Di Nurseri Bunga Semabuk.
Saya tertarik dengan tanaman mini.
Bukan sahaja dalam bekas bunga kecil tetapi
boleh guna mangkuk, cawan
dan bekas-bekas bunga yang lain.
Teringat saya di rumah ada 'vase' yang lama terbiar.
Ada juga set mangkuk bubur yang dah berhabuk .
Elok saya jadikan pasu tanaman mini
seperti terdapat di nurseri.
Baik hati 'amoy' pembantu yang berminat sungguh menghasilkan seni tanaman ini.
Katanya:
Bubuh tanah dalam bekas,
Tanam sepohon (atau lebih) pokok kecil
tabur batu-batu kristal atas permukaan.
Spray untuk kesegaran pokok
Nah!
Inilah hasil kerja saya
si mini dalam pasu
















