Salam 2 all,
Pagi ini saya buat lempeng kelapa lagi!!!!!Kali ini nak jamu kawan-kawan 'murid-murid' kelas Bahasa Al Quran my kakak . Awal- awal dah buat sambal tumis ikan bilis. Siap, buat pula lempeng. Kali ini bancuhan lempeng saya ubah: tepung gandum, tambah sedikit garam, telur, santan kelapa, sedikit air, sedikit baking powder, sikit gula. Gaul rata dan jangan cair sangat. Akhirnya, masukkan kelapa parut (kelapa muda) . Saya taruk banyak kelapa parut tu supaya lemak dan wangi lempeng nanti. Sapu sedikit minyak dengan 'berus' daun pandan pada kuali leper. Ambil senduk, besar atau kecil. Kalau besar, besarlah ukuran lempeng. Kalau kecil, comellah muka lempeng. Jangan nipis sangat lempeng tu. Nanti tak rasa pula. Bakar dan balik-balikan lempeng. Makan panas-panas. Sedap siut you...Habis, gua cakap lu......
Mas

Salam 2 all,
Lagi satu tanaman herba di laman (yang jadi pokok hiasan) ialah Emas Cotek. Emas Cotek ini ada 2 jenis, yang jantan dan yang betina (kata adik penjual di pasar). Yang dalam gambar di atas emas cotek betina. Ia juga salah satu ubat tradisional yang khasiatnya berbagai. Antaranya,
mengeluarkan toksin dalam badan
melancarkan perjalanan darah
sakit urat saraf/sakit sendi-sendi
mengurangkan kandungan gula dalam darah
membuang kolestrol dan lemak
pemulih tenaga batin
mengecutkan saluran peranakan /merapatkan pintu rahim
mencantikkan dan melicinkan kulit
merawat paru-paru berair
pemulih tenaga batin
penawar sakit pinggang
merawat migrain
Cara pengambilan, cuci daun, keringkan (jemur), rendam dalam air panas....minum airnya untuk satu jangka masa. Eh, kalau di lihat khasiatnya, herba ini boleh jadi penawar semua penyakit nampaknya? Saya tak pernah cuba, hanya ditanam sebagai hiasan. Apa-apa pun sebarang ubat yang kita ambil mestilah sederhana, berpada-pada, kalau ter'over' pula ada 'side effect' nya, macam kita ambil 'panadol' atau ubat-ubat pain killer yang lain. Yang penting 'drink plenty of water'
Herba di laman


Salam to all,
Antara pokok-pokok yang ada di laman rumah (yang tidak seberapanya)saya di BC ialah pokok hiasan di atas. Nampak tak beberapa buah nenas mini di antara daun-daun berduri? Pada mulanya saya nak buang saje pokok ini tapi dihalang oleh daun-daun yang berduri tajam. Saya biarkanlah dia tumbuh dengan bebas. Satu hari saya dapat tahu pokok ini (buahnya ) ada khasiatnya. Rupanya ini ialah salah satu specie pokok nenas batu. Gunanya ialah untuk merawat batu karang di pundi-pundi kencing. Buahnya dicuci terlebih dahulu sebelum direbus. Airnya diminum dalam satu jangka masa sehingga batu karang pecah (InsyaAllah). Pecahan kristal batu karang akan 'keluar' melalui usus saluran kencing. Ada sesiapa yang dah cuba? Nampaknya saya kena belai dan jaga dengan baik pokok nenas batu ini.
Ada lagi tumbuhan herba di laman. Lain kali ye.....
Ketupat n kuih
Bila dibuka daun pisang, inilah rupanya abuk-abuk sagu
Salam semua.Teringat nak makan ketupat untuk sarapan pagi ini. Bukan ketupat Ad**i atau No*a, bukan nasi himpit. Tetapi ketupat nasi yang direbus dalam kelongsong anyaman daun kelapa. (Nota: sampai sekarang tak tak reti-reti nak menganyam kelongsong ketupat nasi!!!). Kalau saya di Kuantan, saya amat merindui ketupat nasi ini. Tak jumpa. Yang ada nasi himpit dimakan dengan kuah kacang. Tak semestinya pada hari raya sahaja ada ketupat ini tetapi hari-hari biasa pun ada dijual di warung-warung atau warung 'kereta tolak'. Tapi untuk hari raya lauknya special lah, rendang, serunding. Untuk hari biasa ketupat ini dimakan dengan sambal tumis di tabur dengan kelapa urap (serunding kelapa). Pagi tadi saya makan dua biji. Kenyang! Boleh tahan sampai makan tengahari. Lepas rindu!
Saya beli juga kuih Melayu 2 jenis. Ada orang kata kuih nyonya! Saya suka kuih talam Seri Kaya. Kadang-kadang dipanggil Seri Muka. Kuih ini bawahnya pulut dan diatasnya di serikan dengan bahan macam kaya. Adakalanya warnanya 'kaya'nya hijau ada juga kuning. Begitulah namanya, Seri Kaya, Seri Muka. Rasanya pun lemak, manis. Saya suka juga kuih abuk-abuk sagu. Selalunya abuk-abuk sagu ini di kukus dalam loyang. Tapi yang ini dalam bentuk kon. Gulanya berkumpul di bahagian atas kon. Bila dimakan saya dahulukan yang bergula. Manis. tapi bila sampai dihujung kon, terasa adunan sagu n kelapa, tawar, lemak!
Begitulah. Ketupat dan kuih untuk sarapan pagi ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


