Sarapan : Laksa Nyonya a.k.a Laksa Lemak di sebuah ala-ala foodcourt di Limbongan. Kedai makan biasa biasa aje. Memang selalu ramai pelanggan di kedai ini. Servis good. Makanan macam-macam ada (tu dulu). Kuih pun ada macam-macam. Pagi ni nampak ada 3 'kiosk' dah tutup business. Tetapi apa yang ada dah cukup memadai . Pengunjung kena bersabar menunggu tempat duduk kosong, Datang pula serombongan dari Sibu Sarawak untuk sarapan. Mana mereka tau tempat ini? Agaknya browse kat Google!Bertambah meriahlah kedai ini. Puan punya kedai "Makcik Sayang ' (sebab beliau suka panggil 'sayang;) tak de. Mana dia? Kata anaknya 'Mak rihat. Baru balik umrah'. Oh gitu, murah rezeki Makcik Sayang....nama sebenar Hjh Robiah, cukup peramah.
Tengahari: Nak makan apa? Masaklah Nasi Goreng Udang Kering. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumbuk halus cili padi, belacan serta udang kering. Telur tak perlu sebab tambahlah kolestrol! Buat bayam masak air. Sebelum itu, bizi di laman , trim, trim dahan buluh yang bercabang terjuntai keluar. Dapat trim yang rendah aje. Mana yang dah keras, digergaji,. Hmmmm......penuh satu tong hitam (tong sampah) dengan bahan buangan pokok buluh,
Petang: Sibuk di laman juga. Siram pokok-pokok bunga. Layan dua pasu gantung 'periuk kera' yang nampaknya minta dikasihani. Daun-daun periuk kera yang kekuningan dibuang, gembur tanah dan tambah tanah 'fresh' serta tabur baja. Semoga periuk kera selesa sekarang, boleh bernafas. ye! Ada tanah lebih, buat tinjauan mana mana pasu perlu ditambah tanah.
Malam : Nasi putih. Lauknya, masak goreng asparagus bersama udang saiz L . Ini bukan saya masak, Pemberian anak saudara, Ms Hart. Berulam pula dengan nenas manis. Sedapnya!
Sekarang jari jemari menari-nari di atas 'key board'.
Ha? Dengar bunyi hujan, dah lama tak hujan, lebat pula tu.....syukur....siaran TV tergendala...no service!
Itulah saja, nak updare blog dah!!!!!
Esok dah 1 Julai 2013!!
Salam.....
DI KEDAI 'KEBUN' PASAR BESAR KUANTAN
Satu pagi,di Pasar Besar Kuantan.
Sementara En Abang mencari bahan-bahan untuk di masak hari ini, saya ke bahagian tengah pasar.
Saya ke kedai 'kebun' dalam pasar. Memang saya suka ke kedai 'kebun' kecil ini bila ke pasar. Pagi ini saya cuma nak lihat apa ada di kedai ini ( sebab lama tak ke pasar). Sedang saya memerhati pokok-pokok orkid, nampak pula 'benda' yang pada saya umpama 'rake' atau pencakar tanah. Bentuknya kecil. Mungkin untuk cakar tanah dalam pasu. Baru saya teringat!!!! Semasa lawatan ke Tianjin, China. ada seorang rakan membeli alat ini. Ya, penggaru belakang! Penggaru ini boleh dipanjang pendekkan, boleh simpan dalam tas tangan atau selit pada poket (macam selit pen)boleh di bawa ke mana-mana dengan mudah. Memang saya nak beli alat ini 'senang awak garu belakang, tak payah suruh orang lain.' Terkenang saya arwah kakak sulung saya suka cari satu sudut atau bucu tembuk, dan ke kiri kanan beliau menggerakkan badan untuk melegakan gatal bahagian belakang badan!
Apa lagi yang menarik perhatian saya. Ah! Boot atau kasut kebun. Memang juga dah lama saya inginkan kasut ini.Boleh saya pakai apabila menyapu daun kering pokok buluh di laman rumah BC. Walaupun agak longgar sikit,saya beli juga! Tak sempat nak tunggu minggu depan. Ada saiz kecil, satu saiz kecil aje!
Lepas tu, nampak pula deretan topi-topi berkebun. Macam-macam corak, Saya sudah ada satu. Saya beli juga sebagai hadiah kepada seseorang yang suka juga berkebun.
Kata nak 'cuci mata' , tengok apa dah jadi? Dari kedai 'kebun' dah beli 3 item . Mujurlah tak tergoda dengan pokok orkid (walaupun dalam hati belah bagi nak ke tak nak?)
En Abang beli apa? Ini dia......amboi banyaknya. "Goreng kunyit,goreng macam keropok.' Jenuh juga nak bersihkan!!!
Sambil lalu nak keluar pasar, terlihat juga deretan kedai-kedai menjahit. Wah! Pagi lagi dah mula business, sibuk tukang jahit menjahit. Tertanya di fikiran 'Nak tak mereka terima baju (hanya untuk dipendekkan)' musim-musim 'lebat' menyiapkan tempahan baju raya sekarang?
1.20 pm: Menu 'lunch' hari ini: Tumis air sayur bayam+cendawan, ikan goreng keropok, gelama jeruk goreng, sambal belacan binjai, ulam petai. Kami suka yang simple. Mudahkan ?

Impressive Burger Making Skills!
Hebat ! Banyak guna telur tetapi dah cuci belum telur-telur tu, abang burger?
JEREBU DI BANDARAYA BERSEJARAH
Adik saya (yang suka klik, klik, klik) whatsapp saya imej suasana cuaca berjerebu di beberapa tempat dibandar Melaka. Teruk juga ye....
Saya di Kuantan. Cuaca berjerebu juga tetapi tak lah macam di Melaka tu.Tetapi saya terkena juga tempias jerebu. Batuk! Ujian Allah...bersabar aje lah, ye
JALAN HANG TUAH |
BANGUNAN UITM BANDARAYA |
SUNGAI MELAKA |
Tebing Sungai Melaka
Semasa mengemas almari buku pada satu malam, kami (kakak dan saya) terjumpa album gambar yang mengandungi gambar-gambar klasik dan nostalgia. Ada dua keping gambar yang menarik perhatian kami.Gambar-gambar tersebut berlatarbelakag tebing Sungai Melaka pada tahun '50an dan '60an.
Gambar pertama diambil/dirakam di bahagian belakang kedai arwah bapak. Abaikan yang menjadi model. Perhatikan, sebahagian deretan rumah kedai di seberang sana.. Begitulah keadaannya. Tak terjaga, terabai, tak kisah......tak silap tahun '60an.
Gambar kedua, tahun '50an, ialah pemandangan, pada ketika itu, di padang permainan kanak-.kanak, juga di tepi Sg Melaka, sebelah kedai arwah bapak. Kini, tempat letak kereta. Ini ialah gambar kami bersama rakan-rakan sebaya. Lihat latarbelakangnya. Ada sebuah tongkang menbawa beras sedang berlabuh. Dahulu Sungai Melaka menjadi laluan utama tongkang-tongkang besar membawa muatan dari muara sungai ke gudang-gudang yang terletak di rumah-rumah kedai. Kelihatan juga sebahagian jambatan lama. Masih ada tetapi sudah bertukar'design'
Gambar menjadi kenangan...tebing Sungai Melaka dahulu dan sekarang.
Mari kita jalan-jalan, menapak di tebing Sungai Melaka.....jom!!!

yang penting....latarbelakannya, ya.... |

Cuba cari...mana yours truly...saya le! |
Gambar menjadi kenangan...tebing Sungai Melaka dahulu dan sekarang.
Tebing Sg Melaka kini, tempat yang sama seberang sungai kedai arwah bapak |
Mari kita jalan-jalan, menapak di tebing Sungai Melaka.....jom!!!
SARBUR ORI
Patutlah setiap kali saya menyapu lantai porch hampir dengan pasu potted palm, ada je serpihan rumput kering dan daun. Agaknya ditiup angin. Rupanya siburung kecil telah bina homestaynya, mula-mula kecil dengan ranting kering sebagai kerangka.
Wah.......dan di situlah dia hingga kini. Ada sekali nampak tuan punya terbang-terbang di luar rumahnya. Tapi hingga sekarang tak muncul lagi. Jadilah sarbur hiasan pokok, ori punya okey, bukan sarbur tempua import.

KE POLI
Tahniah Khairul Amirul! Hari ini dia lapor diri sebagai pelajar di PoliSAS Kuantan dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal (Automatif).Amirul ialah salah seorang anak saudara en suami. Kesian dia, ibu dan ayah tak dapat hantar. Mereka dari Felda Tenggaro, Pontian, Johor. Jadi ayah dan ibu saudara lah (adik beradik en suami dari BP)jadi wakil. Amirul, semoga berjaya, belajar betul-betul dan jangan kecewakan ayah dan ibu anda. Saya dan en suami pesan " jauhi dan jangan merokok". Faham-fahamlah bila dah tinggal di asrama......
SALAH KE?
Terbaca kata-kata hikmat ini terpampang di dewan sebuah sekolah.
Sekilas pandang, tentu ada antara kita berkata mengapa tak ada yang perasan huruf 'u' dalam perkataan 'success' dah gugur, dah nak jatuh!!! Betulkanlah!!!. Bertambah geram sebab poster ini terdapat di sebuah sekolah.
Salah ke? Betul ke 'u' dah 'tergelincir'?
Baca sekali lagi......anda fahamlah sendiri!

APA KHABAR SUDUT HERBA KU?
Apa khabar pokok-pokok herba ku? Jom kita tinjau-tinjau ......<♡♡>
bunga putih si kasturi, wangi di kelilingi si daun pandan |
gugur bunganya, timbul si kasturi, hmmm...boleh buat jus atau teh limau ais |
ulam raja dalam pasu, tak dipetik, jadi hiasan sudahnya |
di bawah pokok limau purut, guna daunnya buat rendang atau masak asam pedas
Kunyit lebar daun, megah dalam pasu comel |
Pewangi halau serangga, pandan dalam pasu tepi kolam
Itu sahaja pokok herba yang ada. Dulu adalah beberapa batang pokok cili, daun kesum, serai tetapi mati semuanya. Oleh kerana di rumah ini tak de yang kaki ulam, ulam raja rimbun begitu, Daun kunyit dihiris disatukan dengan sambal lada untuk ikan cencaru belah belakang atau buat 'baju' ikan bakar. Jika rajin masaklah!! Ada juga jadi rezeki jiran sebelah. Daun pandan berguna juga bila buat agar-agar atau pengat. Lebihnya buat pewangi almari. Buah limau kasturi...nantilah buat penyedap sambal belacan!
WAJAH KERISAUAN
TAHNIAH
AHAD 9 JUN 2013.
Dulu kita drive dia , ke sekolah, ke tusyen, ke mall.... sekarang, dia drive kita . ....sedia jadi dreber! TAHNIAH Iman, jadi pemandu yang cermat, okey |
Tapi, tak lama......Iman nak tinggalkan 'sarangnya' |
BEIJING: MASJID-MASJID
Kami di Beijing pada musim panas. Oleh itu. siangnya panjang dan malam pendek. Subuh 3.00 pagi, 4,00 dah mula cerah! Selalunya lepas Subuh tentu sambung tidur semula sebab nak mula perjalanan se awal 7.30 pagi. Sesudah makan tengahari, Pa Chai akan membawa kami ke masjid-masjid untuk kami menunaikan solat jamak-qasar zohor-asar. Ada juga sekali kami solat di sebuah surau di dalam sebuah restoren Muslim berdekatan dengan Great Wall. Malamnya kami solat di bilik hotel. Inilah dia beberapa gambar tiga buah masjid di Beijing dan Tianjin.
NUJIE MOSQUE |
NUJIE MOSQUE |
Bersama pekerja masjid yang banyak membantu |
DONGSI MOSQUE |
Bilik wudhu wanita. Tuala keringkan kaki tergantung |
GREAT MOSQUE TIANJIN |
Ini bukan masjid, tapi entry ke kedai makan |
TIANJIN-BEIJING:BULLET TRAIN
Naik KTM pernah tetapi dah berzaman dulu. Naik LRT pun pernah..di KL lah. Naik MRT? Belum ada keperluan lagi. Dalam lawatan ke Beijing tempoh hari, sukanya hati ini....nampak dalam acara ada peluang naik bullet train...
21 Mei Hari ke 5. Kami ke Tianjin. Tianjin bermakna "Heavenly Capital". Tianjin,139 km dari Beijing. adalah bandaraya keempat besarnya di China. Ia juga sebuah bandar industry dan komersial. Kami ke Tianjin dengan bas mengambil masa 2 jam. Balik ke Beijing dengan bullet train...30 min saja! Saya teruja!
Bila kami sampai Beijing semula, bas kami sudah menunggu. Wah dreber tererlah luuuu!
Layan gambar pengalaman naik keretapi laju ni....
Ini agaknya salah satu tarikan pelancong...Tianjin bullet train!
21 Mei Hari ke 5. Kami ke Tianjin. Tianjin bermakna "Heavenly Capital". Tianjin,139 km dari Beijing. adalah bandaraya keempat besarnya di China. Ia juga sebuah bandar industry dan komersial. Kami ke Tianjin dengan bas mengambil masa 2 jam. Balik ke Beijing dengan bullet train...30 min saja! Saya teruja!
Bila kami sampai Beijing semula, bas kami sudah menunggu. Wah dreber tererlah luuuu!
Layan gambar pengalaman naik keretapi laju ni....
Subscribe to:
Posts (Atom)