Terdetik, detik

 Pagi Isnin14/11/11 di Aqrab, Bukit Beruang, Melaka.

Kami tak lepas peluang. Nak tau jugalah pasal isu yang menarik ini.

Ust Ghazali Ibrahim
 Anda tentu perasan wajah Ustaz Ghazali Ibrahim kan?  Ustaz adalah adik kepada arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani, ingat tak?)
Selama hampir 3 jam Ust telah menyampaikan ceramah mengenai ilmu faraid, wasiat dan hibah.Yang hadir cukup teruja dengan kupasan mengenai harta pusaka. Kata Ust 'RM42 billion pusaka belum dituntut' (di negara kita) akibat daripada permasalahan pusaka di kalangan umat Islam. Ceramah  Ustaz berkesan sekali. Banyak contoh-contoh diberi. Adakala serius, ada kala kelakar. 


Tak cukup menyoal ustaz semasa ceramah tetapi sudah sesi pun masih nak tanya lagi.Tanyalah ustaz! Ini peluang keemasan puan-puan....(yang paling ramai menyoal!)


Ustaz jadi selebriti sudahnya!

Pesan Ustaz
"Selepas ini (lepas ceramah dan membaca buku tulisan ustaz sendiri) terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat sesama keluarga bagi menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibubapa kita"
dan
"Kita sendiri segera membuat perancangan harta pusaka dengan mengambil langkah menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka atau menulis Surat Pengisytirahan Hibah atapun menulis Surat Pengisytirahan Harta Sepencarian"

Terdetik-detik di hati mengimbau kembali pesanan Ustaz Ghazali bin Ibrahim.
Terima kasih Ustaz!

8 comments:

  1. Salam Hjh, kenalah buat surat wasiat sebelum pejam mata.

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora...
    buku ustaz inilah yang saya dok tercari-cari...
    dapat nama tajuknya samar-samar..
    terimakaseh kak nora, dah dapat nama buku yg saya cari...

    ReplyDelete
  3. adik beradik arwah ni rupanya seakan-akan. Ada seorang lagi di bangi ni dan hantar anaknya di aulad.

    ReplyDelete
  4. Salam MM,
    Betul tu MM.Tapi asyik bertangguh aje!

    ReplyDelete
  5. Hjh Rahmah,
    Tajuk bukunya 'RM42 Billion Pusaka belum dituntut?Kupasan Ilmu Faraid, Wasiat dan Hibah'. Buku akak siap ada tanda tangan ustaz.

    ReplyDelete
  6. Salam ibundo,
    Salah seorang adik beradik ustaz, Hakim Mahkamah Shariah. Sejuk ibu mengandung.

    ReplyDelete
  7. Memang seharusnya pusaka dibereskan secepat mungkin... takut berat penanggungan simati... Tk kesudian ziarah ma... insya Allah kita saling menziarah yer...

    ReplyDelete
  8. Assalam Auntie - nice posting (saya silent reader Auntie, kawan Ms Hart). Ustaz ni setiap bulan buat kuliah maghrib kat surau dekat rumah saya, and selalu gak keluar kat TV9 Tanyalah Ustaz & IKIM.fm pasal faraid. Dia kalau nyanyi pun sedap tau!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.