Jom, makan-makan

Salam...
Apa plan berbuka semalam? Mr Kind Hart kata berbuka di luar, di warung masak asam dan ikan bakar di Alai. But first kita break fast dulu di rumah, makan apa yang ada, solat maghrib. Then makan time. Berbuka di rumah? Makan apa yang ada dulu? Apa yang ada tu termasuklah Bergedel Ikan Nek Lang (sempat buat siang nya), epok-epok sayur dan nasi lemak Mak Cu, roti John, kuih muih, burger for Amal, sausage stick and nugget for Iddin. Air pula pelbagai: air tembikai ada, air durian belanda ada, milo ada, kopi dan teh o. Nah kau....makan alas perut tapi kenyang. Oh tak boleh terus gi makan masak asam di Alai. Give a break. Lepas terawikh aje lah. Semua member agreed. Jadi berbuka puasa lanjutannya, di Alai. Hidangannya: masak asam pedas ikan pari (ingat Ezzah), sotong goreng kunyit, ikan (lupa nama tapi sedap) tiga rasa, udang goreng tepung, kailan goreng, ikan kembung goreng gitu-gitu ( plain tak berkunyit) nasi lemak bungkus comel,nasi putih ( untuk yang nak makan dengan masak asam), otak-otak dan air pelbagai rasa, kegemaran masing-masing. Alhamdulillah. Syukur nikmatNya. Mata dah separuh tutup, balik terus boooooom.
Sahur pula, dah ada rancangan. Ada tempat nak gi serang. Ke Kafe Dawood, sebuah side walk cafe, beroperasi 24 jam. Jadi pagi-pagi jam 4.00, semua bangun. Siap-siap ke Dawood di Hang Tuah Mall. Sekarang, menunya style mamak pula. Ada tosai kosong, tosai bawang, maggi mee goreng, mee goreng ayam, roti telur tampal (macam bunyi 'patchwork' pula). Bergedel ikan Nek Lang dan nasi lemak Mak Cu, bawa sekali. Air pun ikut selera masing-masing. Oh, okey, mamak pengambil order tu , boleh ingatlah order kita ,tak payah tulis pun. Jangan terlalu awal buat penilaian . Ada juga salah faham: konsep roti telur tampal yang di order oleh Mr Kind Hart, lain diorder lain pula fahamannya. Gambaran tak sama... Hai, mamak, nanti aku sumpah kau jadi batu, baru tahu! Pagi waktu sahur sejuk dan tenang. Tapi tiba-tiba angin jadi kencang. Mujur dah habis makan. Iddin, the innocent one, tanya "Masa ni Nabi Mohammad dilahirkan ke?" Dia dah buat satu kesimpulan kalau berlaku angin kencang, ribut etc, etc....satu peristiwa penting berlaku. Pengaruh TV lah tu, too dramatic. Well, kesimpulannya... elok kita sekali sekala makan ramai-ramai diluar, tukar suasana berbuka dan bersahur. A big Thank You Mshart and Mr Kind Hart. Panjang umur murah rezki, sihat selalu....nanti buka table lagi, boleh?

Tak sabar menunggu



Salam,


Dia dah jumpa bunga api lebihan tahun lalu. Dia nak main juga siang tadi. Kita kata main malam....bunga api main malam...baru nampak 'bunga'nya..tak, nak juga main . Budak-budak katakan, jadi layanlah, pasang lilin yang kejap-kejap padam apinya, kebetulan angin kencang. Nak tengok percikan bunga apinya?
'Azreen' ' Fatihah' 'Nazir' pinjam nama watak Wadi Udung,
(Astro Prima)
......leka bermain

Tengok Nek Lang

kan ada ?
Nek Lang, dalam longkang gelap, nampak api nya!
Sebelum ini sibuk merdeka, sekarang nak raya pula. Hari-hari tanya mummy pukul berapa sekarang.....menjelang nak berbuka.

Tipah tertipu lagi


Salam....


Petang semalam, saya bukalah bungkusan yang dibawa balik oleh Mr Kind Hart. Ada beberapa kuih bungkus yang di bungkus dengan daun hijau. Saya ingatkan betul-betul daun, rupa-rupanya kertas warna hijau. Kuih bongkok ke? ( kuih tepung pulut yang ada gua melaka tu atau dipanggil tepung bungkus?) ...ooops ......bukan...tetapi tapai. Hai tapai pulut sekarang dah 'pakai baju kertas ' bukan daun lagi ! Baju hijaunya tak basah sebab terlebih dahulu 'the innner wear' ada plastik. Yang asli sudah hilang, ialah orang berniaga. Dengar cerita tapai bungkusan kertas hijau ini dijual dalam kotak. Itu sebabnya ia dibungkus dengan kertas. Bukan tapai sahaja, tetapi ada juga saya jumpa kuih tepung pelita pun 'container'nya daripada kertas hijau. Hai...Tipah tertipu lagi....

SAM


Inilah gelagat dia satu hari balik dari sekolah.
Jeng, jeng, jeng....
'Lihatlah mataku, lihatlah tali leherku, lihatlah tanganku"
Saya Anak Malaysia, Saya Anak Malaysia
Salam Merdeka!!!!