KAMPUNGKU, BARU

Deretan rumah kedai di kampungku dah pun siap. Sebelum ni kawasannya semak samun. Terbiar.
Penduduk kampung tertanya-tanya kedai apa yang akan muncul nanti?
Kedai makan? Kedai runcit? Bengkel kereta? Pejabat?
Atau rumah sewa, asrama...tau-taulah untuk siapa!
Tetapi, warna catnya macam warna bendera sebuah negara saya kenal.
Hai....
Bertambah bizilah jalan raya depan rumah.
Dulu ado simpang tigo. Lai kini  dah simpang ampek.
(kecek Minang seketek! maksudnya cakap Minang sikit)
Pemandangan baru di kampungku!

SIBUKLAH NANTI

10 comments:

  1. Tahniah! Makin sibuk makin ramai makin maju.....
    Boleh soset eden mencari rumah ekau ni....hehehe.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kedai ini hanya a walking distance from our house. Sanang cari, tak sasek........

      Delete
  2. Assalamualaikum kak hajjah,
    Tempat saya pun sekarang ni ciri kekampungannya dah makin terkikis. Tuntutan pembangunan, cuma kita harap pembangunan yang semakin moden ni tak terus menghakis nilai murni, adat resam dan paling penting KEIMANAN generasi Y kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangunan minda pun sama penting. Nilai-nilai murni mesti dijaga.

      Delete
  3. Kat tempat saya, sepanjang jln besar jadi tpt bisnes cina, siap ada tokong lagi. sepanjang jln tanah2 telah dijual kat org cina. ..
    Kat belakang rumah pun cina dah beli tanah beratus ribu, kat pekan rengit kabarnya tanah, rumah2 taman telah dibeli oleh seorang taukeh dan dgn kabar sebuah syarikat makanan melayu yg tersohor juga telah dibelinya tapi masih pakai nama melayu.
    Org spore pun ramai beli tanah di sini.
    Aduhai kgku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sama mengeluh...aduhai kampungku...jangan tergadai

      Delete
  4. Lamo-lamo ado lah pulo roundabout nan gadang.... Cerita di BC ke di BS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha....Temuk kecek orang awak.....cerita di BC dekat rumah.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.