Tebing Sungai Melaka

Semasa mengemas almari buku pada satu malam, kami (kakak dan saya) terjumpa album gambar yang mengandungi gambar-gambar klasik dan nostalgia. Ada dua keping gambar yang menarik perhatian kami.Gambar-gambar tersebut berlatarbelakag tebing Sungai Melaka pada tahun '50an dan '60an.
Gambar pertama diambil/dirakam di bahagian belakang kedai arwah bapak. Abaikan yang menjadi model. Perhatikan, sebahagian deretan rumah kedai di seberang sana..  Begitulah keadaannya. Tak terjaga, terabai, tak kisah......tak silap tahun '60an.

yang penting....latarbelakannya,  ya....


Gambar kedua, tahun '50an, ialah pemandangan, pada ketika itu, di padang permainan kanak-.kanak, juga di tepi Sg Melaka, sebelah kedai arwah bapak. Kini, tempat letak kereta. Ini ialah  gambar kami bersama rakan-rakan sebaya. Lihat latarbelakangnya. Ada sebuah tongkang menbawa beras sedang berlabuh. Dahulu Sungai Melaka menjadi laluan utama tongkang-tongkang besar membawa muatan dari muara sungai ke gudang-gudang yang terletak di rumah-rumah kedai. Kelihatan juga sebahagian jambatan lama. Masih ada tetapi sudah bertukar'design'

Cuba cari...mana yours truly...saya le!

Gambar menjadi kenangan...tebing Sungai Melaka dahulu dan sekarang.

Tebing Sg Melaka kini, tempat yang sama seberang sungai kedai arwah bapak


Mari kita jalan-jalan, menapak di tebing Sungai Melaka.....jom!!!



9 comments:

  1. aunty dah try naik cruise sg melaka waktu malam? dengar kata cantik, nampak rumah2 kg morten liplap liplap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah, local tourist katakan. Memang cantik kg morten waktu mlm. River cruise mesti waktu mlm ...

      Delete
  2. Kak hajah Nora...
    selalu saya ni balik kampong tak lama... jika lama pun ada jer halnya.. tak merasa lagi nak naik cruise tu....

    ReplyDelete
  3. Salam. suka tgk gambar dan rumah2 lama.Penuh nostalgiakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Ju. Sudah semestinya rumah lama tersebut perlu dikekalkan sebagai warisan. Ju seorang yang berjiwa seni dan sentimental. Betul tak?

      Delete
  4. Scenery dlm foto ke-3 tu ada lihat masa River Cruise Sg Melaka pada 10.6.2011. Kami menyusuri dgn bot feri waktu siang supaya jelas pemandangannya. Malam naik Menara Taming Sari. Cantik bangunan2 disinari cahaya lampu. Balik ke hotel naik beca dihiasi bunga-bunga plastik warna warni & lingkaran lampu lip lap. Memang menarik perhatian. Syabas orang Melaka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cujafw
      Terima kasih banyak2. Harap pembangunan keindahan bandar mlka akan diteruskan. Semoga ia tetap kekal bandar warisan dunia.

      Delete
  5. Memang nostalgik...simpan gambar-gambar itu sebagai kenangan yang tidak ternilai.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.