LKPIM Daerah Melaka Tengah telah mengadakan majlis memperingati hari tersebut petang tadi di rumah kediaman Pengerusi LKPIM Daerah Melaka Tengah. Majlis di mulakan dengan 'zikrullah' diketuai oleh YBhg. Ustaz Datuk Hj. Abdul Rahim Khaliq Al-Hafiz diikuti doa hari Asyura. Majlis diteruskan bacaan surah Yassin, tahlil dan solat Asar berjemaah. Ustaz juga telah memberi tazkirah mengenai perkara-perkara sunat dilakukan pada 10 Muharram. Antaranya ialah menyapu atau menyusap kepala anak yatim sebagai tanda menghormati dan memuliakan mereka serta bersedekah. Kata Ustaz lagi penyediaan bubur asyura yang selalu dikaitkan dengan Hari Asyura(di tempat kita) bukanlah wajib atau mesti. Bubur asyura tidak ada kaitan dengan Hari Asyura.
Beginilah suasana di majlis memperingati 10 Muharram 1435 tadi.
Bubur Asyura untuk anak yatim Yang puasa, tapau |
kehadiran anak yatim, tetamu utama |
Bersedekah amalan yang mulia |
lain kali bawa beg! |
Sumbangan goody bag, peralatan sekolah dan makanan |
Zikir, bacaan Yassin dan tahlil Semoga diberkatiNya amalan dan urusan kita, Ameeeeen |
assalamualaikum kak hajjah,
ReplyDeletemeriah juga kan sambutan ;Hari Asyura" ni
Meriahlah juga, Cik t.
ReplyDeleteNampaknya cikgu aktif sgt. Macam2.
ReplyDeleteTak juga, Ju. Ikut-ikut je.
Delete