SUDUT KAKTUS MAK LIN

Sederet kaktus Mak Lin (biras saya, tinggal di Batu Pahat) tersusun atas tembok tangga. Berbagai jenis. Susunan kaktus comel yang ditanam di dalam pasu-pasu kecil memikat hati. Kalaulah di nurseri tentu tinggi harganya. Kaktus mudah dijaga, tak perlu banyak air dan boleh hidup walaupun cuaca panas, tiada hujan. Jika kita tinggalkan dia lama-lama, dia masih segar. Saya suka juga kaktus Mak Lin ni.Tak sampai hati nak minta anak kaktus daripada Mak Lin. Jeling-jeling aje, ah!!










Saya ada juga kaktus sepasu.

KUACI BUNGA MATAHARI

SELASA 2 Julai 2013.
Lokasi : di rumah SIL di Batu Pahat
Dia tunjuk saya kuaci ini dan suruh saya makan. Katanya, 'dah halal dah..' sejak dia makan kuaci ini, sakit-sakit kaki dia hilang, dengan izin Allah SWT. Saya pun cuba..mula-mula satu, satu lagi dan seterusnya... tak mau berhenti, asyik klik, klik buang kulit, kunyah, klik, klik  kumpul kulitnya  , jangan bersepah,,sambil berbual.... ish...tak boleh jadi.... mesti BERHENTI!
(Kuaci ini juga makanan burung tau!)








Sebentar tadi saya  browse nak cari maklumat kuaci yang kata dikatakan  berkhasiat.
Ramai blogger sudah menulis mengenainya tetapi yang ini menarik hati.

Jom kita baca apa kata salah seorang penggemar kuaci ini....
fouuzie.blogspot.com

wonderful-life: KUACI- dare to eat?: Makanan kegemaran semua termasuklah diri saya. Saya suka beli dan makan, TAPI bila anak saya suka makan saya pasti tak senang hati. KENA...

MUDAH RUPANYA!



Anda bermasalah melipat 'fitted bed sheet' tak? Memang saya menghadapi masalah nak lipat sarung tilam yang ada getah di empat penjurunya. Berapa kali saya cuba tak menjadi, lalu saya lipat ikut suka, tak kemas jadinya. Mudah rupanya kalau ikut step-by-step demo di atas.  Sangat membantu. Bandingkan yang dilipat kemas dengan yang ada di sebelahnya. ^00^ !!

UPDATE, JANGAN TIDAK!!!

Sarapan : Laksa Nyonya a.k.a  Laksa Lemak di sebuah ala-ala foodcourt di Limbongan. Kedai makan biasa biasa aje. Memang selalu ramai pelanggan di kedai ini. Servis good. Makanan macam-macam ada (tu dulu). Kuih pun ada macam-macam. Pagi ni nampak  ada 3  'kiosk' dah tutup business. Tetapi apa yang ada dah cukup memadai . Pengunjung kena bersabar menunggu tempat  duduk kosong, Datang pula serombongan dari Sibu Sarawak untuk sarapan. Mana mereka tau tempat ini? Agaknya browse kat Google!Bertambah meriahlah kedai ini. Puan punya kedai "Makcik Sayang ' (sebab beliau suka panggil 'sayang;) tak de. Mana dia? Kata anaknya 'Mak rihat. Baru balik umrah'. Oh gitu, murah rezeki Makcik Sayang....nama sebenar Hjh Robiah, cukup peramah.


Tengahari: Nak makan apa? Masaklah Nasi Goreng Udang Kering. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumbuk halus cili padi, belacan serta udang kering. Telur tak perlu sebab tambahlah kolestrol! Buat bayam masak air. Sebelum itu, bizi di laman , trim, trim dahan buluh yang bercabang terjuntai keluar. Dapat trim yang rendah aje. Mana yang dah keras, digergaji,.  Hmmmm......penuh satu tong hitam (tong sampah) dengan bahan buangan pokok buluh,

Petang: Sibuk di laman juga. Siram pokok-pokok bunga. Layan dua pasu gantung 'periuk kera' yang nampaknya minta dikasihani. Daun-daun periuk kera yang kekuningan dibuang, gembur tanah dan tambah tanah 'fresh' serta tabur baja. Semoga periuk kera selesa sekarang, boleh bernafas. ye! Ada tanah lebih, buat tinjauan mana mana pasu perlu ditambah tanah.

Malam : Nasi putih. Lauknya, masak goreng asparagus bersama  udang  saiz L . Ini bukan saya masak, Pemberian anak saudara, Ms Hart. Berulam pula dengan nenas manis. Sedapnya!

Sekarang jari jemari menari-nari di atas 'key board'.

Ha? Dengar bunyi hujan, dah lama tak hujan, lebat pula tu.....syukur....siaran TV tergendala...no service!

Itulah saja, nak updare blog dah!!!!!

Esok dah 1 Julai 2013!! 

Salam.....