Satu pagi,di Pasar Besar Kuantan.
Sementara En Abang mencari bahan-bahan untuk di masak hari ini, saya ke bahagian tengah pasar.
Saya ke kedai 'kebun' dalam pasar. Memang saya suka ke kedai 'kebun' kecil ini bila ke pasar. Pagi ini saya cuma nak lihat apa ada di kedai ini ( sebab lama tak ke pasar). Sedang saya memerhati pokok-pokok orkid, nampak pula 'benda' yang pada saya umpama 'rake' atau pencakar tanah. Bentuknya kecil. Mungkin untuk cakar tanah dalam pasu. Baru saya teringat!!!! Semasa lawatan ke Tianjin, China. ada seorang rakan membeli alat ini. Ya, penggaru belakang! Penggaru ini boleh dipanjang pendekkan, boleh simpan dalam tas tangan atau selit pada poket (macam selit pen)boleh di bawa ke mana-mana dengan mudah. Memang saya nak beli alat ini 'senang awak garu belakang, tak payah suruh orang lain.' Terkenang saya arwah kakak sulung saya suka cari satu sudut atau bucu tembuk, dan ke kiri kanan beliau menggerakkan badan untuk melegakan gatal bahagian belakang badan!
Apa lagi yang menarik perhatian saya. Ah! Boot atau kasut kebun. Memang juga dah lama saya inginkan kasut ini.Boleh saya pakai apabila menyapu daun kering pokok buluh di laman rumah BC. Walaupun agak longgar sikit,saya beli juga! Tak sempat nak tunggu minggu depan. Ada saiz kecil, satu saiz kecil aje!
Lepas tu, nampak pula deretan topi-topi berkebun. Macam-macam corak, Saya sudah ada satu. Saya beli juga sebagai hadiah kepada seseorang yang suka juga berkebun.
Kata nak 'cuci mata' , tengok apa dah jadi? Dari kedai 'kebun' dah beli 3 item . Mujurlah tak tergoda dengan pokok orkid (walaupun dalam hati belah bagi nak ke tak nak?)
En Abang beli apa? Ini dia......amboi banyaknya. "Goreng kunyit,goreng macam keropok.' Jenuh juga nak bersihkan!!!
Sambil lalu nak keluar pasar, terlihat juga deretan kedai-kedai menjahit. Wah! Pagi lagi dah mula business, sibuk tukang jahit menjahit. Tertanya di fikiran 'Nak tak mereka terima baju (hanya untuk dipendekkan)' musim-musim 'lebat' menyiapkan tempahan baju raya sekarang?
1.20 pm: Menu 'lunch' hari ini: Tumis air sayur bayam+cendawan, ikan goreng keropok, gelama jeruk goreng, sambal belacan binjai, ulam petai. Kami suka yang simple. Mudahkan ?
Showing posts with label kedai. Show all posts
Showing posts with label kedai. Show all posts
Ah Lian, Ah Lian
Pagi tadi menapak ke kedai Ah Meng lagi.
Sesampai di kedai, Ah Poh dan Ah Lian sedang menetapi surat khabar N*n Yang S++ng Po (agaknya) pada berita keputusan STPM. Sambil tu sibuk mulut celoteh apa-apa entah.
Saya biarkan mereka.
Lepas tu...
"Ah Poh, ada gula batu tak?"
"Ada.....Rm1.70 satu paket" dan hulur saya satu paket lump sugar
Kemudian dia minta Ah Lian menerima pembayaran saya.
"Lian, awak ada duit kecik tak? Sori lah saya tak ade duit pecah"
"Ada" lalu keluar beberapa cekak duit 'kecik-kecik'. ( belum masuk bank agaknya!)
Dalam hati saya, kalau di kedai M, marah penjual kalau kita keluarkan duit 'besar-besar' untuk bayaran yang sikit, waktu pagi-pagi pula tu. Boleh dia kata bayar karang-karang maksudnya bayar kemudian, pay later. Atau dia tanya kita balik "tak ade duit kecik?"
"Awak mau masak apa pagi ini?" tanyan Ah Lian, sambil kembalikan wang balik saya.
Saya senyum aje.
"Malam-malam sebelum tidur, awak ada pikir apa mau masak besok pagi tak?"
"Tak lah..saya buka buku masak"
"Oh tengok buku eh? Buku masak mahal mahal lah..."
"Tapi ada macam-macam boleh masak. Pilih saje."
'Gula batu ini saya mau ubat tekak gatal ......" belum habis saya cakap
"Oh... saya tau, saya tau....."
Apa yang Ah Lian tau, apa yang saya tau...,
Saya tak tau....

Subscribe to:
Posts (Atom)