Salam semua.
Berzaman saya tidak ke Port Dickson (PD). MsHart dan MrKindHeart telah mengatur satu outing sempena meraikan bessday Angah dan MsHart (kebetulan cuti CYN). Dan tempat retreat ialah PD. MrKindHeart and family dah pernah kunjung tempat ini dan telah plan untuk membawa kami (angah and myself) merasa kenikmatan tinggal di tempat yang eksklusif (bagi kami lah).
Sudah tentu kami membawa supply makanan, belanja secara jimat cermat. Oleh kerana cuti hujung minggu yang panjang, perjalanan ke PD tidak begitu lancar. Trafik panjaaangnya. Banyak 'Sad....ba....ra....(dalam jawi tau)...sabar...sabarin wak...Pantai PD seperti Teluk Kemang penuh dengan manusia. Saya lihat banyak juga resort baru yang didirikan. Ada juga yang terbengkalai. Ada resort lama terbiar, tidak beroperasi lagi.
Kesabaran kami menerja trafik berbalas apabila sampai di tempat ini, hanya untuk 1 hari 1 malam. (Belum mampu nak duduk lebih lama lagi)..
Oh, ke perkampungan rumah atas air.
Masa kami sampai, air surut.
Waktu imej dirakam air mulai pasang..Rumah-rumah dua tingkat,
aman dan indah. Tentu waktu malam boleh kedengaran deseran ombak!!
Bilik kami ditingkat bawah
Tak sabar nak lompat atas katil yang empok, tidur di bawah selimut gebu
dihiasi 'marbled lampshade '
Tak sabar nak duduk-duduk, makan-makan tepi kolam renang,
nak mandi di bawah shower
( selepas berenang lah)
Tak sabar nak mandi berenang (atau rendam) dalam kolam,
setiap bilik ada kolam renangnya sendiri.
No problem kan?
Setinggi-tinggi terima kasih, MrKindheart n Mshart,
rasa macam tak puaslah duduk kejap aje,
(tapi bila mendengar sewaan satu malam, kecut perut)
nak mimpilah menjadi 'top ten orang terkaya di Malaysia'
Bagi kami, tempat ini memang eksklusif...
-tunggu seterusnya.