Kecoh

Salam semua,



Pagi Khamis yang lalu memang buat saya bingung dan kecoh. Saya nak sediakan wang untuk bayaran tong gas. Tengok kat kaunter dalam bilik saya , eh, mana pergi purse (dompet, kata orang melaka) saya bawa ke pasar tadi? Buka laci, tak ada. gelidahsusunan buku, pun tak ada. Eh? Mana saya letak? Sudah mula risau tapi buat dek aje. Pergi ke kereta. Puas tengok sana sini, tak ada. Tambah risau lagi. Dalam purse tu adalah some dollar, dan yang penting IC dan driving license!!!! Duit hilang I don't mind but kehilangan kad pengenalan dan lesen memandu buat saya gelisah. Punyanya nanti buat laporan, ambil gambar, pergi ke pejabat. Isi borang, ke JPJ lagi, oh tidak, kena denda lagi...........ya Allah mana dia purse saya? Tanya budak-budak kat rumah?Nampak purse nek Lang? Tak nampak pun. Lalu saya buat offer "siapa jumpa purse nek Lang, dapat RM50.00". Cik Imani kita mula lah gelidah kereta. Hampa. My sis pun tolong cari. Mshart pun bantu. Mungkin tercicir kat parkir(parking) di pasar. Jom cuba cari. Mungkin dah hilang lah tu. Tapi pergi juga. On the way, saya beritahu my sis, last sekali saya guna purse tu waktu berhenti di kedai simpang (AH heng) untuk beli paper,surat khaba. Jadi tak tercicirlah tu. Mesti dalam kereta. Tak jadi ke pasar. Patah balik ke rumah. Gelidah lagi kereta. Tak ada. Pergi ke pasar semula.(Dah tahu 100% tak ada but just in case). Tanya penjaga parkir. Tak ada. Saya keliru dan bungung, mungkin ,my subconscious kata saya buka purse untuk keluarkan duit. (Pagi tu saya baru ambil ubat batuk. Bingung + keliru).Kakak kata buat solat hajat. Balik rumah, terus saya ikut nasihat kakak. Minta Allah tunjukkan saya barang yang hilang, mana letaknya purse saya. Sudah itu saya ke kaunter semula. Mata saya tertumpu kepada satu benda.Dan ...jeng,jeng, jeng........tu dia purse saya. Iddin gunakan sebagai alas untuk charger game boy dia!!!!! All this while dia ada kat situ. Iddin senyum aje. Mana dia nak tahu. Terus saya buat sujud syukur
Allah telah mendengar permintaan saya. Syukur Alhamdulillah. Sukanya hati!
Memang kecoh pagi tu. Malam tu saya belanja the BC gang and the kids' choice ...of course...P***aH*t

Raya datang lagi


Biskut cornflakes

Kek Permaisuri



Cupcakes

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 2 all!
Tahulah siapa buat biskut dan kek di atas kan?
So, how was your hari raya kurban tahun ini? Kami di BC sambut sederhana sahaja. Biasalah mesti ada preparation like masak-masak. Hidangan special di BC pada hari yang mulia ini ialah set nasi tomato (with dalca, ayam masak merah) dimasak oleh siapa lagi kalau bukan Mshart. Then ada set soto Muar (with pergedel, bawang goreng) yours truly masak. Dan sudah tentu ada kek seperti imej di atas. My sis buatlah. My SIL datang bawa pula set lontong (dengan kuah kacang). Yang makannya kita sama kita aje. Pagi, solat sunat raya di Mesjid Selat.Sepanjang hari tak buat apa-apa pun, nak melayan TV, dah di control oleh Ch Ceria. Nak melayan blog pun, malas. Hujan lebat pula tu sebelah petang. Asyik buka tudung saji ajelah, jamah sikit-sikit apa yang ada. Tunggu malam. Nak tunggu episod akhir NK (wow popularlah kisah NK ini).Banyak kisah dan pengajaran, banyak 'touching incident' 'family drama 'ini Pelakun-pelakun pula menjiwai peranan masing-masing. Last night adalah episode terakhir NK. Tapi rerun NK 'atas permintaan ramai', 'tanpa iklan', is a must see program. Tak boleh miss. Itulah hari raya haji kami tahun ini. Sudah ni pula, setiap hujung minggu ada jemputan atau panggilan majlis kahwin.....dan dalam diam.....2009 akan berakhir!!! Cepatnya masa berlalu, kan?
Jumpa lagi!

Talam keladi roti

Salam 2 all,

Kan dah kata. Dia rajin nak try resepi yang baru belajar. Petang tadi dia buat Talam Keladi Roti. Tengoklah gambar di atas. Penuh taburan aksessori. So 'tempting' kan? Silap-silap macam mee hoon goreng kan? Kali ini dia nak share resepi talam ini lebih-lebih untuk orang di Klang tu, Ezzah.
Cara-caranya:
1. Roti 5 keping direndam dalam 300ml air. Rendam hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum Red Rose 200gm ke dalam (1), masukkan air 350ml, garam 1/2 cteh, gula 1/2 cteh. Kacau hingga sebati.
3. Keladi 300gm diparut, lalu digoreng dengan sedikit minyak. Goreng sampai wangi dan ditoskan.
4. Bawang merah 100gm, hiris, dan digoreng (untuk taburan nanti)
5. Udang kering 60gm digoreng,(tinggalkan separuh untuk hiasan taburan), masukkan keladi yang siap digoreng, garam 1/4cteh, serbuk five spice 1 cteh, serbuk lada sulah 2 1/2 ctah, air 150ml, serbuk perasa (jika suka) 1/4 cteh. Masak hingga jadi kering.
6. Masukkan (5) ke dalam (2). Kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam 8x8 loyang empat segi ( disapu minyak dulu). Kukus selama 40-50 mins.
7. Untuk hiasan, taburkan kacang tanah (goreng dan telah ditumbuk halus), udang kering (yang telah digoreng tadi),hirisan lada merah, hirisan daun bawang.
Tapi ingat ye, talam keladi tidak boleh dipotong bila baru siap masak, atau bila dia masih panas. Biar cool dulu.
Talam ini sedap dimakan dengan soso cili.

Okey Ezzah, jangan tak cuba pula talam keladi ni.


Saya makan sepotong aje. Sebab, dah seminggu saya batuk. Baru nak sembuh. Khuatir nanti balik semula batuk saya kalau makan banyak. Sempat juga sanak saudara berdekatan merasa talam ini, "buatan sendiri", air tangan dia, my kakak.

My sis, the seasonal baker

Salam 2 all.
First view these images....

..her collection of must try recipe...


...now, ready for this week's try out

......' please note this is an old-fashioned mixer I bought when I studied in Australia many, many years ago'...

ready to go...... can you see the grains?
...hot from the oven...banana multi grain loaf or roti pisang berkhasiat
That's her present passion. Baking!!!!For that she has been attending Baking Class for the past Sundays this month. Oh yes!! Now she knows how to make St Mary Apple Pie, Cup Cake Pisang Elizabeth, Filo Fruit Tart,Roti Ubi Kentang...just to mention a few. Her 'teacher', Mendy said, "Can make money after joining my class." Since then, every day she has been trying out the recipe learned. And do we smell aroma of fresh baked bread in the house. But those banana multi grain loaves are not for sale but as gift for close friends, charity, kebajikan.' Baking as a hobby, business out of the question. But I hope her passion in baking is not a seasonal one like blogging (her last entry was a month ago), sewing (her baju kurung only for hari raya), craft like sewing tote bags, hanging towels (once she was really into it but, now, on hold). And SHE is no other than my kakak, the knows all...and of course she masters all!!!!! Sorry, I don't have that talent.For Raya Haji, Iddin requested Sandwich Cake, a fav in the house (my mum's secret recipe)
Me: Ngah, what are the ingredients for Banana Multi-grain Loaf (Roti Pisang berkhasiat)?
Ngah: Pisang berangan
Brown Sugar
High protein flour
Multi grain
Omega Plus egg
Fresh milk
Corn Oil
Thanks Nek Ngah, the seasonal baker (hope not!!!)