Ros Raya

Bunga Raya (jenis Hawaii) ini saya beli sebagai tambahan pokok penyeri laman. RM1.00 sepokok. Bila dia menguntum, tak sabar menunggu bunganya kembang. Pertama kali, ia menghasilkan bunga yang agak besar. Warnanya pink pekat. Cantik. Tapi sayangnya, tahan satu hari sahaja. Esoknya ia layu. Eh, tak tahan rupanya bunga raya ini. Tidak mengapa tunggu kali ke dua. Pun begitu juga. Kembang. Layu. Gugur. Bunga Raya ini manis ke? Saya lihat banyak geng semut berlari-lari pada wajahnya!
Hari pertama kembang mekar
Hari kedua,.......sedihnya

Di laman rumah ada lagi pokok penyeri laman (dan penyeri hati). My new love. Ros kampung. Bukannya specie yang mahal-mahal, bukan dari Cameron Highlands tapi yang 'kampung-kampung'.  Ros kampung ini RM5.00 sepokok. Pokok ros perlu dijaga dengan kasih sayang. Perlu banyak cahaya matahari, Cepat meninggi. Kalau dah tinggi agaknya elok saya letak pada tiang pagar. Tentu ia akan membesardan melingkari pagar.Tapi masih juga kuntum-kuntum yang di datangi ulat.



Ros Raya penyeri laman. Penyeri hati. terapi diri.

HR Puasa 6

Alhamdulillah...hari ini saya berhari raya pusingan kedua setelah dengan sabarnya menghabiskan 6 hari berpuasa sunat Syawal.
(Refleksi: Satu ketika dulu, zaman budak-budak dan remaja, selalu lihat yang amalkan puasa 6 ni orang-orang 'tua'. Sekarang kita dah masuk kumpulan ini......!!)
Apa makanan special hari ini? Dah lama tak masak soto ayam.  Bahan-bahan asas untuk membuat soto ayam sudah ada. Ke Mydin bersama kakak selepas sarapan untuk dapatkan bahan lain seperti serai, bawang, taugeh, daun sup dan daun bawang. Soto ayam makan dengan nasi himpit! Bestnya! Oh ya, saya guna rempah soto Mak Siti.


Kakak pula sibuk buat biskut mazola (sebab stok dah habis!)
Sedang saya tekun memasak, tiba-tiba "Eh! Ada tetamu datang! Siapa agaknya?"
Rupa-rupanya, kakak (yang juga sambut Raya puasa 6) telah hubungi kawan-kawan tanpa pengetahuan saya. 'Surprise" katanya.
Zaitun, Khuzaimah dan Zainun (kakak Zaitun) tetamu kejutan saya, datang dari Air Keruh, nak rasa Soto Nora.
Alamak...apalah rasa soto ayam saya ?

Soto ayam lengkap dengan bergedel, bawang goreng, su'un goreng, kicap cili api

Rasa soto ayam lah!!!
Mujur tetamu suka hidangan yang disediakan.

Sedaplah!!

 Terima kasih Ton, Khuzaimah dan Kak Non berhari raya di rumah kami





Minggu Pertama HR 2011

Bergambar sakan!!!
Kuih Raya: Tart Nyonya (dijamin halal!), biskut, kacang sedap, (oops ada tinggal botol aje ni!)
Di belakang tabir untuk 'photoshoot' gambar famili. Jurugambarnya, in-house aje tapi pro!
Jejaka idaman . Maaflah sudah ada yang punya! Dari kiri: Sor, Lan, Cik Din. Senyum menawan ah!
.Bersama keluarga sepupu, Suzana  dari KL (husband, Hj Fadhil n Su , staf LUTH). 
Kunjungan Ani n famili dari Kuantan.
Makan time....orang KL idamkan masak asam Melaka.
Apa lagi ..... asyik kat TV
Ini geng Cik Din, cucu Nek Lang,  (Iddin baris kedua kiri) Yang besar tu Johan, BFF Cik Din
Bila lagi nak bergambar ramai seperti ini? Bersama famili uncle Hamid (adik bongsu arwah mak), yang berbaju belang.Datang dari KL juga.
Kalau tak raya tak sampailah Nani (cousin) n famili from Shah Alam  Tapi Nani InsyaAllah mesti datng punya jumpa cousins in Melaka.  Menu: Masak asam daging Maheran (SIL),tu di hujung meja.Sedap you!
Ini Janet Yong, Kata Angah 'My classmate since standard 2! Di belakang tu, salah seorang bekas anak murid Janet. "I didn't know I taught her before".
Bersama Sh Dina, anak saudara. Lama tak jumpa!
My cousin Roslan n famili mesti singgah, kalau balik dari Pagoh (kampung Nor, wife dia)
Amirul posing di kolam ikan.
Ada lagi kuih raya

Itulah dia kenangan raya minggu pertama Syawal.
Minggu kedua......start puasa sunat syawal, InsyaAllah.
Mingu ketiga?????
Unpredictable plan...hi, hi, tapi undangan majlis kahwin dah mula sampai.....
Apa-apa pun "Selamat Hari Raya" kepada pengunjung 'Sekilau one',
Ada masa 'jumpa' kita lagi, ye!