Cakna Kasih


Saya terima undangan daripada sekolah lama.


Maka dengan gembiranya saya pun hadir pagi tadi Jumaat, 18/11/2011.
Tujuan majlis? Baca aje kad di atas. Sudah lama sekolah memperjuangkan sebuah dewan, akhirnya tahun ini menjadi kenyataan. Yang membuat saya terharu ialah ingatan Pn Pengetua sekarang  mengenang jasa mantan 9 orang pengetua SMKTA ( kini semuanya telah bersara dengan gembiranya!!!) Lalu kami dijemput sorang-sorang demi sorang naik ke pentas untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada KDYMM Sultan Pahang. ((sebelum naik pentas, praktis dulu cara mengangkat sembah serta belajar ucapan terima kasih "menjunjung kasih, Tuanku". Silap-silap nanti tercakap "Kamsahamnida"
Saya, pengetua ke tujuh sekolah tersebut. Sangat teruja sekali, kami diberi penghormatan sebegitu rupa. Terima kasih Datin Seri! Lain kali undanglah kami lagi, ye.

"Melaka tak ada Sultan" usik KDYMM
Usik Tuanku lagi "Kenal Tun Khalil Yaakub"?
Saya jawab "Kenal!".....hi, hi....
Tak de I Pad ke? Gurauan aje. Yang penting ikhlas. Jam tangan, sama tapi tak serupa.
Terima kasih, Datin Seri Pengetua.

Suasana sudah tentu meriah, hendaklah pula hari akhir sekolah tahun ini. Hari ini juga ibu bapa datang ke sekolah untuk menerima wang bantuan RM100 anak masing-masing. Mereka juga turut serta menghadiri majlis.
Layan dululah  gambar-gambar berikut. 

Lihat langit mendung...
Gerbang belon warna warni. Eh, ada carpet belum dibentang.
Pn Pengetua ,bertudung gelap,sibuk memantau persiapan terakhir.
Teringat satu masa dahulu. sigh!
Pagi lagi dah sampai, gambar diambiloleh abang polis yang bertugas
Yours truly bergambar bersama teman-teman lama, dari kiri Pn. Norlizah, Datin Roiga, Hjh Rohimah
MB, KDYMM, Pn Pengetua sedang mengikuti 'trailer' mengenai SMKTA
Baginda mesra rakyat. bertanya sesuatu pada pelajar. Tergagap-gagap nak jawab.

Banyak lagi gambar. Tapi saya tak dapat bergerak bebas.  Kena jaga protokol, must behave! Cukuplah setakat ini, nanti saya sambung lagi!
InsyaAllah....

8 comments:

  1. Alhamdulillah, masih ada yang menghargai. You look ok.

    ReplyDelete
  2. Puan puan Pengetua masaih lagi bertenaga dan mengancam!..Tahniah Alang..

    ReplyDelete
  3. Angah,
    Lain-lain pun gitu-gitu aje, no blink-blink.

    ReplyDelete
  4. Ezza,
    Ye ke Zah? Alhamdulillah.Terima kasih

    ReplyDelete
  5. ye la kan..bila berhadapan dgn sultan..protokol kena jaga, padahal diorang ok jer pun..heheh

    ReplyDelete
  6. Betul tu dia orang okey, yang jeling-jeling kat kita, tu yang ikut-ikut di belakang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.