ke bukit pula

Salam sejahtera!
Moh! Kita  daki bukit St Paul pula untuk senaman pagi.
Jom, slow, slow jangan gopoh, ye.
yang muda bantu yang senior


Jom kita ke Pantai Klebang

Aktiviti jogging lagi
kali ini kita ke Pantai Klebang.
masih pagi lagi, tidak ramai 'joggers'
Teluk...tenang dipagari pokok-pokok ru.
Pantai Klebang ini adalah 'extension' pantai asal di persisiran Selat melaka.

 Awan meliputi sinaran matahari.

 Seorang jogger muda. 'The lonely jogger'


Langit mulai cerah


Part ni yang best!
Di sudut taman permainan kanak-kanak
'Kanak-kanak lebih umur'
teringin juga...
Tak, kami tak langgar peraturan,
kami ringan-ringan aje!
 


Hero kita ini tak boleh nampak tempat bergayut,
mesti nak gantung...hai nampaknya meninggilah Iddin

family joggers

Kami tinggalkan Pantai Klebang
ke mana lagi??
sarapan ma.....


Durian Crepe Durian Cake

Salam sejahtera semua.
Durian Crepe,
banyak sudah saya baca tentangnya
apa rasanya?
Terjumpa di Restoren Lot dekat rumah
Lalu, beli sepaket, nak rasa
Umpama bantal. Sepaket RM6.50

Bila 'bantal-bantal durian' ini dikerat, inilah rupanya.
Whipping cream + durian dalam gulongan kepingan lempeng.

Durian Cake ...lapisan adunan durian atas biskut oreo (rasanya)

Tetapi saya tetap suka makan durian begitu saje.....



Cendol Clock Tower

Salam sejahtera semua.
Jom  singgah
warung cendol famous bagi pelancong
di bandaraya Melaka.
Cendol Clock Tower (CCT) atau Cendol Jam Besar
Tempatnya strategik.
tepi Sg Melaka
Setentang dengan mercu tanda, 'jam besar'
dan tempat sejarah yang lain.
Ramai pelancong di Melaka cuti ini
Lihat trafik jam, mereka tak tau ke
susah nak cari parkir kereta musim-musim gini
Semua menuju ke pusat pelancongan.
Jalan sesak sangat.
Naik beca taman bunga aje lah!
Warung CCT pun penuh.
Memang hebat pukulan cendol ini.
Cuaca pula panas.
Jom singgah rasa cendol CCT semangkuk dua.
Nak yang biasa, dengan kacang merah
dengan ais krim....
dengan tapai tak de...
Kami pun 'join the crowd' membawa
tetamu kami hujung minggu lalu
dari kanan.. Naimah, Hendon,Noraini
rasa nikmat cendol  bersama aiskrim
coklat dan strawberry
Dua mangkuk lagi dah selesai.
Inilah tetamu kami
Cik Mek Molek KB.
nanti datang lagi, kita menyusur sungai pulak ye.
Tapi jangan datang waktu cuti.
Anda sendiri telah mengalami
'jam 'nya bandar Melaka
musim cuti!

Naimah tertarik dengan kolam
ikan koi
Satu lagi tarikan pelancong (peminat tegar lah)
Hard Rock Cafe
Coming soon to Melaka
seberang Cendol Clock Tower