  2/3 kuahnya.
7. Masukkan basmathi yang telah dibersihkan (dicuci) ke dalam periuk nasi.. Masukkan  lebihan kuah (sauce) ayam/daging  tadi. Tambah air secukupnya.(Ingat ye, 1 cawan basmathi, 1 cawan air) Tambah garam dan 3 helai lagi daun pandan. Kacau. Masak.
8. Bila nasi dah masak, hias dengan daun kari atau daun pudina
9. Hidang nasi dengan ayam/daging tadi.


Verdict: Food taster saya kata 'sedapppp'.
Tambahan: kalau ada Acar buah atau jelatah nenas+timun....buka selera!

Selamat mencuba!!!



6 comments:

  1. salam,

    Kalau pos kat saya sebungkus nasik tu boleh kot...pakai pos ekspress.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak NORA,
    Hmmm saya sendiri tak pernah lagi makan Nasi Bukhari ni..

    ReplyDelete
  3. Kak Nora,
    Apa asal usul "Bukhari" ini? Satu lagi yang digelar 'gam'. Tentu Kak Nora boleh buat cerita sedikit. Terima kasih atas lawatan Kak Nora.
    Salaam hormat dari Pakcik

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora....
    terima kaseh....
    nampak mudah nak cuba.....
    jazakallahu

    ReplyDelete
  5. salam...C&P kak resepi ni...buat koleksi! sedap ni boleh dicuba

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.