APA KHABAR SUDUT HERBA KU?

Apa khabar pokok-pokok herba ku? Jom kita tinjau-tinjau ......<♡♡>

bunga putih si kasturi, wangi di kelilingi si daun pandan

gugur bunganya, timbul  si kasturi, hmmm...boleh buat jus
atau teh limau ais

ulam raja dalam pasu, tak dipetik, jadi hiasan sudahnya

 di bawah pokok limau purut, guna daunnya  buat rendang atau masak asam pedas

Kunyit lebar daun, megah dalam pasu comel

Pewangi halau serangga,  pandan dalam pasu tepi kolam


Itu sahaja pokok herba yang ada. Dulu adalah beberapa batang pokok cili, daun kesum, serai  tetapi mati semuanya.  Oleh kerana di rumah ini tak de yang kaki ulam, ulam raja rimbun begitu,  Daun kunyit dihiris disatukan dengan  sambal lada untuk ikan cencaru belah belakang atau buat 'baju' ikan bakar. Jika rajin masaklah!! Ada juga jadi rezeki jiran sebelah. Daun pandan berguna juga bila buat agar-agar atau pengat. Lebihnya buat pewangi almari. Buah limau kasturi...nantilah buat penyedap sambal belacan!

12 comments:

  1. wow rumah aunty ada taman herba. senang nak masak2 ya, tak payah cari di pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh oh aunty jarang masak. Pokok jadi perhiasan laman.

      Delete
  2. Alang,Hani dapat masuk UTHM,Batu Pahat. Ahad ni kena lapor diri..Alhamdulillah,syukur pada Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Doa dimakbulkan. Rugi airmata hani. Anak sdra sebelah pak lang belajar sana. Perempuan. Pt raja pusat jual krepek. Blh singgah d bandar dia nyopping krepek buat niaga. Hani ambik kursus apa?

      Delete
    2. Dia ambil kejuteraan elekrik. Pilihan dia law,tapi aziz srh tukar. Selama ni kami ingat batu pahat terkenal ngan beriang gam nya saja,haha,tak tau lak ada kepek!

      Delete
    3. Wah, bakal jurutera, macam.......! Berkarung-karung kepek ado di kedai simpang bandar Pt Raja. Za, Air Hitam pun dokek!!!

      Delete
  3. Salam . Byk juga petua yg saya dpt dr sini. pOKOK KLU DAH ADA KAT RUMAH KADANG2 JARANG DIMANAFAATKAN. wah ada kolam? bela ikan atau kolam hiasan? mesti cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HiHi....kalau rajin ke dapur, lain ceritanya...tambah tanaman ada.Bela ikan koi jadi penghibur..suka tengok masa koi rebut-rebut makanan.

      Delete
  4. Wah! Hobi menanam yg byk manfaatnya, berbaloi klu tekal diusahakan....

    ReplyDelete
  5. Bukan apa. Keluar peluh bila berkebun. Laman rumah cuja luas, boleh lah juga bercucuk tanam.

    ReplyDelete
  6. Minta tip bagaimana menanam ulam raja subur bergitu dan berap lma kah?

    ReplyDelete
  7. Minta tip bagaimana menanam ulam raja subur bergitu dan berap lma kah?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.