SEBENTAR DI TEMOH

Dalam perjalanan kami pulang ke Melaka setelah berjaya menjejak warisan di Ipoh, George Town dan Bukit Chandan, Kuala Kangsar, kami singgah di sebuah pekan kecil dekat Tapah. Temoh.
Waktu kami sampai hujan.
Gambar ini saya ambil dari koleksioldskool.blogspot.com
Memang program kunjung hormat mantan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka telah diatur. Kami singgah di rumah Dr Hjh Badariah bt Hj.Salleh di Temoh petang itu. 
Maka bertemu mesralah peserta staf Perbadanan Muzium Negeri Melaka dengan 'bos' yang dihormati dan disayangi.


Staf n mantan bos

 Dr Badariah seorang tokoh akademik sejarah, sangat disegani. Beliau merupakan salah seorang juri untuk UNESCO.  Saya 'tabik' beliau kerana kegigihannya memperjuangkan Bandaraya Melaka serta George Town sebagai 'UNESCO World Heritage Cities' semasa beliau berkhidmat di Melaka.  Semasa kami di sana, Dr Badariah telah berkongsi pengalaman hidup dan kerjaya beliau sebelum bersara sepenuhnya.


Dr Badariah Salleh


Mendengar pengkisahan daripada Dr Badariah

 Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dr Badariah, sila lah tanya En. Google. Sekarang Dr Badariah mengisi masa persaraan sebagai 'mudarisatun' di sebuah madrasah dekat rumah beliau " membimbing makcik-makcik di sini, tafsir". Kalau nak  tau, Dr Badariah juga merupakan Pengasas Persatuan Sahabat Muzium Melaka. Kalau tak singgah kunjung hormat, memang tak patut!
Ah, ah di rumah beliau, kami  dijamu dengan Laksa Kuala Kangsar.....yummy, dapat juga rasa laksa 'kuale' . Untuk saya, apa-apa laksa pun sedap. Ada juga durian dan macam-macam lagi hidangan.

Happy sangat dapat rasa Laksa 'Kuale' Kangsar
Terima kasih, Dr
Gambar kenangan
Sebut TEMOH, ingat Dr Badariah


Hujan belum teduh.  Kami teruskan perjalanan pulang. Masing-masing penat tetapi 'happy'!

Terima kasih dan tahniah kepada urusetia program 'Ipoh, George Town, Kuala Kangsar: Heritage Trail 25 - 27 Okt 2013 kerana berjaya mencapai objektif. Satu jejak yang menyingkap sejarah.
I enjoyed the educational walk!
Pengerusi PSMNM, Shaukani Abbas, 
Job well done!!

Kami naik bas inilah.....kelassss gitu!
Ada lagi 'walking-walking' macam ini, Tuan Pengerusi?

Kredit foto: PuteriHangLiPoh (my sista), FB Julia Ali, FB Shaukani Abbas(he's my bro)

9 comments:

  1. Assalam,

    Jauh perjalanan, luas pemandangan dan luas pengalaman.
    Tumpang gembira dapat membaca pengalaman

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak hajjah,
    Pengisian masa yang sangat bermakna..Sejarah lalu untuk panduan masa kini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik T,
      Pengisian masa seorang pesara hi, hi...berjalan, melancong.

      Delete
  3. Bersaudara dgn Pengerusi kan? Macam kembar seiras je wajah tu. Happy melancong & mengenali sejarah tempatan.. kami tumpang gembira membaca tulisannya. Lepas ni trail sejarah negeri mana pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengerusi PSMNM adik saya. Wajah kami nak serupa. Terima kasih cuja n kak nah gembira membaca laporan 'jalan-jalan cari warisan' saya. Sudah ada perancangan jalan-jalan lagi. Tunggu.....

      Delete
  4. Wah best sekali. Lagi hebat dan glamour dengan bas berprestaj tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah negeri Hang Tuah, rakyatnya pun bertuah, tumpang glamour, Ju!

      Delete
  5. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiuun. Dr Siti Badriah baru pulang ke rahmatullah tadi.
    "Allahhummaghfir laha warhamha wa'aafihi wa'fu anha".
    "Yaa Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan ma'afkanlah dia".

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.