tersergam walaupun usianya dah 2 abad, ada kolam kiri dan kanan tangga
tujuan, cuci kaki dulu sebelum naik ke rumah. Kini kolam tak ada air.
gambar saya ambil dari KOSMO keluaran isnin 10.1.11
tangga batu dengan kemasan jubin bermotif bunga-bunga segar
menyambut kedatangan tetamu. Cantik tak?
jubin masih kekal warnanya, import tau!
kerusi panjang terlekap di sekeliling anjung, sesiapa tak boleh bersila, duduklah di kerusi panjang ini
di tengah rumah ada pelamin, tapi bukan untuk pengantin, kerusi utama penghulu bila ada mesyuarat
ada tiang seri, cantik ukirannya
ada tangga ke loteng..tapi siapa tu ah? Demang kah? Penghulu kah? Sidang kah? Pengawal kah?
Tak satu pun di atas tapi pelancong dari Kuantan
Ini 'Tun Teja'....tertarik dengan tingkap unik ini
banyak lagi sudut-sudut yang menarik di Rumah Melaka, Merlimau
Tapi sayang, wajah baru dan ceria, kalau tak dijaga...alahai...kesiannya. Harap pihak-pihak berkenaan teruslah beri perhatian kepada penyenggaraan satu-satu warisan terindah ini. Perlu diletakkan penerangan tentang keunikan bahagian-bahagian tertentu rumah itu serta sejarahnya. Indah lagi kawasan persekitaran rumah kalau dijaga dengan baik. Jagalah rumah bersejarah ini dengan penuh kasih akan warisan. Jangan sampai ada yang ambil kesempatan, tinggal percuma (saya ingatkan dia penjaga rumah, tapi bukan!) di tempat yang menjadi tarikan pelancong ini.. Itu pandangan sayalah, orang Melaka katakan. Oh ye, nak tau sejarah Rumah Melaka ini sila lah ke rumah Pengalaman seorang pendidik








