Nasyid popular minggu ini

Salam.
Pernah dengar kan nasyid ini?
Nyanyian kumpulan Saujana.
Hai, sejak Shahir (bekas ahli Saujana) jadi champ AF8
makin kemundang nasyid ini di rumah PT.
Lirik korus macam ini
"Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya, serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang, apa gunanya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya..."
Bermuncung-muncung mulutnya menyanyi
Siap rekod nasyid ke dalam handphone
dan
sampai waktu solat
(khasnya Maghrib dan Isyak)
dia akan ajak saya solat.
"Nek lang siap wuduk, pakai telekong, panggil Iddin"
Dia nak azan dulu
(dan Nak Lang jawab barisan azan yang dilaungkan)
Dia nak jadi Imam.
Turut sajelah(saya kena ulang balik solat)
Sambil tu saya betulkan cara solat dan bacaan
(boleh pulak makmum behenti solat dan tunjukajar pak Imam!)
Ingat lain kali, solat jangan rush,
Ingat ayat-ayat yang nak dibaca
Ingat tertib solat.
Dapat lakukan yang basic, setakat ini,
sudah bagus..
nanti buat nilai tambah supaya solat Iddin cemerlang!
Lepas solat, berdoa,
tetapi
(yang dibaca doa selepas azan.)
Nanti Iddin ambil buku doa, Nek Lang,
Ada banyak doa boleh pilih.
Tak apa baca dalam BM pun tak apa,
Allah faham permintaan kita.
Jangan lupa doa untuk mummy dan daddy.
Bagus, Iddin, terus kan solat,
Jangan malas...
sebab
"walaupun hidup seribu tahun,
kalau tak sembahyang, apa gunanya"
Dia setuju nak bersekolah menengah Agama
Mudah-mudahan akan ada
Imam Muda
InsyaAllah
(maaf, Imam Kecil, lah Nek lang)

Cuti sekolah

Salam,
Cuti sekolah pertengahan tahun tak lama lagi.
Teringat saya waktu zaman sekolah rendah, bila cuti sekolah aje, mesti pergi ke KL...ke 99 Jalan Hale, Kpg Baru (sekarang Jalan Abdullah). Nak main dengan kawan-kawan dan saudara mara di Kpg baru. Hari akhir sekolah, hari Jumaat. Petang, jam 3.00 petang, dah berada di Perhentian Bas. Naik bas ekspres ke KL. Bila naik bas aje, tutup hidung, sebab bau minyak petrol memabukkan. Dan sepanjang jalan tutup hidung. Makan asam boi untuh tahan mabuk. Gayung kecil siap sedia, in case..... Maklumlah zaman itu mana ada bas air con. Dari Melaka ke KL ikut jalan lama....singgah rihat di bandar Seremban....oh sempat beli kacang putih atau sejenis kuih macam bentuk batu. Tak ada jajan seperti sekarang ..... Kemudian perjalanan diteruskan melalui Mantin, Semenyih, Kajang. Berliku-liku jalannya. Saya masih ingat selekoh di Mantin..naik bukit dan turun bukit, macam selekoh di Cameron Highlands. Mulalah perut memulas, nak keluarkan isi perut!!!Kadang-kadang tak tahan juga.!!!
Agak-agak 4 jam perjalanan, sampai di Stesyen Bas Pudu (belum ada Puduraya). Pakcik (adik bongsu arwah mak) dah tunggu. Kami naik teksi ke Kg Baru. Punyalah seronok bercuti di KL...main-main sepuas hati, pergi shopping kat Globe, makan nasi beriani Kassim, beli baju skirt kembang di May May, pergi pasar Chow Kit, makan nasi lemak mak cik seberang (oh lauknya sambal sotong sedaaapnya), makan mee Jawa (sedap juga) pergi Sunday Market di Jalan Raja Alang. Beli apa? Beli pucuk paku, keropok ubi sebesar pinggan makan, jagung rebus, rojak petis, sate. Ada masanya, bila musim hujan, maka banjirlah kawasan rumah Kampung Baru. Apa lagi main air lah kami. Macam itik dapat air.
Sampai masa balik Melaka semula, penggal baru sekolah nak bermula. Boleh menangis dibuatnya. Tak nak balik sebab seronok bercuti di Kampun Baru. Tapi kena juga balik. Kena paksa dengan janji akan ke KL semula cuti sekolah akan datang. Saya terseyum bila teringat zaman kanak-kanak dulu dan bila lihat kembali gambar-gambar bersama-sama rakan-rakan di Kpg Baru semasa cuti sekolah.

Kepenatan

Salam,
Dah lama rasanya tak update blog.
Kalau you all baca blog my sis, Puterihanglipoh, tentu tau sebab mengapa kepenatan.Kami dalam projek renovasi rumah 'bonda' yang telah lama di serang anai-anai. Jadi bila tiba waktu ini terpaksalah berkemas. Simpan mana yang patut dan buang mana yang patut juga. Kata sahabat kalau dah dua bulan tak nampak , maknanya tak hendak, buang aje.
Banyaknya koleksi zaman berzaman yang perlu dibuang seperti buku zaman student days di UM...sayang..tapi dimakan bubuk. Yang mana masih elok, diderma kepada Library. Berkotak-kotak juga pinggan mangkuk peninggalan arwah mak, berbagai corak, berbagai design lama, sudah boleh dianggap antik...sayang..simpan aje buat kenangan warisan akan datang. Alamari antik pun ada. Tak boleh buang, kena buat 'facelift'. Pakaian lama budak-budak rumah ini pun banyaknya. Ada yang masih elok. Derma sahaja pada jiran-jiran yang memerlukan. Sebenarnya kami segan nak beri barang-barang lama seperti baju, kepada jiran-jiran, takut fesyen dah out of date. Tapi mereka minta pula. Botol-botol plastik bekas kuih raya, pun banyak. Hi mengapa dikumpul dulu? Berikat-ikat plastik bag 'sampah' dan bertimbun barang lama, buangan. Sekarang rumah BC dah dikosongkan.. Apa yang nak diguna kemudian di transit ke "stor" atau 'rumah transit". Penat, kepenatan kemas dan pindah rumah.
Kaki pun mula sakit. Urat saraf kaki kiri, tegang. Tak boleh lipat. Bila berdiri, punyanya sakit. Solat pun buat secara duduk, sebulan lamanya. Atas nasihat, cubalah ambil supplemen TF4Life, ada lah perubahan, dengan izin Allah jua. Tapi tak boleh paksa-paksa kaki ni. Tapi macam mana tak paksa, kena jalan sana sini. Jadi, slowly but surely, kesakitan berkurangan. Ini pun tambah dengan tampal Ken*an*er plaster pada tempat yang masih sakit. Solat pun dah macam biasa.
Okeylah, sampai sini dulu, ada budak, cucu nek lang, ajak main badminton. Kaki Nek Lang sakitlah, main slow-slow boleh?.
Apa-apa pun, tak lama lagi rumah bonda di BC akan berubah wajah!!!!
Semoga segalanya berjalan dengan mudah....ameen

Kawan lama

Salam
Dah lama saya mencari seorang kawan lama.


1982
mula berkenalan
di Maktab Perguruan Islam,
ketika itu di Section 16, PJ.
Saya di Jabatan Pendidikan,
beliau di Jabatan Sains Sosial.
Hinggalah pada hujung 1985
kami berpisah.
Saya menyambung pelajaran ke USA,
beliau terus di MPI hingga 1989.
Putus hubungan..


Disember 1991.
Saya ke Ann Arbor, Michigan, US
kursus 3 minggu tajaan IAB.
Ha, dapat tahu ada seorang yang saya kenal
Atase Pendidikan,
Jabatan Penuntut Wilayah Tengah, Chicago, USA

Chicago, here I come,
Aduhai, punyalah suka dapat jumpa kawan lama saya ini.
Rupanya beliau sudah berada di Chicago sejak 1989
Banyaklah cerita saya, banyaklah cerita pengalaman dia
Ronda-rondalah kami di Chicago,
shopping, makan...

1992.
Beliau kembali ke Malaysia.
Saya tak tahu di mana beliau berkhidmat.
Puas juga saya mencari.
Ada juga terbaca nama beliau di akhbar
Macam kenal aje.
GPK lah, Pengetua lah di Selangor.
Baru-baru ini terbaca lagi nama beliau,
Betul ke? Teliti gambar betul-betul.
Takut pelanduk dua serupa...
Lady boss di Kementerian..
Untuk puaskan hati saya googled .
Memang pasti, dia kawan lama saya!!!
Wah, sejarah perkhidmatannya hebat sekali
Antaranya
Nazir sekolah, Timbalan Pengarah,Pengarah Pelajaran Negeri
dan the latest
Pengarah BPSBPSK
salah seorang orang kuat Kementerian Pelajaran.
Tahniah Ashah,
You're a determined person,
Cekal dan bersemangat


1983
Saya bersama Ashah Samah
semasa di Maktab Perguruan Islam, Lembah Pantai, KL


Kini,

Kawan lama saya, oh respectlah,
Pengarah BPSBPSK