Sarapan : Laksa Nyonya a.k.a Laksa Lemak di sebuah ala-ala foodcourt di Limbongan. Kedai makan biasa biasa aje. Memang selalu ramai pelanggan di kedai ini. Servis good. Makanan macam-macam ada (tu dulu). Kuih pun ada macam-macam. Pagi ni nampak ada 3 'kiosk' dah tutup business. Tetapi apa yang ada dah cukup memadai . Pengunjung kena bersabar menunggu tempat duduk kosong, Datang pula serombongan dari Sibu Sarawak untuk sarapan. Mana mereka tau tempat ini? Agaknya browse kat Google!Bertambah meriahlah kedai ini. Puan punya kedai "Makcik Sayang ' (sebab beliau suka panggil 'sayang;) tak de. Mana dia? Kata anaknya 'Mak rihat. Baru balik umrah'. Oh gitu, murah rezeki Makcik Sayang....nama sebenar Hjh Robiah, cukup peramah.
Tengahari: Nak makan apa? Masaklah Nasi Goreng Udang Kering. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumbuk halus cili padi, belacan serta udang kering. Telur tak perlu sebab tambahlah kolestrol! Buat bayam masak air. Sebelum itu, bizi di laman , trim, trim dahan buluh yang bercabang terjuntai keluar. Dapat trim yang rendah aje. Mana yang dah keras, digergaji,. Hmmmm......penuh satu tong hitam (tong sampah) dengan bahan buangan pokok buluh,
Petang: Sibuk di laman juga. Siram pokok-pokok bunga. Layan dua pasu gantung 'periuk kera' yang nampaknya minta dikasihani. Daun-daun periuk kera yang kekuningan dibuang, gembur tanah dan tambah tanah 'fresh' serta tabur baja. Semoga periuk kera selesa sekarang, boleh bernafas. ye! Ada tanah lebih, buat tinjauan mana mana pasu perlu ditambah tanah.
Malam : Nasi putih. Lauknya, masak goreng asparagus bersama udang saiz L . Ini bukan saya masak, Pemberian anak saudara, Ms Hart. Berulam pula dengan nenas manis. Sedapnya!
Sekarang jari jemari menari-nari di atas 'key board'.
Ha? Dengar bunyi hujan, dah lama tak hujan, lebat pula tu.....syukur....siaran TV tergendala...no service!
Itulah saja, nak updare blog dah!!!!!
Esok dah 1 Julai 2013!!
Salam.....
Amboi busynya! Rajin jaga taman tentu sedap mata memandang. Wah sedap makanan hari tu. Bolehlah masakkan bila berkunjung ke sini nanti ya... Lps ni elok juga tulis resipi masakan harian untuk panduan yg tak berapa mahir memasak. He! he! he!
ReplyDeleteMasak yg senang2 bolehlah. Laman lama terbiar. Kenalah rajin.
Delete.
Baru perasan ..
ReplyDeleteAstro kat rumah dahlama tak
Papar no service sebab dah lama tak hujan lebat...
Hujan sangatt lebat di mlka malam tadi. Baru semalam astro kata no service. Hi hi....
DeleteAda cerita makan + aktiviti di laman + tindakan jari jemari memblog. Baguslah masa terisi. Seronok dengar cerita hujan banyak di sana tu. Di Bangi, baru tengahari tadi, sederhana banyaknya. Mudah-mudahan jerebu seberang tak datang lagi.
ReplyDeleteMudah-mudahan begitu. Life back to normal here. Tapi masih ada juga yang bakar sampah.
DeleteMasakan yg senang & ringkas utk makanan harian bagi yg tak berkemampuan lama di dapur terutama kumpulan warga emas, pun jadi & memadailah...
ReplyDeleteOkey lah tu cuja. Masakan mudah dan berkhasiat.
Delete