BAS

Salam
Teringat saya sembang seorang classmate (kini pesara, thanks for your thoughts), bila kita dah bersara, kita 'Buat Apa Suka, Buat Apa Sempat, Buat Apa Saja, Buat Apa-Apa Sendiri'. Pendeknya, kerja "BAS" Bijak, bijak. Memang betul apa yang dikatakan. Kerja BAS ni relaxing, tak ada tekanan dari sesiapa. Lepas tu, katanya lagi, bila malam, renung balik apa yang di'BAS"kan hari itu. Berfaedah? Buang masa? Berbaloi-baloi? Ada ringgit masuk? Productive? Tapi bila dikenangkan stress atau tekanan yang dilalui semasa berkhidmat selama kurang lebih 30 tahun , patutlah kita kerja BAS. Jangan stress sangat sekarang (sikit tak apa, kot)) Buat apa kita suka, apa saja, sempat, sendiri atau berkumpulan. Relaks. Berkebun (kalau ada kebun), melancong (kalau ada duit lebih), jaga cucu (buat kebajikan), menjadi ahli NGO (kalau dilantik pengerusi, stress juga oh), jadi penulis blog ( macam kite..ha, ha, ha......atau jadi silent reader) buatlah apa yang tak dapat kita buat atau tak sempat buat semasa berkhidmat dulu tetapi biar berfaedah.

Anyway, pagi tadi sempat saya briskwalk, mendaki Bukit Sekilau di hadapan rumah. Penat juga sebab dah lama tak mendaki bukit. Nampak beberapa pendaki memanjat bahagian bukit yang tinggi. Saya cukup di bahagian rendah. Berpeluh juga. Sambil tu terkenang esok sudah 2010. Apa-apa boleh berlaku. Tapi jangan stress, fikir yang positif, yang terbaik. Harapan semoga hari-hari di tahun hadapan lebih baik daripada tahun yang berlalu.

Selamat menyambut tahun masehi 2010. Semoga anda sihat, bahagia , sejahtera.

Bagi yang bergelar 'cikgu' yang masih berkhidmat, diucapkan selamat bertugas semula, ingat ' amanah yang diberi, kami tak persiakan, apa yang kami janji, tunai tetap kami tunaikan".....

Tambahan:
Sebentar tadi sms seorang rakan "Naik bukit tadi. Tak nampak kereta kat porch. Gi mana?"
Balasan : Saya di sekolah. Registration Tahun 1.
Saya balas: Saya kat 'Ani' . Duk relaks.
Balasan: Hee sedapnya bersara!!!
Saya balas: BAS, buat apa suka
Balasan: Yeeaaah

Kruk krek

Salam semua,

Sarapan di Khatijah. For me : Nasi Dagang, Air Suam. For him: Nasi Minyak Opor, Teh Tarik Kurang Manis.

Datang pula seorang pesara guru (lelaki). Smart aje. Baru balik jogging, sarapannya nasi minyak opor dan teh tarik. (hai!) Maka berbuallah kami sebentar, kisah-kisah pesara. Tiba nak bayar, berebutlah dua orang pesara, menggelikan hati adik, bos Khatijah.

Balik, singgah beli surat khabar di kawasan macam BBWalk. Ini Kuantan Walk. Sunyi lagi. Lengang. Kedai-kedai baru nak buka. JY nak ke kedai buku. Sempatlah saya meronda. Ada sebuah kiosk yang menarik perhatian saya, Kiosk A*ro. Terpanggil nak intai apa yang ada. Bukannya intai namanya tapi mengendung peket kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek bawang. Memang ini yang dicari. Nak kunyah-kunyah waktu santai. Nampak pula rempah kari ayam dan daging. Ambil se. Ada kaya madu. Angkut se juga. Tapi mana bakulnya dik? Tak de. Patut sediakan. Senang nak letak barang-barang. Tak lah kendung-kendung gini! Jawabnya 'nanti beritahu bos' Eh, dah lama buka kedai (since Julai 2009) tak terfikir ke?

Anyway, suka juga ada kiosk one-stop center ni. Hasil usahawan boleh dapat setiap hari, tak payah tunggu ekspo. Hasil tempatan memang ada di pasaraya tapi susah nak cari sebab di letak di celah-celah jenama popular lain atau di pamerkan di tempat yang tak strategik. Nampak banyak lagi yang menarik di kiosk A*ro. . Tapi tunggu dululah. Tahulah saya mana nak tuju sekarang untuk dapatkan hasil usahawan tempatan bila berada di Kuantan.

Sampai di rumah, baca paper, sambil mengunyah kerepek pisang. Kruk, krek, kruk, krek...... Belum lagi depan TV.

Pagi ini

Salam,

Sejuuuk pagi ini di BS. Kabus di luar sana. Suasana masih sunyi.Hidung dah siut siut.

Cadang nak brisk walk naik bukit (dah lama tak exercise) tapi bila buka pintu.....sejuknya. Cancel. Tapi nampak juga beberapa 'pendaki tegar' dah turun bukit pun. Eh, pukul mereka dia orang bangun dan naik bukit tu?
Nampaknya, hadap PC jadinya. Nak ke rumah orang kat Klang, Putrajaya, BBB, oversea pun pergi juga. Apa cerita baru ke?? Broadband Cik C**c*m pun dah laju. Sukanya dia. Tak macam dulu, merangkak menguji kesabaran.
Terdengar ketukan lesung batu aka batu tumbuk jiran sebelah.....tuk, tuk, tuk.....apa yang ditumbuk ek? Ikan bilis? Bawang? Cili? Nak buat nasi goreng ke? Sibuklah jiran busy body ni!!!
Tapi, mengapa sampai sekarang dia tak mahu nak alas lesung batu dengan kain tebal sikit supaya tak kedengaran atau pun kurang sikit ketukan lesung dia tu? Sorinye, jiran ku kalau terbaca keluhan. Tapi ini cadangan okey.
Kedengaran juga bunyi burung merpati di belakang rumah. Terdengar bunyi gerakan sayapnya bila terbang. Hailah cik-cik merpati, suka sangat singgah rumah saya ye? Tempat kamu bertenggek dah diubah suai (supaya kamu tak dapat' berdiri' selesa), pun kamu datang juga. Mujur tempat kamu buat tempat bermalam dah dikepung. Kalau tidak, bertambah ramailah di 'homestay' ini.
Terdengar juga bunyi 'shim....ha...shim....' bukan panggilan nama 'hashim' tapi bunyi orang bersin. Kan sejuuuk di luar.
Terdengar juga bunyi enjin kereta, bunyi motor....jiran buka pintu utama, buka gate......oh dah hampir 8.00 pagi rupanya..yang bekerja pejabat dah start enjin, panaskan enjin kereta. Kereta dah mula lalu lalang di jalan utama. Suasana dah mula sibuk tapi tak sesibuk di BC.
Kabus ada lagi, dah cerah sikit, tapi saya masih sejuk lagi.

Okeylah, air dah mendidih tu, nak buat minuman panas, nak siapkan sarapan.

Jumpa lagi :-)

Berapa lama

Semalam di BC.

Me: Nek Lang balik kejap je..
Amal : Kata aje kejap tapi lama. Balik one month only. Okey
Tok Lang : 2 months
Amal : One month!!!

Hai, berlaku tawar menawar antara Tok Lang dan Amal. Kesnya: Nek Lang nak balik Kuantan nak tengok 'Istana Hinggap' di BS. Sepatutnya time cuti sekolahlah paling sesuai balik Kuantan sebab budak-budak cuti dan my sis pun cuti from her 'active' life. Mummy and Daddy pun ada hari-harinya, cuti, habiskan cuti tahun. Budak-budak tu adalah guardian kat rumah tengok-tengokkan mereka. Tapi oleh kerana setiap weekend bulan Disember ini ada je kenduri 'itu ini', 'sana sini' saya terpaksa tangguh hingga nak buka sekolah,( 1 minggu lagi) baru boleh 'cuti' lari sekejap ke BS, Kuantan.

Pagi tadi sebelum bertolak.

Iddin: Nek Lang, berapa hari lagi nak end of the year?
Me: 3 hari lagi.
Iddin: So Nek Lang ada 2 minggu aje balik Kuantan. Nek Lang balik 2 minggu aje, tau.
Me: You like me stay here or Kuantan?
Iddin: (tunjuk jari 'sini' i.e. Melaka)
Me:( sigh), yelah semuanya nek lang layan.

So, to the children at home, be good, pandai-pandai jaga diri. Luv you!!!