@Sekincan Ikan Bakar

Banyak sudah penulisan di blog mengenai Sekincan Ikan Bakar. Sekarang restoren yang boleh dikatakan popular bagi penggemar ikan bakar sudah meluaskan sayap nya ke Melaka. Letaknya di kawasan Melaka Raya. Jom kita makan-makan  di Sekincan. Nak cuba.Apa bezanya dengan ikan bakar di Anjung Batu, di Alai atau di Muara Sungai Duyung?

"Sekincan" Kata kakak" asalnya Second Chance. Dulu orang kita tak boleh sebut 'second chance', so jadilah 'sekincan' Boleh terima ke?


Tengok tu, menarik tetapi dicemari dengan tampalan kalender dan entah apa-apa notis lagi.  Nampak "halal" aje, yang lain tu......???  Tapi lampu gantung 'gaslin'  tu menarik.

Kemudian kita order food kat kaunter. Pelayan (loghat Jawa) tak ambil order.di meja makan. Wah macam-macam makanan laut ada. Saya tertarik dengan kerang yang nampak segar (dan besar). Minta kerang rebus. Rupanya Sekincan tak main rebus-rebus....semua bakar-bakar. Kerang bakar? Belum pernah rasa. 500 gm@RM7.00 !
Pesanan dibuat, Dok tunggu dengan penuh kesabaran...lama juga. So let's pose...


At last sampailah ini...


lepas menunggu sekian lamanya......dia datang...

Rasa...gitu-gitu..sederhana (pada sayalah) . cara masak lain daripada ikan bakar melaka.
Inilah dia pukulan sekincan ikan bakar bagi kami yang kelaparan. Tengok, kerang tak habis sebab saya dan Iddin yang 'follower' nya. jadi lebihan tapau ma!



Mana bes, ikan bakar Melaka atau Sekincan Ikan bakar...terpulang kepada selera masing-masing. Kalau orang di melaka mahukan kelainan, bolehlah ke Sekincan, Kalau nak yang melaka asli, ke Umbai, Muara Sg Duyung atau Anjung Batu, tepi-tepi sungai tu.Macam mana dengan harga?? Tak tau saya, tak nak tanya yang belanja dinner malam tu. Macamana  dengan layanan, mesra tak? Tak boleh lawan lah dengan layanan orang di melaka.

Terima kasih to "Father Christmas"



Cucur udang ku

Seperti yang di rancangkan
pagi ini sebagaisarapan....
cucur udang

 seawal 7.00 pagi sudah berada di dapur, siapkan 
2 biji telur,
3 cawan tepung gandum
secawan taugeh, 
hiris secekak (cekak saya) daun kucai
1 sudu teh sodium bicarbonate
3 cawan air
beberapa ekor udang sederhana
serbuk kunyit (boleh guna pewarna juga)
garam 

Selalunya saya masukkan telur ke dalam mangkuk tepung
(selalu adunan bergentel!)
kali ini...
saya pecahkan  telur dan pukul hingga kembang, masukkan garam ikut rasa, dan sodium bicarbonate. Gaul rata.
lepas tu, saya masukkan tepung sikit-sikit berselang seli dengan air. Gaul sekata.
(tak bergentel pun tepung!)
Bila dah puas dengan bancuhan adunan tepung dan telur,
masukkan taugeh, hirisan daun kucai dan jika suka hirisan cili merah serta  serbuk kunyit
Siap bancuhan cucur, ketepikan dalam 30 minit.

Sambil tu, buat sosnya.
Blend beberapa cili merah bersama bawang puith
(jumlah ikut suka masing-masing)
tambah sos tomato, air, gula, garam
(dan cuka kalau suka)
Didihkan...
kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan air
Kacau...rasa masam, manis nya.

Sekarang nak goreng cucur udang (pastikan udang tu kering, tidak berair)
tidak nanti "tup-tup" dalam minyak panas
 Panaskan minyak, 
ambil senduk berbentuk bulat dan panaskan dalam minyak goreng
letak sikit adunan cucur ke dalam  senduk panas.

Letak seekor udang di atasnya dan goreng
Nanti adunan akan keluar dengan sendiri
Goreng  hingga kekuningan, angkat dan toskan

Ta....dah...dapatlah cucur udang.
makanlah dengan sos buatan sendiri tadi
(atau sos yang dah sedia ada)

tapikan...(hah...ada tapi....)
pusingan awal tak menjadi!!!
kakak kata tambah air biar adunan cair sikit.
Okeylah....turned out good!
Tapikan...boleh jadi resepi yang saya ikut ni tak seperti cita rasa sayalah.
.tak rangup, tak 'crispy' macam cucur udang Mak Timah!
Perlu ada tambahan tepung beras agaknya .
Apa kata si Muffinbiru, tolong beri petua pada makcik ni!

Apa kata juri?


(Ada banayk cara untuk buat Cucur Udang ini. Resepi yang saya ikut telah diubahsuai daripada Resepi Kuih Muih Melayu , Rubiah Suparman)

Esok sajelah

Cucur udang air tangan Mak Timah sedaap. 
Teringin nak cuba cucur udang  gorengan sendiri.
Saya belum pernah buat cucur udang tapi cucur bawang selalu ma!
(oh ye, nak ikut cara yang saya terbaca dari sebuah buku masakan)
image dari yahoo
.
 Pagi tadi dah rancang nak buat cucur udang sebagai snek petang ini.
Ke pasar sentral lah saya ni untuk beli bahan-bahannya seperti tepung gandum (cop sauh), daun kucai, taugeh serta udang saiz M.
Okey dapat sudah apa yang perlu.

tetapi seperti biasa lah ada aje terbeli di luar jangkaan bila le pasar.
Antaranya
sayur bayam, kacang buncis, terung bulat, ikan bilis
cukup lah tu, takut tak masak pula!!!
 masa nak keluar pasar,
lalu pula dekat orang jual kerepek.
Apa lagi....
beli juga kerepek pisang
bukan satu paket tapi tiga
dan juga 
satu  paket kecil maruku,
sebab teringin nak krukk, krukk masa santai-santai depan TV
Eh, popiah basah juga beli satu paket.

Oh Cik Melati kita ada jual pokok bunga ye?
Ros kampung  merah jambu 'pink'
menawan hati.
Tambah lagi satu pokok ros ku.

Sampai di rumah,
kemas dulu barang-barang belian tadi.
Simpan dalam fridge
Terasa lapar
Makan 2 popiah basah (ada 4 semuanya)
Makan juga ketupat (yang beli untuk breakfast)
lepas tu makan buah, makan krukk, krukk maruku dan kerepek pisang
mana tak kenyang..

Dah tu ada pula ada orang ajak makan ikan bakar malam nanti.
Jadi bagaimana dengan cucur udang????

Esok pagi aje lah ye...


anakmuaallaf: DURIAN BELANDA PENAWAR CANCER

JY terjumpa artikel ini semasa browsing tadi. Menarik juga tentang buah belanda ini. Saya suka minum jus 'soursoup' biila ke foodcourt di JJ. :
anakmuaallaf: DURIAN BELANDA PENAWAR CANCER: Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat ...