Showing posts with label pasar. Show all posts
Showing posts with label pasar. Show all posts

DI KEDAI 'KEBUN' PASAR BESAR KUANTAN

Satu pagi,di Pasar Besar Kuantan.
Sementara En Abang mencari bahan-bahan untuk di masak hari ini, saya ke bahagian tengah pasar.
Saya ke kedai 'kebun' dalam pasar. Memang saya suka ke kedai 'kebun' kecil ini bila ke pasar. Pagi ini saya cuma nak lihat  apa ada di kedai ini ( sebab lama tak ke pasar). Sedang saya  memerhati pokok-pokok orkid, nampak pula 'benda' yang pada saya umpama 'rake' atau pencakar tanah. Bentuknya kecil. Mungkin untuk cakar tanah dalam pasu. Baru saya teringat!!!! Semasa lawatan ke Tianjin, China. ada seorang rakan membeli alat ini. Ya, penggaru belakang! Penggaru ini boleh dipanjang pendekkan, boleh simpan dalam tas tangan atau selit pada poket (macam selit pen)boleh di bawa ke mana-mana dengan mudah. Memang saya nak beli alat ini 'senang awak garu belakang, tak payah suruh orang lain.' Terkenang saya arwah kakak sulung saya suka cari satu sudut atau bucu tembuk, dan ke kiri kanan beliau menggerakkan badan untuk melegakan gatal bahagian belakang badan!

Apa lagi yang menarik perhatian saya. Ah! Boot atau kasut kebun. Memang juga dah lama saya inginkan kasut ini.Boleh saya pakai apabila menyapu daun kering pokok buluh di laman rumah BC. Walaupun agak longgar sikit,saya beli juga! Tak sempat nak tunggu minggu depan. Ada saiz kecil, satu saiz kecil aje!


Lepas tu, nampak pula deretan topi-topi  berkebun. Macam-macam corak, Saya sudah ada satu. Saya beli juga sebagai hadiah kepada seseorang yang suka juga berkebun.

Kata nak 'cuci mata' , tengok apa dah jadi? Dari kedai 'kebun' dah beli 3 item . Mujurlah tak tergoda  dengan pokok orkid (walaupun dalam hati belah bagi nak ke tak nak?)

En Abang beli apa? Ini dia......amboi banyaknya. "Goreng kunyit,goreng macam keropok.' Jenuh juga nak bersihkan!!!


Sambil lalu nak keluar pasar, terlihat juga deretan kedai-kedai menjahit. Wah! Pagi lagi dah mula business, sibuk tukang jahit menjahit. Tertanya di fikiran 'Nak tak mereka terima baju (hanya untuk dipendekkan)' musim-musim 'lebat' menyiapkan tempahan baju raya sekarang?
 
1.20 pm: Menu 'lunch' hari ini: Tumis air sayur bayam+cendawan, ikan goreng keropok, gelama jeruk goreng, sambal belacan binjai, ulam petai. Kami suka yang simple. Mudahkan  ?

huuummpp

Dari pagi tadi blog hopping: singgah rumah tu, hop rumah lain pulak, layar ke London, Bangladesh, Japan, Australia, balik ke Malaysia, round-round lah..then buka pulak resepi: apa nak makan berbuka nanti? Jawapan: apa-apa je...Please be specific. Okey, Mi Hun. Basah ke kering? Senang, beli aje...semalam kata nak cari gulai siput sedut, mana lagi di Pasar Ramadhan dekat stadiumlah. Okeylah tu. Only both of us...to think of it, nak masak pun tak berbaloi, buang gas dan tenaga dan kemudian nak cuci all the utensils, huuummmppp ...penat. Petang semalam ke Pasar Ramadhan, punyalah ramai orang, drizzled pula tu, parking was a problem. So no way will he stop. Hopefully this afternoon dapatlah ke sana(nak cari siput sedut dan kuih, masa ni lah teringat epok-epok, lopis, karipap Mak Besar....) must go early, pengunjung belum ramai lagi.The weather is very clear too. Cool. BTW, kalau "bos " teringin nak makan Mi Hun hasil masakan yours truly, jom ke Tunas Manja, nak beli apa-apa yang patut. Japawan: nantilah (macam biasa), mengantuk...

Happy cooking for breaking fast!