Kuih Ku

maaf, kabur
Kuih Ku, kuih tradisi orang Melayu. Asalnya mungkin daripada Baba Nyonya dengan panggilan Ang Ku Kuih. Diperbuat daripada tepung pulut dan berinti kacang hijau (kalau ada lebihan bubur kacang hijau yang dipekatkan, boleh jadikan inti, he,he...)Jangan tanya saya cara membuat. Sorry, saya tak pandai , makan sukalah. Kuih Ku ada berbagai bentuk dan corak , seperti di atas, bentuk bulat, corak bunga ros. Jadi kita namakan dia Kuih Ku Bunga Ros. Coraknya dihasilkan dengan mengepit dengan sejenis alat pengepit. Kepit sikit permukaannya dan bentukkan bunga ros. Ada yang bentuk bujur panjang. Corak permukaannya pula kerinting (tak sekata).Dengan menggunakan beberapa mayang bunga pinang, balut keliling bentuk tadi dan tekan sikit. Tak ada pula imejnya nak saya jelaskan. Kalau kita pergi ke blog Mat Gebu ada ditunjukkan cara membuat Ang Ku Kuih. Bezanya antara adunannya ialah campuran tepung pulut dengan keledek. Ini imejnya. Ada acuan khas untuk dapatkan bentuk.

Satu masa dulu, agak-agak tahun 60'an, bila ke KL (jika ada kenduri)  saudara mara mesti pesan bawa Kuih Ku dari Melaka. Kata mereka, orang Melaka pandai buat kuih (tak semua!). Masa dulu kan barang-barang buat kuih murah..terasalah manisnya, lemaknya......mewah...jadi kuih-kuih pun sedap rasanya.

PS. Untuk makluman, Kuih Ku Bunga Ros ada buah tangan salah seorang ex classmate my niece. Mereka (adalah dua buah kereta) ada gathering kecil petang tadi di rumah niece. Ex classmate dia tu orang Melaka, so bawa salah satu kuih kesukaan orang Melaka...Kuih Ku :=)

Sebenarnya, bila?

Saya tertunggu-tunggu malam ini!

Semua umat di rumah BC tertunggu-tunggu malam ini?

Ada apa malam ini?

Oh , kami nak ke MITC,

Ada apa di sana?

Showcase SDSI - Satu Daerah Satu Industri 2010 "Dari Malaysia ke persada Dunia'
Memang acara tahunan di Melaka. Oh, yang menjadi tarikan kami (yang selalu makan di luar) ialah nak merasa makanan negeri-negeri yang mengambil bahagian. Nak rasa Puding Raja Pekan, Pahang, Laksam, Laksa Kedah, Roti Bom Perlis, Rendang Tok Perak, Sate Kajang, Nasi kerabu, Nasi Dagang..oh yummy.yummy...yang lain-lain...seperti kraftangan, kuih muih...'look-look only'.Mungkin kerepek boleh agaknya (hantu kerepek ada di rumah ini!)

Banner yang sudah dipasang pada tiang-tiang lampu sekitar bandar Melaka tercatat SDSI 2010 ialah dari 3 Dis - 5 Dis 2010.

Seperti biasa, saya mesti buat survey dulu kat website SDSI, nak tengok 'overall picture'..apa yang ada.

Eh, kenapa pula tarikh yang terdapat pada website lain daripada di banner?

Tercatat pada website,10 - 12 Disember 2010....biar betul urusetia...mana satu yang betul ni???

Tak salahkan kalau pergi juga....

Sonata, Tasek...kalau ternampak, terserempak  akak...dan perasan 'eh, tu macam kenal aje' tegur okey, jangan tak tegur!

Tapi bila tarikhnya???

Terang

Mereka pacak tiang lampu jalan yang tinggi di tepi jalan hampir  pintu pagar rumah BC. Gembiranya rasa hati...teranglah pintu gate rumah malam ini. Petang tu ..hampa...kulihat tak ada pun dipasang lampu pada tiang yang tinggi itu. Kecewanya..hmmp..gelaplah nampaknya. Tengok rumah-rumah di sebelah, mengapa ada lampu jalan menerangi kawasan rumah? Jadi terdirilah (yang aku gelarkan 'Tiang menara taming sari" )betubetul di tepi pagar utama. kan elok jikah ada lampu???
Kakak mohon dipasang lampu. Kakak  isi borang dan dapatkan tanda tangan JKK.
Apa jawab mereka?

"maaf, kak, kita tak pasang lampu kampung lagi.Dulu ada tetapi sekarang tak lagi.'

Tak pe, tak pe...maka terdirilah dengan megahnya tiang menara. Mohon doa selamatkanlah daripada kemalangan..janganlah tumbang tiang seri ini!.

Itu kisah sebulan yang lalu,

Seminggu yang lepas aku lihat 'truck' T*N  di tepi jalan depan rumah. Apa hal pulak?

Aku hampiri adik-adik pekerja. .Rupanya mereka nak pasang lampu jalan pada 'tiang menara taming sari'

Oh jiwa kanak-kanak dalam diri ini punya lah suka, gembira. Syukur. Teranglah nanti pintu pagar utama rumah BC. Kakak belum tengok lagi. Tentu kakak gembira juga.

Agaknya beginilah perasaan mereka yang baru dapat bekalan letrik...

Hilang gelap, timbul terang

Biarkan dia berkembang

Dia dibiarkan tanpa perhatian bersama dengan yang lain. 
Tempatnya: atas perigi. Tanpa disedari,
aku dengan sabar menanti..
..........
biarkan bunganya berkembang..

Ku gembira
 Double  gembira  !