Buah tangan

Salam....
From A'an (nama sebenar Mohd Nor Farhan bin Hjh Fadzil). My nephew (anak saudara sepupu. emaknya sepupu saya). Baik budaknya. Kalau balik bercuti mesti bawa, buah tangan....

pernah sekali bedroom slippers...dah wornout Alang guna, A'an
 Terbaru bila dia ziarah kami hujung minggu lalu, "Nah ini untuk Alang...

... ..boleh isi kain sembahyang, bawa shopping...
 Terima kasih A'an atas ingatan, Dah  berangan-angan nak kunjung sana satu hari nanti...bila ye?

Yang ini pula untuk saya bawa balik ke Kuantan nanti, buah tangan untuk member 'hantu hantu kopi'. Time-time (gaya cakap orang lama) buka sekolah ini, elok  hadiahkan Kopi Melaka, Cop Budak Sekolah...Kata kaki kopi, 'Budak Sekolah' sedaaap! Entah, saya, kopi tak main. Tapi kopi ini tak ade campuran serbuk tempurung kelapa  !!  PUPIL BRAND "......  is the only coffee powder manufacturer who processes from the raw coffee seeds to the final "Coffee Powder" product in Malacca. Promo nampak!

.uncang dalam paket kuning, serbuk da;am paket, harga sama..
Buah tangan gembirakan hati
Penerima...
Semoga dimurahkan rezeki
Pemberi....

Janji tetap janji

Hari Jumaat, 30.12.2010
Tengahari.
Dia, masuk rumah dengan senyuman lebar.....

Iddin: Jom Nek Lang, kita pergi JJ, beli kasut Cr*cs. Nek Lang dah janji
Me : Mengapa?
Iddin : Iddin naik kelas M (3M, kelas pertama)
Me: Betul ke?
Daddy: Pergi register kat kelas 3N (kelas kedua), semak nama tak ada. Semak pula pada list 3M, tengok, tengok nama  dia ada.
Me: Lucky you...second time lucky...dah rezeki Iddin masuk kelas 3M. Syukur. Allah kasihan kat Iddin so put you back in kelas M.Study betul-betul supaya maintain kelas M.
Iddin : Bila nak pergi ni?
Me: Tapi Nek Lang kata if you go to tahun 4M (in 2012)
Iddin: Tak kisah, janji tetap janji, Iddin masuk kelas M (3M 2011).

So after solat Jumaat,
Di 'Cr*cs'...tersengeh dia dapat apa yang Nek Lang janji walaupun belum sampai masanya. 'M' tetap 'M'

Complete dengan buttons pilihan sendiri
 Sales assisstant kata," Macam ni, saya pun nak nenek macam ni lah ."

Saya juga dapatkan sepasang, hadiah diri sendiri
Dalam perjalanan pulang  singgah dulu di warung orang kampung...Bukit Piatu..

ABC dia sedap....
3.1.2011
Hari ini Hari pertama penggal sekolah 201!.
Hari jadi Amal. HAPPY BIRTHDAY AMAL..Semoga Amal dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dalam kesihatan yang elok. Aameen...

Big girl now...already got your present right? Not the camera...

Sawit

Salam.
Hari ini nak kisah makan lagi.Kali ini lunch pada hari Sabtu 1,11,11
Di mana kali ini?
Moh kita ke Sungai Udang hala ke Masjid Tanah,
akan jumpa...
Restoren terbuka di antara pokok-pokok kelapa sawit
Cukuplah tengok gambar aje ye..


persekitarannya redup, ramai pengunjung, sabar menunggu ye


Antara hidangan yang disediakan
Ada cendol pelbagai campuran, nak pulut, nak kacang, nak yang 'sawit' special?

.. Untuk makan tengahari,

Yang nampak berbungkus, set lunch nasi putih kukus (atas arang) pilih lauk (itik masak gulai pun ada). Ayam untuk  nasi ayam
Begitulah famili outing sebelum sesi sekolah tahun baru bermula. Oh ye, dalam perjalanan balik ke BC. mata semuanya berat...zzzzzzzzzz dah kenyang!
Alhamdulillah.....

PS. Kepada semua warga pendidik di sekolah 
(Pengetua, Guru Besar, HM, cikgu-cikgu) 
Kak Nora ucapkan 
Selamat kembali ke sekolah
Happy teaching!!!

Nan

 1.1.11....bertongkat-tongkat nombor ini, cantikkkan.
Salam. Selamat menyambut Tahun Baru 2011!
Di mana anda malam tadi?
Kami?
Dinner di mana ye?
.Letaknya di Kota Laksamana

.Chef di tepi tempayan gergasi.

Ramai peminat Nan,  berbagai bangsa.....tempat duduk melimpah luas ke kawsan parkir, juga kedai sebelah.

Ini baru sebahagian kecil

Ada pelbagai Nan disediakan....you name it, they have it...garlic, cheese, onion, just plain....Tapi minuman, you name it, they don't have it! Pesan aje apa yang tersedia  pada kad menu. Ha, ha...dan lawannya tandoori chicken dan juga pilihan menu lain yang berkaitan dengan Nan. Tak tahu namanya..pelik-pelik, maklumlah masakan Paki. Sori, masak asam pedas melaka tak ada, okey! Itu cari di  kedai lain. Restoren ini buka sebelah malam sahaja, ye.
Sila layanlah gambar-gambar ini...

Yang merah-merah tu,ikan, hujung atas, chicken wing, then kentang. Yang ada sudu lupa pula namo eh!




Plain Nan bersama ayam tandoori. Sedaaap!
Meraikan Abang A'an (Farhan), anak sepupu di KL ( yang tersenyum berbaju merah). Abang A'an cuti belajar.




Jadi peminat Roti Nan, boleh lah kunjung ke PP. Promosi... sebab Roti Nannya lembut dan sedap.Kalau tidak, masakan ramai yang datang setiap malam.
Lepas tu kami terus balik, ikut konsert Ambang Tahun Baru gitu-gitu kejap..tukar Ch KBS..Tepat jam 12.00 tengahmalam, terdengar bunyi letupan bunga api...tup..tup...tup..hampir sangat dengan rumah. Jenguk di tingkap..rupanya jiran-jiran di belakang rumah ada acara sambutan 2011. Bunga api ala kampung..tak sehebat di Dataran Merdeka  ( tak tengok pun!).

Akhir kata, selamat menyambut Tahun 2011. Semoga tahun baru membawa lebih kebahagiaan!
Oh ye
1.1.11 juga tarikh ulang tahun Aisah Abu, sepupu saya di KL (bukan emak A'an!).HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
.